CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga pisang goreng mengaku salah, menyesal bakar motor

31-12-2024 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19448| Komen: 46

 


TAIPING: "Saya mengaku bersalah. Saya menyesal, Yang Arif," kata peniaga pisang goreng yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat menggunakan api dengan membakar sebuah motosikal di Pokok Assam, di sini, Khamis lalu.

Tertuduh, Zainatul Rafeda Zainul Abidin, 43, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim yang kemudian menetapkan tarikh 14 Januari depan untuk jatuh hukum sementara menunggu fakta kes.

Terdahulu, tertuduh kelihatan sebak ketika dibawa dari lokap ke mahkamah menuju kamar bicara dan sekali lagi dilihat sebak ketika mengaku bersalah di dalam kandang tertuduh.

Beberapa ahli keluarga tertuduh yang menghadiri prosiding itu turut dilihat sebak sebaik saja tertuduh membuat pengakuan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan khianat menggunakan api, dengan pengetahuan akan menyebabkan kerosakan harta berupa sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam yang bernilai RM7,000 milik Zainatul Shakira Amira Zaini, 22, di Jalan Masjid, Pokok Assam, di sini, kira-kira jam 3.50 petang 26 Disember lalu.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 14 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.

Muhammad Fahmi menawarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tidak mengganggu dan menghubungi mangsa yang juga pengadu kes itu hingga kes selesai.

Ketika mitigasi, Wei Jun berkata, anak guamnya yang juga peniaga pisang goreng dan apam balik hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan dan menyara empat anak, manakala suami tertuduh mengalami strok sebelah badan.

Justeru, Wei Jun memohon agar jumlah ikat jamin itu dikurangkan, selain mengambil kira bahawa anak guamnya bersedia mematuhi syarat tambahan yang ditawarkan pihak pendakwaan dan tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri.


"Ini juga adalah kesalahan kali pertama yang saya buat," kata Zainatul Rafeda ketika hakim memberi peluang kepadanya untuk bercakap ketika mitigasi hukuman itu.

Nabisha kemudian menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang diminta oleh pihak pendakwaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang peniaga wanita membakar sebuah motosikal di Jalan Masjid pada Khamis lalu kerana berang apabila motosikalnya mahu ditarik.

Dalam kejadian itu, rakaman video yang tular menunjukkan berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa lelaki dipercayai penarik kenderaan, ingin menarik sebuah motosikal milik peniaga di situ.

Berdasarkan rakaman video tular itu, difahamkan pembiayaan motosikal berkenaan sudah lama tertunggak tetapi pemiliknya enggan memberi kerjasama apabila kenderaan itu hendak ditarik.

Dalam kekecohan itu, seorang wanita dilihat mencurahkan petrol ke atas sebuah motosikal jenis Honda RSX sebelum membakarnya.

SUMBER: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 31-12-2024 09:23 AM
Bodo...utang tetap kena bayar...denda pun kena bayar..silap2 dpt status banduan..
Quote bbasir 31-12-2024 09:56 AM
time nak bakar tu bukan main sombong lagi muka makcik ni.. mcm bangga sangat pegi bakar... padan muka.. dah tau miskin tu.. buat la cara miskin
Quote dubuk 31-12-2024 10:14 AM
Lagi baik dari Mastora yang tak ada rasa menyesal tu
Quote nadie90 31-12-2024 10:14 AM
Apa la...ada kes dengki/xpuas hati ka smpai bkr motor

Hujung2 xdak duit nak ikat jamin
Quote mizruncing 31-12-2024 10:35 AM
len kali kalau rasa diri tu bilis jangan la nak cari pasal.. tak memasal je masuk jel sbb kebodohan sendiri
Quote yenil95 31-12-2024 10:58 AM
sedih tengok manusia mentaliti macam ni.
bakar motor kepunyaan orang lain, tukang bakar org lain. tapi nama nak dekat sama.
Quote otai_g 31-12-2024 10:59 AM
Motosikal burn, abes hutang motosikal tu blh skip ka? Still kena bayar. Ni bank. 1 sen pun dia tuntut tau
Quote sranua 31-12-2024 11:39 AM
Motor tu bukan milik dia..ke anak beli untuk emaknya tapi lupa nak bagitau yg anak cuma bayar duit muka RM2 ribu...hutang lain kena bayar tiap bulan.
Naya jugak bila ikutkan perasaan dan nafsu marah.
Quote BungaKencana 31-12-2024 11:41 AM
dia bakar motor ank dia?
Quote prettyuglybabe 31-12-2024 12:09 PM
nama kemahen masing-masing macam ado-ado..
tapi beli motor pun liat nak bayar..
Quote ultra78 31-12-2024 12:23 PM
Apabila bertindak tanpa mengguna akal. Orang tu cuma nak tarik motosikal. Kalau dia biarkan,dia tak perlu nak keluarkan apa-apa duit. Sekarang dia terpaksa keluarkan duit sendiri RM4000 untuk ikan jamin.
Quote jasmeen 31-12-2024 12:49 PM
Ya ampun,walaupun kau cakap ni pedas tapi betul..patutnya dia hutang dia kena isaha bayar,ni dah la barang Masih hutang,pastu kau rosakkan pulak bila kau x mampu bayar.tak baca ka agreement sebelum sign hutang beli.omaigod.mungkin low educational background akak ni
Quote otai_g 31-12-2024 12:53 PM
Aku Tau ni bkn alasan tp inilah yg akan terjadi bila ekonomi rakyat x stabil. Ni br skit. Kalo da level kronik silap2 opis pmx yg kena bakar
Quote sayawifenikmie 31-12-2024 12:59 PM
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 14 tahun dan denda.

Takkan Tak Bersalah kan?
terang2 dia curah minyak dan cucuh api kat motor tu

kalau Beralah, hukuman PENJARA DAN DENDA
tak pasal2


Quote sayawifenikmie 31-12-2024 01:00 PM
wanita ini TERLALU PENAT
Quote renko 31-12-2024 01:17 PM
bukan main lagi nama sekor2
tp liat bayau utang
Quote awanearisu 31-12-2024 01:48 PM
Menang pada nama.
Quote alesandra 31-12-2024 01:52 PM
Bodoh nyer manusia
Quote sukacactus 31-12-2024 02:00 PM
Sedih betul bila hidup miskin + tak berilmu

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.089142 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top