CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan hotel Riverview lari akibat tebing sungai runtuh

19-12-2024 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9516| Komen: 11

 


Kota Bharu: Pelanggan Hotel Grand Riverview (GRV) masih selamat untuk menginap di hotel berkenaan biarpun berlaku runtuhan tebing Sungai Kelantan di Jalan Post Office Lama di sini, Isnin lalu.

Pengarah Hotel GRV, Gan Yeong Shuoh berkata, pihaknya sudah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan untuk melakukan pemeriksaan awal serta kajian lebih teliti sejurus runtuhan berlaku.

"Pihak kami dimaklumkan bahawa kawasan di sekitar hotel adalah selamat.

"Namun agak menyedihkan apabila ada kalangan pelanggan hotel membatalkan tempahan bilik disebabkan bimbang dengan situasi yang berlaku.

"Tidak dinafikan perniagaan hotel sedikit terjejas, namun saya ingin tegaskan lokasi hotel kami masih selamat dan pelanggan tidak perlu berasa bimbang untuk datang menginap di sini.

"Jarak runtuhan tebing dengan lokasi hotel adalah lebih 300 meter dan dalam masa terdekat ini, pihak kami akan membuat satu video pendek untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada pelanggan," katanya tadi.


Yeong Shuoh berkata, Hotel GRV ditubuhkan pada tahun 1996 dan kejadian runtuhan tebing yang berlaku itu adalah kali pertama sepanjang mereka beroperasi.

"Kejadian runtuhan tebing ini tidak pernah terjadi pada musim tengkujuh lalu. Apa yang berlaku baru-baru ini adalah di luar jangka.

"Pada 27 November lalu, pokok ara yang terletak di belakang hotel tumbang disebabkan angin kencang namun ia tidak menjejaskan kawasan di sekitar hotel," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan, tengah hari Isnin lalu.

Runtuhan itu menyebabkan laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggian hampir 10 meter.

Dalam pada itu, JPS Kelantan sedang merangka pelan tindakan pemulihan tebing Sungai Kelantan yang runtuh itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, JPS sudah mengadakan lawatan segera ke lokasi bagi menilai situasi dan kini sedang merangka pelan tindakan pemulihan tebing berkenaan.

Selain itu, agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Galian Galian (PTG) juga akan terbabit dalam usaha tindakan susulan bagi memastikan langkah pemulihan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.


Sumber –  Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 19-12-2024 01:47 PM
lariiiiiiiiiik
Quote Decaffeinated 19-12-2024 04:43 PM
Negeri di mana penduduknya Allah sayang... sentiasa diuji
Quote cikdot 19-12-2024 04:55 PM
uih takuittt..kalau dia cakap selamat pun pakat larik la sesiap
Quote Radzor 19-12-2024 06:55 PM
Decaffeinated replied at 19-12-2024 04:43 PM
Negeri di mana penduduknya Allah sayang... sentiasa diuji

uji pengarah hotel cina
Quote cicicumel 19-12-2024 08:01 PM
Jarak hotel ke sungai 300 meter??? Hahah..tgk gambar tu mcm 30 meter je
Quote midori888 19-12-2024 08:36 PM
Tak salah meols hotel nie salah satu hotel yg pnh tutup, tapi sbb COVID, diorg buka balik utk quarantine offshore staff di KB. They make lots of profits during COVID. Ada masa offshore staff kena quarantine smp 14 days masa tu. Sentiasa full house jer hotel2 di KB.
Quote Carcosa 19-12-2024 11:06 PM
Ahhh engkau.
Kang dah terjerlus, akuuu jgk yg ke 7 kaki.
Ujung2 kau mintak maaf, settle. Yihhhhhh, maksa2 org chk in. Kalau aku pun cancel. Tak refund pun aku sanggup
Quote hanamunir 20-12-2024 12:56 AM
eeee kena lari..
bila2 masa benda boleh jadi..
baik berhati-hatii..
kang tido malam tu tiba pagi esok dah jmpe dalam air..
minta jauhh la..
Quote AyeL87 20-12-2024 02:30 AM
aiyooooo seremmmmm
Quote missHIJAU 20-12-2024 02:34 AM
hotel ni kalau xberlaku runtuhan tebing tu pon mmg seram ye. tp sungai
Quote FOTHER-MUCKER 20-12-2024 02:41 AM
Decaffeinated replied at 19-12-2024 12:43 AM
Negeri di mana penduduknya Allah sayang... sentiasa diuji

Tuhan selalu murka kepada mereka ni kerana ..... Apa akan jadi 40-50 tahun dari sekarang!

[youtube]RGzjfmPmxgk[/youtube]




Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.033892 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top