CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 maut, 30 cedera selepas kenderaan rempuh orang awam di New Orleans

2-1-2025 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8826| Komen: 1

 


WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 30 lagi dibawa ke hospital selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di French Quarter, New Orleans, Amerika Syarikat (AS).

Menurut CBS News, seorang pemandu trak merempuh orang ramai di New Orleans sebelum keluar daripada kenderaan dan melepaskan tembakan.

Saksi melaporkan trak itu dipandu pada kelajuan tinggi ke arah orang ramai di Jalan Bourbon, diikuti tindakan pemandu keluar dan menembak, dengan pihak polis membalas tembakan.

ABC News pula memetik kenyataan pihak polis dan pegawai bandar yang turut mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam kejadian itu, manakala pemandu terlibat ditembak mati oleh polis.

 


Pasukan penyelamat kini sedang menangani kes kecemasan besar-besaran melibatkan sebuah kenderaan yang merempuh orang ramai di Jalan Canal dan Bourbon, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik kenyataan pihak berkuasa bandar raya itu.

Terdahulu, penyiar CBS News melaporkan saksi melihat sebuah trak dipandu laju ke arah orang ramai di Jalan Bourbon sebelum pemandunya keluar daripada kenderaan dan melepaskan tembakan.

Rakaman oleh WWLTV menunjukkan sejumlah besar pasukan kecemasan berada di lokasi kejadian. Seorang wartawan stesen itu melaporkan pihak polis telah mengosongkan beberapa restoran dan bar di Jalan Bourbon.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mengesahkan insiden rempuhan kenderaan di New Orleans tidak diklasifikasikan sebagai serangan pengganas, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ejen Khas FBI, Alethea Duncan, pada Rabu.

 

"Kami akan mengambil alih siasatan kes ini. Ia bukan kes keganasan. Ketika ini, terdapat bahan letupan buatan yang ditemukan, dan kami sedang mengesahkan sama ada ia benar-benar berfungsi atau tidak," katanya pada sidang media.

Superintendan Jabatan Polis New Orleans, Anne Kirkpatrick menyatakan pemandu itu bertindak secara sengaja, menolak kemungkinan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah (DUI).

"Individu ini cuba merempuh seramai mungkin orang. Ini bukan kes DUI. Berdasarkan maklumat yang kami ada, ia lebih kompleks dan serius, dengan 30 mangsa cedera setakat ini dan 10 terbunuh.

"Apa yang boleh saya kongsikan, suspek melepaskan tembakan ke arah pegawai kami dari kenderaannya selepas merempuh orang ramai. Dua pegawai kami terkena tembakan, namun mereka kini dalam keadaan stabil," kata Kirkpatrick. - AGENSI

Sumber – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 2-1-2025 12:22 PM
Ada ISIS flag, the funny thing is Shamsuddin ni dah serve US Military lebih 10 tahun.
Classic Mossad+Cia punya false flag.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.038383 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top