CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rodtang bakal timang cahaya mata

24-12-2024 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30371| Komen: 8

 


Juara Muay Thai One Championship, Rodtang Jitmuangnon, yang digelar ‘The Iron Man’, bakal menimang cahaya mata pertamanya.

Menerusi perkongsian di Instagram milik isterinya, Aida Looksaikongdin, Rodtang menerima kejutan apabila isterinya memberikan ujian kehamilan sebagai tanda berita gembira tersebut.

“Tidak dapat bertenang. Saya bakal menjadi ibu! Anugerah terhebat kami sedang dalam perjalanan,” tulis Aida di kapsyen video yang dikongsikannya.

Berita kehamilan ini mendapat pelbagai reaksi positif, dengan ramai mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

“Tahniah diucapkan kepada kalian berdua, pasangan yang penuh dengan cinta,” kata Donut345.

“Wah, tahniah diucapkan kepada kalian berdua,” ujar pempengaruh media sosial, Dean Schneider.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Rodtang telah mengahwini rakan seperjuangannya, Aida, dalam sebuah perkahwinan tradisional mengikut adat masyarakat Islam pada Februari 2023 lalu. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 24-12-2024 11:02 PM
Ohh tahniahh. Mcm familiar rupanya memang femes. Baru2 ni adik ipar dia kan yang fight. Muka nak sama macam bini.
Quote KamikuP 26-12-2024 10:39 AM
tAHNIAH lah yer
Quote nisako 27-12-2024 10:46 AM
wow tahniah
Quote Decaffeinated 27-12-2024 11:23 AM
Baru nak tanya nama Aida? Siapa yang Muslim, both?
Quote Decaffeinated 27-12-2024 11:26 AM
naina replied at 24-12-2024 11:02 PM
Ohh tahniahh. Mcm familiar rupanya memang femes. Baru2 ni adik ipar dia kan yang fight. Muka nak sam ...

Aida tu muka Melayu, laki dia tu muka typical siam banyak jumpa kat Sadao dan Kedah.
Quote naina 27-12-2024 11:28 AM
Decaffeinated replied at 27-12-2024 11:23 AM
Baru nak tanya nama Aida? Siapa yang Muslim, both?

Aida yang muslim. Rodtang tu mualaf
Quote hokeypokey 29-12-2024 02:47 PM
tahniah ler nk dapat baby dah..
Quote hokeypokey 29-12-2024 02:47 PM
double post

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055347 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top