CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat rawatan rambut untuk Zahnita, lebih terurus

23-12-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32462| Komen: 83

 



Gara-gara video transformasi atau ‘makeover‘ bekas peragawati menjadi tular, kini ramai yang menginginkan gaya rambut seperti ikon wanita hebat itu.

Perkara itu diakui penata gaya rambut Zahnita sendiri yang dikenali sebagai Chez Hamdan.

Menurut Chez, sejak videonya mendandan rambut Zahnita tular dalam media sosial, dia tidak putus-putus menerima mesej daripada pelanggan yang mahukan potongan rambut yang sama.

Tak sangka pula video itu akan menjadi viral. Hari ini sahaja (semalam) semua datang salon nak buat rambut ‘Zahnita’. Bertalu-talu mesej yang masuk sampai tak menang tangan. Semua tanya tentang gaya rambut Zahnita,” katanya kepada Kosmo Online.

Bercerita lanjut tentang momen ‘makeover‘ yang mendapat pujian ramai itu, kata Chez, dia mengenali Zahnita sejak lebih 15 tahun lalu namun sudah sedekad tidak bertemu sehingga kisahnya viral seluruh negara, baru-baru ini.


“Saya kenal Zahnita sewaktu dia masih aktif sebagai model. Saya pernah mendandan rambutnya untuk penggambaran majalah. Selepas itu lama kami tidak bertemu. Sesekali bertanya khabar dalam media sosial.

Kebetulan dia datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini dan hubungi saya untuk potong rambut. Saya ‘trim’ rambutnya agar kelihatan lebih segar dan berseri. Kira macam ‘new look’ untuk tahun 2025.

“Insya-Allah, selepas ini kita akan buat rawatan rambut pula untuk Zahnita supaya rambutnya sentiasa kelihatan sihat dan lebih terurus. Kali ini saya hanya sempat ‘trim’ sahaja kerana Zahnita kesuntukan masa,” kongsinya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 23-12-2024 10:51 PM
Maaf naa...dimata aii nampak Zahnita kurus ni mcm apek versi rambut panjang.. myb Zahnita boleh take time utk weight gain
Quote orkid_amani 23-12-2024 10:51 PM
Maaf naa...dimata aii nampak Zahnita kurus ni mcm apek versi rambut panjang.. myb Zahnita boleh take time utk weight gain
Quote bottompro 23-12-2024 11:18 PM
Sorry. Dh takde pesona model.

Boleh teruskan buat pie tu.

Tak payah masuk dunia glamer
Quote exclusive_vvip 23-12-2024 11:26 PM
dia ni dari zaman jadi model & pelakon masa muda dulu, I x penah rasa dia cantık..cute tu yer la..hype sbb media dok up dia macam muka tokti..tp sebagai pompuan, I suka la tgk dia berani move on..
Quote LadyCarefree 24-12-2024 12:24 AM
bottompro replied at 23-12-2024 10:18 PM
Sorry. Dh takde pesona model.

Boleh teruskan buat pie tu.

Agreed.
Tgk gambar lama dia pun xrasa dia gorgeous mcm supermodel mcm ada yg cakap.
Aura dia xbagus.
Quote ninja boy 24-12-2024 12:49 AM
Cabut spec tu buruk
Quote Perawankota 24-12-2024 02:51 AM
Ermm biasa jer nyah… suara dia pon dah tak sehalus/ semanja dia berlakon dulu2
Quote Aribaariba 24-12-2024 07:00 AM
exclusive_vvip replied at 23-12-2024 11:26 PM
dia ni dari zaman jadi model & pelakon masa muda dulu, I x penah rasa dia cantık..cute tu yer la..h ...

I think the same. Just because ade mix blood, auto org rasa dia cantik. Nope. Just luck dia sbb dia ada kat msia. In somewhere else esp in her fathers native place, sgt x menonjol ye. Nmpk sgt msia bukan tmpt sesuai utk menonjolkan diri sbg model.
Quote makton 24-12-2024 07:32 AM
mata aku rasa dia ni mix yg biasa2 aje. tak lawa mana pun
Quote IzzahF 24-12-2024 08:03 AM
Perawankota replied at 24-12-2024 02:51 AM
Ermm biasa jer nyah… suara dia pon dah tak sehalus/ semanja dia berlakon dulu2

chuols..masa she belakon tu guna sora org lain
Quote sofi_sofia 24-12-2024 11:05 AM
sure bbnu yg nak buat hair cut camtu tak tau yg pesen tu ala2 90an punya vibes ala2 wan zaleha radzi ... shanen doherty 90210 beverly hills
Quote exclusive_vvip 24-12-2024 11:54 AM
Aribaariba replied at 24-12-2024 07:00 AM
I think the same. Just because ade mix blood, auto org rasa dia cantik. Nope. Just luck dia sbb di ...

btol.. sibbaik dok malaysia je
Quote LadyCarefree 24-12-2024 12:01 PM
Aribaariba replied at 24-12-2024 06:00 AM
I think the same. Just because ade mix blood, auto org rasa dia cantik. Nope. Just luck dia sbb di ...


Mcm Si Itam yg terpaling didiskriminasi tu. Netizen2 yg terkesima dgn dia ckp dah level international tp dia masuk online punya pun tak terpilih. Netz Msia yg suka idolakan retis ni on the whole, agak low taste kot.
Quote akies 24-12-2024 12:16 PM
Tambah berat sikit..mesti tak nampak kusam dan
berusia. All da best utk zahnita!
Quote chinta89 24-12-2024 01:13 PM
walaupun org kata dia x cantik, aku nak tanya korang masa muda mcm umur dia, level korang cantik sgt ke?
Quote dewi_rina 24-12-2024 01:20 PM
I think dia dah ada rupa walau tak berapa letop, ni pun belum mekap lagi, kalau dia touch up sikit pakai mua terus wow rasanya
Quote chandrahusin 24-12-2024 02:07 PM
klu berisi sikit lagi lawa
dulu2 comel lah jgk
Quote sara_thrash 24-12-2024 02:13 PM
tengok vtt dia posing2 i macam alahaii poyonya pompuan ni mesti dia rasa dia lawa. sorry #hatikuhitam
Quote toteng 24-12-2024 02:25 PM
Ropa jamal abdillah dah.

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.045988 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top