CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPA nafi keluar arahan wajibkan pejawat awam miliki BMI seimbang

18-12-2024 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17488| Komen: 11


Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan yang mewajibkan semua pegawai awam untuk memiliki indeks jisim badan (BMI) yang seimbang.

JPA menafikan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Miri, Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Jack Wong Siew Yu pada 7 Dis lepas berkaitan "JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan."

"JPA menggalakkan semua pegawai awam untuk melaksanakan saringan kesihatan kendiri termasuk mengambil ukuran berat badan dan tinggi bagi melihat status BMI dan diisytiharkan dalam sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)," menurut kenyataan JPA, di sini hari ini.

Menurut JPA, inisiatif ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam (MyPPSM) Ceraian S.R 2.5.1 mengenai Perisytiharan Rekod Kesihatan bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat yang dikeluarkan pada 6 Sept 2022.


"JPA tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau arahan untuk mewajibkan semua pegawai awam memiliki BMI yang seimbang," menurut kenyataan itu.

Namun, JPA kekal komited untuk bekerjasama dengan KKM dalam usaha menangani isu obesiti dalam kalangan pegawai awam dan menyokong langkah-langkah dalam meningkatkan kesihatan awam secara keseluruhannya.

JPA juga menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang melibatkan mereka, perlu mendapatkan kebenaran rasmi, selain turut meminta agar jabatan itu tidak dijadikan rujukan tanpa pengesahan fakta.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sara_thrash 18-12-2024 03:33 PM
kalau betul pun apa salahnya. hehehe
Quote stargazers 18-12-2024 03:41 PM
Makcik2 gomen gemuk is real
Quote sfrnna 18-12-2024 06:28 PM
Wajibkan la. Ramai yg gemuk dok makan2. Meeting je makan2.. rehat makan lg.. penyakit 3 serangkai byk.
Quote makneng 18-12-2024 06:39 PM
Kalau betul pun tak ada salahnya. Acik2 gundu besor esbok memang patut kuruskan badan.
Quote ninja boy 18-12-2024 06:41 PM
Edited by ninja boy at 19-12-2024 01:59 AM

Tapi pemilihan org yg tinggi/sederhana tinggi tak rendah x gemuk spt spesis polis pakai uniform itu terletak segak, pakai baju kurung terletak segak saiz normal, org tinggi diambil nampak perkasa berbanding org pendek, juga diambil org tegas, dan bersuara besar dan pandai menjawab dengan cekap, gaya berjalan dan muka kelihatan tegas
Quote Kitty_catz 18-12-2024 06:54 PM
sokong jurr!!!! esp frontliner tu

kut pulis obese, cemaner nak kejo perampok

then nurse2 pun kut obese, cemaner nak berkejaran ke icu or wad kecemasan tu
Quote nikaido 18-12-2024 07:04 PM
atleast utk frontliner mcm polis patut wajib
Quote syamzana 18-12-2024 07:55 PM
acik2 gomen tu sume masa intvw dulu semua body kerengga, cukup 3thn disahkan jawatan tu dia masing2, mana taknya asal jumaat je potluck, asal free sket makan2 asal miting je makanan selambak. makanan dgn acik gomen berpisah tiada.
iols dulu vetting paper je pun ada makan2 hoiii dlm bilik miting
ke tmpt iols je...tmpt lain tidak??
Quote tumpanglalu74 18-12-2024 08:01 PM
Kurus-kering pon last2 pencen dah takde ape maknenye??  Tak cukop itu nak pakse orang diet pulak.  Dah gile gamaknye..  Korang jugak yang pilih acik2 gomen tu time dorang tengah slim-melim umor 20-an dulu.  Bila dah gemok korang rase menyemak pulak ye.
Quote wirazam 18-12-2024 11:28 PM
sara_thrash replied at 18-12-2024 03:33 PM
kalau betul pun apa salahnya. hehehe

Kan....ala ala motivasi cam tu utk dptkan badan ideal..
Barulah nanti alamanda boleh jadi ala ala fashion week Mon to Fri masa time lunch...hahaha
Quote Akalditipumata 19-12-2024 03:23 AM
Jap nk bayangkn makcik2 gomen kne fit BMI..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.090559 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top