CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Balqis persis Megan Fox pula

23-12-2024 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32291| Komen: 76



Pelakon Puteri Balqis sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip aktres popular antarangsa iaitu Megan Fox.

Pujian tersebut mula membanjiri ruangan komen selepas dia memuat naik sebuah video ‘cat walk’ dengan memakai dres pendek dan jaket serba hitam.

Kebanyakan netizen terpukau melihat kecantikan yang dimiliki aktres berusia 17 tahun itu selain berpendapat, penampilan tersebut menonjolkan sisi garangnya.

“Mula-mula sumpah ingatkan Megan Fox, dua kali pandang baru sedar Puteri Balqis.

“Lawa sangat dia, aura lain macam.

“Tolonglah kembangkan bakat di Hollywood,” komen netizen.

Video tersebut kini sudah ditonton lebih 555,000 pengguna TikTok dan meraih 43,000 tanda suka.

Difahamkan, ini bukan kali pertama wajah Puteri Balqis disamakan seperti selebriti wanita lain.

Sebelum ini wajahnya juga pernah dikatakan mirip aktres Indonesia iaitu Vanesha Prescilla yang terkenal dengan watak Milea dalam filem Dilan 1990.   

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-12-2024 11:12 PM
Nak gi hollywood kau kena bogel dik. Pastu kena gi parti puff daddy.


Quote babycc 23-12-2024 11:12 PM
nampak sgt filternya
Quote bottompro 23-12-2024 11:14 PM
Sheols mmg syantik ke dkt luar?

Bg meols,  sheols try hard nk cakap British accent. Vocab ke laut, accent je lebih.  Teran²
Quote LadyCarefree 24-12-2024 12:25 AM
Kentut Megan Fox.

Aura rempit pekat sangat + vibes bodoh sbb xsekolah.
Quote anony-mous 24-12-2024 12:33 AM
Punya tebal mekap & filter. Cuba tgk kat tv lain bebenor. Sapa kata dia lawa kena cek mata. Lg2 yg ckp mcm megan fox. Muka mcm eddy ashraf jd drag queen jah
Quote ekselen 24-12-2024 12:45 AM
ni bkm mcm megan fox..tp mcm Megan yg dlm muvi horror tu
Quote Perawankota 24-12-2024 02:55 AM
Edited by Perawankota at 24-12-2024 02:56 AM

Kalau LMK pakai mcmtu semua dok menyindir Abang iPar dia ckp pasal tak tegur aurat adik iparlah apa lah… Tapi bila bab yg sorg ni, bkn main masing2 kt socmed komen, cantiklah, boleh pi jauh lah. Wlupon hakikatnya nampak rempit. Biased betul..
Quote downiey 24-12-2024 02:59 AM
ekselen replied at 24-12-2024 12:45 AM
ni bkm mcm megan fox..tp mcm Megan yg dlm muvi horror tu

hahahahah kejam nye uols
Quote azwanaliori 24-12-2024 03:40 AM
Try hard sgt so cringe
Quote toxicated 24-12-2024 03:54 AM
Try hard betul ngn mekap sekati.
Quote Glass_shoes 24-12-2024 03:57 AM
Yang remaja bergaya mcm org dewasa..Yg dah dewasa asik bereben besar..Macam2
Quote clueless_gamer 24-12-2024 04:54 AM
suatu hari nanti dia akan jadi someone juga sbb sangat berbakat berlakon.. tp dia akan semacam idgaf pada wartawan hiburan yg suka provoke harap dapat stement panas dari artis ni..

hidup ni mmg keras dik.. netizen terpaling mulia ni setakat boleh kecam jelah sbb life dia pun hauk jugak sebenarnya, sekadar nak dapat lepas geram pada beban diri sendiri je tu.. abaikan jelah ye dik, acik doakan kau boleh pergi jauh dan berjaya dalam industry ni dik..
Quote alesandra 24-12-2024 06:07 AM
Pelakon kanak2 selalunya mmg bermasalah
Quote ekselen 24-12-2024 06:46 AM
downiey replied at 24-12-2024 02:59 AM
hahahahah kejam nye uols

hahaha iyaaaa...iols tgk je sekali terus teringat
Quote rosevelvet 24-12-2024 07:16 AM
Netizen pun over nauuu
Quote September14 24-12-2024 08:10 AM
Muka bengis rasa mcm tgk figura mcm mas idaya… rasa mcm eii bengisnya
Quote auza_chiyoko 24-12-2024 08:13 AM
Edited by auza_chiyoko at 24-12-2024 08:14 AM

nak cakap dia muka megan fox mmg jauhh la beza...tp bg aku dia ni ada je aura eksotik dia wlpun xlawa mana tp ada tarikan...

for me..mata me npk muka megan fox tu mcm muka anzalna...cuma megan tu lgi sharp, sexy n grg la mukanya..sekian...
Quote noor2 24-12-2024 08:43 AM
Tang mana lawanya budak ni ...mekap pun tetap biasa
Quote slyfynx 24-12-2024 09:08 AM
Deme salah Megan kot.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.070449 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top