CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 tahun kahwin, Siti Elizad bersyukur tak pernah dimarahi suami - "Malah, kami tidak pernah bergaduh besar"

19-12-2024 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9391| Komen: 20


Pelakon, Siti Elizad, 40, sudah reda sepenuhnya jika tidak dikurniakan rezeki anak sebagaimana diimpikannya sejak 10 tahun lalu.

Elizad berkata, walaupun masih tidak dikurniakan anak, tapi Allah sudah memberikan kehidupan yang baik dalam rumah tangganya bersama suami, Shamsul Baharin Rahman.

"Allah itu maha adil. Dia sudah menyusunkan takdir kita sebaiknya. Walaupun saya masih tidak diberikan rezeki anak, tetapi Allah bagi saya hubungan rumah tangga yang tenang.

"Saya dapat tengok, Allah dah bagi semua. Salah satu di antaranya, sepanjang 10 tahun perjalanan saya dengan suami (dalam rumah tangga), cerita yang betul adalah saya tak pernah dimarahi oleh suami.

"Malah, kami tidak pernah bergaduh besar. Tapi, bila saya berjumpa dengan kawan-kawan ada yang meluahkan mereka bergaduh dengan suami, tak bercakap dengan anak. Saya pula tak ada pengalaman itu," katanya kepada Harian Metro.



Terdahulu, Elizad ditemui di acara Forum Berbagi Suami sempena drama Berbagi Suami lakonannya sebagai Bella menerusi karya popular yang diadaptasi dari Indonesia.

Menurut Elizad, dia akur dengan segala kurniaan Allah kepadanya walaupun mendapati ada kurang di satu sisi, tetapi masih dilengkapi lagi pada sisi yang lain dan tidak perlu dipersoalkan.

Elizad berkata, sebelum ini dia sudah menyediakan bilik untuk anak-anak dengan kelengkapan katil bertingkat, namun semuanya sudah diberikan kepada kawan-kawan.

"Sebenarnya, saya sudah lama menyiapkan bilik untuk anak-anak di rumah dengan kelengkapan katil bertingkat sebab fikir akan ada anak ramai nanti, sepanjang 10 tahun ini.

"Namun, hingga kini impian saya memiliki anak sendiri belum dimakbulkan oleh Allah dan saya buat keputusan memberikan katil itu kepada kawan-kawan. Saya tidak mahu berterusan rasa sedih," katanya.

Sebelum ini, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 dan kemudian dia disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Dua tahun lalu, Elizad sekali lagi memaklumkan dia kembali menjalani rawatan IVF kali kedua

pada Mac 2022 sebagai usaha berterusan untuk mendapatkan cahaya mata. Namun, dia keguguran juga.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 19-12-2024 02:11 PM
Seronok tgk Elizad ni ride sana sini
Quote melinda_kerr 19-12-2024 04:00 PM
belum rezeki lagi.. rezeki tuhan tu akan dtg di waktu kita tk jangka pun..moga elizad dikurniakan zuriat one day
Quote jebatmaspunyer 19-12-2024 04:57 PM
Tak dapat di dunia, di akhirat Allah bagi. Berdamai dengan takdir. Mungkin cara Allah tunjukkan kasih sayang tu dengan DIA kurangkan ujian berkaitan besarkan anak.
Quote mamajawie 19-12-2024 10:44 PM
Takpe kak jad..Jiran iollss aka makcik iollss ni umo 46 dpat anak bongsu no 4..gap dgan anak no 3 tu 14 tahun..
Quote phalanx 20-12-2024 07:28 AM
walaupun dia kata baru buat IVF dua kali, i rasa dia dah buat ivf lebih dari 2 kali.

sebabnya, dulu pun tokti announce buat 2-3 kali gak kan. rupanya ex permaisuri kata tokti dah buat lebih dari tu.

