CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bawa bertenang, belum lagi, adui – Amelia Christie nafi dah berhijab

20-12-2024 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41796| Komen: 22

 


Pelakon Amelia Christie menafikan dakwaan sudah berhijrah sepenuhnya selepas penampilan mengenakan jubah dan tudung labuh sebelum ini mencetuskan tanda tanya.

Ujar Amelia atau nama sebenarnya Amelia Christie Lim, 24, dia masih belum berhijab selain meminta peminat supaya bertenang.

“Bawa bertenang kawan-kawan ku, belum lagi adui!” tulis menerusi Instagram Story.

Pelakon drama Gamers Mangkuk itu turut berkongsi tangkap layar sebuah laporan portal hiburan yang menyatakan dia kini bertudung.

Kekeliruan itu tercetus selepas Amelia memuat naik video dalam TikTok pada Selasa lalu memperlihatkan dirinya memakai jubah dan hijab sambil meluahkan rasa syukur terhadap ujian hidup dilalui.

“Terima kasih Ya Allah, cara-Mu mendewasakanku sungguh luar biasa,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Hantaran itu menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikannya berimej sopan selain mendoakan pelakon itu terus istiqamah menutup aurat sepenuhnya.


Bagaimanapun, Amelia menegaskan bahawa perubahan tersebut belum berlaku buat masa ini. 

 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HelgaPataki 20-12-2024 01:47 PM
Sape jelah yg percaya adoi netijen pun
Quote sfrnna 20-12-2024 02:35 PM
Dia ni kalau bukan sbb sanaz org whoareyuss jah
Quote cicicumel 20-12-2024 02:46 PM
Who r yusss??????
Quote Ai_kiu 20-12-2024 03:03 PM
Dah kenapa engko
Quote pocongkiutss 20-12-2024 03:05 PM
Eh dia moslem ke? Mati2 ingtkn non moslem sbb nama siap ada christie lagi tu
Quote prince_marhaen 20-12-2024 03:11 PM
muda lagi.. awal2 dah berangkut ke sana sini gi melancong bagai ngan jantan... kenal pun sebab minah angkut.. sia-sia je dikkkk....nanaz je punnn.. dah rugi masa muda kau..
Quote L.U.S.M 20-12-2024 03:47 PM
Muka tua sebelum usia..gedik ngattt
Quote sharlenetexas 20-12-2024 04:11 PM
Dia berlakon cite apa?


Quote missyL 20-12-2024 04:38 PM
Ko pn g post knp
Dah th netizen over acting rmaai
Quote JohnEGlaze 20-12-2024 05:34 PM
looking so beautiful.
Quote fazila17 20-12-2024 05:37 PM
Berlakon citer apa pun tak tau

Kenal sebab menempel dgn baba Jebat jah
Quote mrsamz 20-12-2024 05:45 PM
Oh dia mmg islam yachh? Mati2 ingat non moslem
Quote Rogue98 20-12-2024 07:21 PM
Mungkin hati dia dah terbuka sikit lepas balik umrah aritu...cuma tak confident lagi...biasalah artis...Support jer lah..
Quote hokeypokey 21-12-2024 07:23 AM
muka ko bolat, pakai tudung nampak cam mak cik
Quote Kebabomb 21-12-2024 08:10 AM
Nampak matang Muka dia
Quote Akalditipumata 22-12-2024 03:28 AM
Knp gmbr2 ni gelap...bukan she putih gebu ke
Quote jihah_kudat 22-12-2024 06:44 PM
fazila17 replied at 20-12-2024 09:37 AM
Berlakon citer apa pun tak tau

Kenal sebab menempel dgn baba Jebat jah

itula aku baru nak tanya selain dari awek jebat
apa drama & filem dia berlakon ke sekadar igfemes je..
Quote heythere123 22-12-2024 06:50 PM
prince_marhaen replied at 20-12-2024 03:11 PM
muda lagi.. awal2 dah berangkut ke sana sini gi melancong bagai ngan jantan... kenal pun sebab minah ...

ada porumer spill budak ni ada bapak gula dulu. Tapi masa tu sebab sheols whoareyus namampus so ramai la orang ignore kisah tu.

Tatau la sekarang dah insof mungkin
Quote fazila17 22-12-2024 08:11 PM
jihah_kudat replied at 22-12-2024 06:44 PM
itula aku baru nak tanya selain dari awek jebat
apa drama & filem dia berlakon ke sekadar igfemes ...

Tak tau la Sis.. tau dia berlakon pun dari komen2 kat sini.. jadi extra drama je rasanya

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.214684 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top