CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiktoker ‘Rayyan Wong’ fitnah Agong, TMJ, PM makan di restoran tidak halal ditahan polis

19-12-2024 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13519| Komen: 98

 


PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan pemilik akaun Tiktok @ryanwong_5845 dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap institusi Diraja dan Perdana Menteri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan semalam daripada seorang lelaki di Cyberjaya yang terlibat kenyataan dimuat naik oleh dikenali sebagai Rayyan Wong di aplikasi TikTok.

Katanya, lelaki itu didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi selain berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara di pautan:

“Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai pemilik akaun Tiktok tersebut semalam di rumahnya di Johor.

“Kita turut merampas telefon bimbit milik suspek. Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.


Sementara itu, pemilik akaun Tiktok terbabit iaitu Rayyan Wong turut mengeluarkan permohonan maaf atas tindakannya mengeluarkan kenyataan memfitnah institusi Diraja serta pemimpin negara yang makan di sebuah restoran didakwanya tiada sijil halal.

“Saya minta maaf tentang kenyataan makan di restoran tiada sijil halal rupanya ia ada. Minta maaf kekhilafan sendiri kerana tidak buat kajian lebih lanjut,” katanya.

Lelaki tersebut sebelum ini memuat naik kenyataan mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim makan di sebuah restoran di Johor Bharu yang tidak mempunyai sijil halal.

Sumber : - UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-12-2024 12:27 PM
Edited by Skuau at 19-12-2024 01:13 PM

tu la ko rayyan..rentua pesan dh...awat buat mende camni.Sementara tauke cina merniaga asam pedas...baik ko layan  slayer,metallica,sepultura dan band2 black metal yg lenlain tu......
Quote makneng 19-12-2024 12:29 PM
Bodohlah…tak pasal2 aku rasa kembang tekak nak makan asam pedas.
Quote ultra78 19-12-2024 01:17 PM
Dah tengok video tu.. Disebabkan isu ini ada sentuh satu golongan tu maka terus jadi isu besar. Kalau PMX seorang yang makan di situ dan ditegur netizen, ia adalah perkara biasa.

Pernah tak terfikir kalau netizen sangat serius tentang kedai makan halal,minta jabatan agama islam setiap negeri buat satu enakmen melarang umat islam makan di restoran cina bukan muslim. Siapa yang ditangkap dikenakan kompaun. Buat seperti larangan makan minum di tempat awam pada bulan puasa. Tapi sudah pasti ia akan dapat backlash yang hebat.
Quote prettyuglybabe 19-12-2024 01:26 PM
restoran mana dorang makan?
mesti sedap kalau tak, takde la dorang makan sana kan..
Quote kemaruk 19-12-2024 01:33 PM
Lepas ni boleh la guna istilah merayyan bagi otang yang cepat menuduh
Quote nisako 19-12-2024 01:46 PM
hmmm
Quote matseh 19-12-2024 01:51 PM
satu perkataan.
contoh
Quote midori888 19-12-2024 01:55 PM
ultra78 replied at 19-12-2024 01:17 PM
Dah tengok video tu.. Disebabkan isu ini ada sentuh satu golongan tu maka terus jadi isu besar. Kala ...

kan...sebab sentuh golongan tu, terus jadi isu besar...sib baik lah dlm kubur nanti takde kasta2, semua sama diazab kalu buat dosa...
Quote Insomniac 19-12-2024 02:25 PM
Actually ada ke tak sijil halal?

Rase mcm ilek

Rase je
Quote mrsamz 19-12-2024 02:28 PM
Sebenarnya halalan toyyiban ke?
Quote renko 19-12-2024 03:24 PM
tiba2 bersepah macai buat solidariti kat budak cina ni
sebelum hari2 ratib cina tu ini
ni la masa nk guna kan isu ni ye tak
Quote AbukRokok 19-12-2024 03:57 PM
kita kne ikut teladan ketua igama
kami ta kuat ketua
Quote nikaido 19-12-2024 04:03 PM
Betulke xde sijil halal? Ada org tepek ni katanya restoran tu punya
Quote edayildiz 19-12-2024 04:24 PM
midori888 replied at 19-12-2024 01:55 PM
kan...sebab sentuh golongan tu, terus jadi isu besar...sib baik lah dlm kubur nanti takde kasta2,  ...

sama ke masa kt alam barzakh..ingt malaikat ketuk ikut pangkat dan darjat
Quote ina_na 19-12-2024 04:24 PM
Edited by ina_na at 19-12-2024 04:26 PM

Kebiasaan nye kalo bangsa sendiri ckp x halal..tu btl la x halal..tp sebab touch payung kuning..ni mslh banyak le nanti..kita pun x berani nk komen beriA2.. takut berangkut hf nanti...mcm cikgu sekolah anak iolss..ni dah start cuti sekolah Beria ingatkan anak murid.. pastikan ade sijil halal baru msk...jgn tgk org ramai pakai tudung je.. takut peniaga guna minyak vavi ke,guna arak ke dlm masakan...saya x pe x de halal Haram..kamu org Islam x boleh buat main..nanti tuhan marah
Quote edayildiz 19-12-2024 04:27 PM
kalau xde sijil halal kalau pork free blh je kn mkn? kalau ikt bebetul islam?
i mkn seafood je..kolig i kdg mkn mkn..mcm manager laki kira kalau kt kl hub ni heols la big boss sini..dia anti i..sengaja dia pilih tmpt yg xhalal utk meeting...sbb i sorg islam.tp i pergi jgk..dorg minum arak semua i xmnm la..
Quote edayildiz 19-12-2024 04:29 PM
kalau i bc kt ausie aritu dorg mmg cari betul kedai halal kt i..
dorg siap study lg psl halal semua semata sbb i sorg..terharu betul..tp type c malaysia xpeka pulak bnda tu
Quote capiloton 19-12-2024 04:51 PM
kesian dia, tak pasal2 ke dalam.

lain kali tak payah usik geng2 malaikat nih.
nak makan apa pun, nak babi goreng ker,
lantak deme ler.
Quote prettyuglybabe 19-12-2024 06:00 PM
nikaido replied at 19-12-2024 04:03 PM
Betulke xde sijil halal? Ada org tepek ni katanya restoran tu punya

kalau macam ni sijil pembekal kan?

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.078907 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top