Elizad pun mesti dah berhabis savings buat IVF, rasanya sebab tu dia kembali berlakon, nak kumpul duit balik. sejak berhenti DJ dah 2 telefilem dan 2 drama dia berlakon. baru2 ni megadrama astro.

semoga Elizad dipermudahkan urusan dan luas rezeki. inshaAllah Allah kurniakan yg terbaik untuk dia.
Quote LadyCarefree 20-12-2024 08:17 AM
Siapa pulak ni flexing laki terpaling.
Quote pocongkiutss 20-12-2024 09:26 AM
Laki dia pun mmg dh ada anak kan sebelum ni..dah tak bape pressure la..cuma sian kalau ejad nk anak dr darah daging dia sendiri jela

Btw acik2 gatal yg dm laki dia konon boleh bg zuriat tu boleh pi mampos
Quote pocongkiutss 20-12-2024 09:28 AM
mamajawie replied at 19-12-2024 10:44 PM
Takpe kak jad..Jiran iollss aka makcik iollss ni umo 46 dpat anak bongsu no 4..gap dgan anak no 3 tu ...

Acik tu mmg takde fertiliti issues kut kan uols
Quote Belibis 20-12-2024 10:03 AM
Bosannnn..selalu bawak watak bini kena maki..semua drama muka sedih,dahi kedut seribu.
Quote zuriey 20-12-2024 10:07 AM
Rasanya dah boleh stop cerita perihal anak
Kalau org tanya pun ckp je la masih berusaha atau takkan berhenti berusaha..
Setiap kali keluar cerita sheols mesti pasal anak.
Kalau tak nak hati sakit elok stop jawap soalan2 pasal anak ni.m
Quote anilanil 22-12-2024 01:44 AM
Bergumbira berdua je lah jad. Beto, mus may, achey, miznina, mark adam pon aman2 je. Kalo mampu, amik la anak susuan.
Quote nadie90 22-12-2024 10:47 AM
Edited by nadie90 at 22-12-2024 02:50 AM

Kehidupan kan....mcm kak Elizad ckp dia dah dpt semua yg dia perlu tapi belum lgi dpt apa yg dia nak....selagi ada bnd yg kita hrpkan/kita nak....teruskan berusaha & berdoa

Saya pun ada sepupu yg dh 16 thun berkahwin....& belum dikurniakan anak....skg dok jaga slh sorg anak menakan yg adik beradiknya ramai...Alhamdulillah nmpk bahagia & harmoni...apa yg berlaku & yg kita berhrp tapi belum dpt lgi pasti ada hikmah disebaliknya
Quote burberry99 22-12-2024 11:49 AM
semoga dikurniakan zuriat...dont give up,,she's still young...kalau takde ..takpe..rezeki masing2..ada rezeki lain menanti
Quote jemahjacjon 22-12-2024 12:09 PM
Anak ramai bukan penentu bahagia pun.

Tp selalu ladies yg independent mcm ijad ni jarang nak ada masalah rumah tgga. Anak pun xde. Takde bermasam muka ngn laki penat jaga anak bagai. Tu pun rezeki jua
Quote AKAZ85 22-12-2024 12:36 PM
Takpe ejad.. Ada hikmah Allah tangguh rezeki anak tu.. Nampak ejad enjoy je ride dengan cuben.. Habiskan masa berdua je.. InsyaAllah.. Sampai masa dan rezeki ada la tu..
Quote TTun_Teja 22-12-2024 01:43 PM
Semoga, doa dia utk ada ank Allah perkenankan..
Aamiin..

Tuhan lebih tahu, apa yg terbaik..
Quote downiey 22-12-2024 02:55 PM
semoga dipermudahkn urusan..
Quote DeLuna85 22-12-2024 03:36 PM
Belum ada rezeki anak tapi dapat rezeki suami baik.
Quote merahrose 22-12-2024 06:38 PM
Laki dia bukan duda anak 2 ke...anak tiri pn anak gk

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.043760 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top