CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alami jangkitan kuman dalam paru-paru, Adi Putra stabil

23-12-2024 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29238| Komen: 1

 

Pelakon terkenal Datuk Adi Putra, 43, yang dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru kini berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut isterinya, Datin Aida Yusof suaminya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah.

“Selepas mendapat rawatan sejak dimasukkan ke hospital Jumaat lepas, keadaan dia okey sedikit dan beransur pulih. Doktor dah beri ubat antibiotik. Keputusan ujian darah juga tidak menunjukkan ada masalah serius. Jadi malam tadi dia dibenarkan pulang.

“Cuma doktor berikan dia cuti lagi dua hari sebelum dia kembali semula ke set penggambaran,” katanya kepada Kosmo Online.

Berkongsi tentang kejadian Adi dimasukkan ke hospital, kata Aida suaminya mula jatuh sakit ketika berada di set penggambaran drama untuk slot Samarinda sempena Ramadan.

“Dia telefon saya mengadu sakit ketika itu. Memang kebelakangan ini dia sangat sibuk. Berulang-alik antara Malaysia dan Mekah. Kemudian sambung semula dengan penggambaran drama. Selepas ini dia akan ke Mekah semula pada Januari nanti.


“Adi memang kuat bekerja. Kalau boleh dia tidak mahu menyusahkan semua kru yang terlibat,” jelasnya.

Aida turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakan industri yang tidak putus-putus menghubungi untuk bertanya tentang keadaan Adi. Antara rakan selebriti yang dilihat menziarahi Adi di hospital ialah pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof.

Terdahulu, Adi dimasukkan ke pusat perubatan selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan batu karang.  

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 24-12-2024 12:26 AM
Mamat ni warga Spore?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.090693 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top