SERDANG – Seorang murid lelaki tahun enam meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, laporan berhubung kejadian diterima pukul 6.30 petang daripada pengadu wanita berusia 36 tahun. Katanya, laporan dibuat apabila pihaknya menerima pesakit yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki, 12, dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di kawasan Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pukul 6.50 petang. “Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang bagi mengenal pasti punca kematian. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta mengeluarkan sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
Miss_LoveLeen replied at 20-12-2024 12:06 AM
Meolss plg boring berita tak jelas mcm ni tambah hujung tu berpesan jgn buat spekulasi. Tlg la lapor ...
ADVERTISEMENT