CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fitnah: Mahkamah tolak saman Hannah Yeoh terhadap Musa

23-12-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29301| Komen: 4

 


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung dakwaan kenyataan fitnah pada satu forum di sebuah univerisiti empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi memutuskan demikian selepas mendapati Hannah selaku plaintif gagal membuktikan Musa sebagai defendan mempunyai niat jahat dan kenyataan yang dikeluarkannya itu berunsur fitnah.

Dapatan mahkamah adalah majlis forum itu dilindungi keistimewaan dan Musa mempunyai alasan yang munasabah dalam kenyataannya berdasarkan pengakuan dan penulisan Hannah dalam bukunya, Becoming Hannah: A Personal Journey.

“Kenyataan itu dibuat pada forum yang membincangkan isu keselamatan negara, di mana defendan bercakap sebagai bekas ketua polis negara mengenai ancaman keselamatan yang dirasakan dan tiada bukti sebarang niat jahat kerana defendan membuat kenyataan berdasarkan analisis akademik dalam konteks kebimbangan terhadap keselamatan negara.


“Defendan hanyalah penceramah jemputan tanpa mengetahui forum akan disiarkan dan hanya mengetahui penstriman Facebook Live pada penghujungnya. Dia tidak mempunyai kawalan ke atas penerbitan (kenyataan) itu,” katanya.

Justeru dengan keputusan itu mahkamah memerintahkan Hannah membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Musa.

Menerusi saman yang difailkan pada 3 Julai 2020, Hannah mendakwa Musa memberi ucapan pada forum itu dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai dirinya dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya.

Kenyataan yang dipertikaikan itu mendakwa Hannah menulis bukunya Becoming Hannah: A Personal Journey. untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, merosakkan Islam dan Malaysia, dan meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara.  

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 23-12-2024 11:10 PM
Pergh.. plaintif bleh end up bayaq kos kpd defendan rupanya..

Justeru dengan keputusan itu mahkamah memerintahkan Hannah membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Musa.
Quote clueless_gamer 24-12-2024 05:13 AM
ex igp ni ramai yg ade court case dgn org dap kan.. kalau korang perasan lah

dulu soang tp arwah dia penah letak kit siang dlm ISA atas alasan keselamatan negara, tp skrg dah buang kes sbb dia dah takde.. sape yg follow tau lah kes apa.. panas woo
Quote supernaturalee 24-12-2024 08:39 AM
clueless_gamer replied at 24-12-2024 05:13 AM
ex igp ni ramai yg ade court case dgn org dap kan.. kalau korang perasan lah

dulu soang tp arwah di ...

mmmm



Quote lanacondor 25-12-2024 09:16 AM
Terbaik tan sri.. bkn kaleng2

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.031556 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top