CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya takkan sampai hati burukkan adik sendiri - Sharif Zero

18-12-2024 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19292| Komen: 14

 


Pelawak Sharif Zero tidak berniat membuka aib adiknya, Atu ketika berkongsi mengenai kisah silamnya dalam saluran podcast hingga mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Enggan membiarkan isu berpanjangan, Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 34, memohon maaf kepada Atu jika perkongsiannya mengenai Atu yang dikatakan hampir tidak mempunyai harapan hidup kerana terjerumus dengan najis dadah membuatkannya berkecil hati.

 

"Tujuan saya bercerita mengenai kisah silam ini dengan niat mahu beri inspirasi kepada orang lain.

"Saya tak salahkan Atu jika dia rasa perkara itu mengaibkan kerana berhak bersuara. Jika Atu rasa perkongsian saya membuka aibnya, saya minta maaf.


"Saya mahu jadikan cerita hidup Atu sebagai pengajaran kepada orang ramai, berbanding kisah hidup saya mungkin agak bosan.

"Apapun saya bangga dengan Atu yang sudah berjaya sekarang," katanya ditemui di pentas akhir Famili Duo musim keempat di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, kelmarin.

Mengulas hubungannya dengan Atu selepas insiden itu, Sharif yang juga pengacara FD4 berkata, hubungan mereka dalam keadaan baik dan Atu masih menghubunginya.

"Selepas podcast itu tular, hubungan kami baik sahaja dan tiada masalah. Malah, Atu masih berhubung dengan saya.

"Sebelum ini, kami pernah berada dalam satu podcast bersama, kami okay sahaja dan saling mengusik antara satu sama lain.

"Cuma, saya seorang dalam podcast dan Atu tiada di situ. Jadi, timbul salah faham.

"Lagipun cerita dikongsikan daripada Atu sendiri. Takkanlah sampai hati saya mahu burukkan adik sendiri," ungkapnya.

Terdahulu, ketika menjadi tetamu sebiah podcast, Sharif mendedahkan, Atu pernah lari dari kampung halaman di Sabah untuk datang ke Kuala Lumpur (KL) dan pernah menjalani kehidupan sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai wang.

Sharif memberitahu, Atu juga pernah terjerumus dengan gejala dadah disebabkan tersalah langkah dalam memilih kawan dan dikatakan hampir tidak mempunyai harapan meneruskan kehidupan.

Perkongsian itu nyata menimbulkan rasa kurang senang Atu dan meminta abangnya itu berhenti berkongsi kisah peribadi orang lain.


Sumber – BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 18-12-2024 08:54 AM
Edited by Shayang at 18-12-2024 08:57 AM


Kalau tgk dlm adik badik ni Atu ni nampak mcm ok kalau melati aku caya laa jugaa

Aku selalu baca komen2 org sblm ni selalu jumpa Atu solat subuh jemaah kat masjid.
Komen2 ni dh lama tau sblm alif satar viral pasal solat subuh tu.
Kira sejak dulu pun Atu nampak mcm org2 yg baik je, hub suami isteri pun cam takda masalah.
Bini dia pandai menjahit dan pandai buat kek lapis.

Ok aku dh tgk sedutan podcast tu rupanya hampir nak mendadih blm terjerumus pun lg alahai
Quote gerbera.memopad 18-12-2024 09:33 AM
Tak tahulah kalau aku je, tapi dorang tiga beradik ni nampak ikhlas, tulus gitu. Jenis yang senang nak bekerja, tak banyak kerenah. Patutlah murah rezeki kut. Semoga terus berjaya.
Quote babelina 18-12-2024 12:40 PM
akuu suka ngn dorg nie.. nmpk jujur.. jmp Atu shooting kt Shah Alam.. kita segan.. dia yg dapatkn kita.. moga diperluaskan rezki dorg adik beradik ..amin yra..
Quote makadek 18-12-2024 01:34 PM
aku tk kenal nama diorg ni tp rambut kembang tu mmg muka mat pet
Quote pichee 18-12-2024 07:25 PM
x percaya.. tp ye la.. mmg x best la cite hal org lain.. even adik beradik pn.. ko cite la kisah ko sendiri.. utk jd inspirasi kpd org..
Quote badai 18-12-2024 08:00 PM
bodohnya...

nak citer pasal orang lain.

ni la podcast semua benda nak diceritakan... ntah apa2.
Quote TeropongThaico 18-12-2024 08:13 PM
Amende le nak cerita hal peribadi kat org. Tunjuk yg elok2 dah le
Tahhapahapantah
Quote fattymah 18-12-2024 08:27 PM
Boleh gaduh adik beradik gini
Quote azimodin 18-12-2024 09:46 PM
Apa2 hal pon i harap Atu betul2 dah x ambik benda tu. Nampak macam Atu tu work hard. Setakat ni xde pulak dengar cerita2 lain yg x best pasal Atu tu.
Quote virgocircus 18-12-2024 10:03 PM
Ni la masalah podcast pelawak...semua berlumba2 citer kisah hitam yg xde kena mengena dgn diri sndri tapi sibuk citer hal org. Org nak berpodcast ko pun sibuk nak podcast. Baik aku dgr podcast sukan lagi bagus.
Quote minguk 19-12-2024 08:54 AM
Saya takkan sampai hati burukkan adik sendiri - Sharif Zero


kalau tak sampai hati tak cerita dari awal. simple.
Quote Maroon_nerds 20-12-2024 01:43 AM
Atu ni aku penah la dulu chat ngan dia kat fb. Dia ni nampak je kelakar2 cam tak cerdik buat lawak. Tapi bila dia sembang serius, lain weyh. Dia punya insight about life tu, boleh tahan.
Quote nayzaron77 20-12-2024 07:43 AM
Dia lebih minat nk citer pasal atu sbb dia kata citer hidup dia bosan apoo
Quote sphinx 20-12-2024 07:59 AM
iols ade tgk podcast tue tp sambil2 gitu je lah. cara heols bercerita pun ok je, mmg takde nampak mcm nk menjatuhkan or nk memalukan, more like mcm abg2 cite supaya adik2 or org lain tak terikut, or jgn buat mcm ape yg pernah dibuat dulu. dlm bercerita tue pun heols byk puji2 Atu, dia kata Atu paling bersemangat nk ubah kehidupan diaorg sekeluarga, thats why Atu lari dari rumah and cari keja tmpt lain.. heols puji mcm mana Atu pernah lalui zaman gelap and heols bangkit utk ubah situasi heols..tue yg heols nk ketengahkan sebenarnya

iols pun suka tgk diaorg 3 beradik nie, nampak rajin and bersungguh bile bekerja. bile bercakap kalau time interview pun nampak cerdik and matang..and humble

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.099827 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top