CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Acara lelongan barangan mewah Rozita Che Wan esok ditunda

23-12-2024 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32171| Komen: 52


Acara lelongan awam barangan milik pelakon sensasi Rozita Che Wan yang sepatutnya diadakan pada esok ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurut wakil peguam pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang enggan dikenali, tindakan tersebut diambil susulan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Rozita selaku defendan menangguhkan proses tersebut.

“Assalamualaikum, mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada hari esok.

“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Difahamkan, sepatutnya esok akan berlangsungnya acara lelongan barang milik Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 51, membabitkan 34 barangan bernilai RM902,012.46.

Antara barangan Che Ta yang bakal dilelong adalah sebuah kereta SUV jenama Haval serta beberapa barangan elektronik seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum dan televisyen.


Bahkan, terdapat juga perabot dan beberapa peralatan lain yang bakal dilelong kepada orang awam.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan.

Selepas itu, bahagian undang-undang Mara dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.

Dikatakan, pinjaman Mara berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya itu sebagai penjamin.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss_LoveLeen 24-12-2024 12:00 AM
Apa brg2 yg nak dilelong sampai 900 k? Kete haval je kot. Pastu beberapa barangan elektronik seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum dan televisyen. Iye ke idok harga lelong mahal sampai gitu?
Quote Zeelalala 24-12-2024 12:05 AM
Patut masa live tt ni dia berlagak kata netizen tertinggal keretapi
Quote bintangct 24-12-2024 12:08 AM
kalau jd lelong, kat mana diaorg buat lelongan tu? kalau open kat public bole la iols pegi hehe Nak tgk istana cheta kodiang hehe
Quote PULANGKAN 24-12-2024 02:45 AM
aneh2 je la berita artis malaysia sekarang ni
Quote bedahmenjuyah 24-12-2024 06:43 AM
Zeelalala replied at 24-12-2024 12:05 AM
Patut masa live tt ni dia berlagak kata netizen tertinggal keretapi

Masih membongak ye chetah. Geng loyer mara kena nail betul2 pengajaran utk peminjam2 jgn buat enteng ye. Duit rakyat tu .
Quote watachiwa 24-12-2024 07:42 AM
pospon plak. dia dah gi tunjuk muke kat mARA lah kot mohon nak byr bulan2?
Quote BlackpingU 24-12-2024 08:27 AM
Laaaa postpone pulak
Quote lasagna 24-12-2024 08:34 AM
lambak jer brg2 dpn rumah,
sure ramai ada nk beli pya lah..
kena tebalkan muka jer dia skrg,
lelong jer..
Quote TomyamPuteh 24-12-2024 08:42 AM
Nk peti ais blh? Umah aku peti ais  kecik. Beli dari zaman mula2 kawin dulu tu.
Quote Kitty_catz 24-12-2024 08:44 AM
kereta SUV jenama Haval serta beberapa barangan elektronik seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum dan televisyen.


laaa banyak ni je? cukup ke rm 902K tu? keta pun tinggal berapa sen jah sbb dah jadi besi buruk

barang kemas intan permata tarak ka che ta?? beg2 tu smer kompom fufu la ekk
Quote Kitty_catz 24-12-2024 08:45 AM
kompom la cheta ni sebeno eh mesekinnnnnn

Quote da_vinci 24-12-2024 09:41 AM
sbb tu laaa kita jgn kagum sgt org keliling kita yang bermewah2 ini, kdg org yg kita tgk lifestyle depa cukup sederhana tp saving & current acc depa bekepok2
Quote bbasir 24-12-2024 10:37 AM
sebiji handbag pun x mention dlm lelongan ni.... fufu la smua beg dia slama ni haahaha
Quote exclusive_vvip 24-12-2024 10:44 AM
kereta2 mewah dia kena tarik @ sorok? kalu sorok, hamjad btol la pada informer dia..
Quote jebatmaspunyer 24-12-2024 11:00 AM
bbasir replied at 24-12-2024 10:37 AM
sebiji handbag pun x mention dlm lelongan ni.... fufu la smua beg dia slama ni haahaha

Kalau pernah nampak muka kat event jenama bag mewah maka bag y pakai tu orilah. Kalau x pernah nmpak maka suspicious sket... hehehe
Quote akies 24-12-2024 11:02 AM
Pengajaran utk u la che ta.
Quote jebatmaspunyer 24-12-2024 11:04 AM
RM960k banyak gak tu. Kalau business proposal x solid x kan lulus kan.. Sayang lah x guna betul2 utk meniaga. Letak kat FD pun dah beranak duit. Che Ta bukan x ada job, dgn meniaga lg, agaknya expenses tu betul2 tinggi tak padan dgn income.
Quote sangbara2020 24-12-2024 11:07 AM
brg seken jd turun rege la,,,meh nak microwave..
Quote selipar_hijau 24-12-2024 11:07 AM
Laa baru nak beli peti ais cheta

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.145813 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top