Insiden meragut nyawa wanita berusia 42 tahun itu berlaku pada Ahad lalu di Sumenep, Indonesia. Menurut Ketua Polis Sumenep, Henri Noveri Santoso, kejadian bermula apabila suaminya menunjukkan video di TikTok tentang ketaatan seorang isteri kepada suami. Respons mangsa yang dianggap 'kasar' mencetuskan kemarahan suspek dan kemudiannya menuduh isterinya itu berlaku curang. Lelaki yang hilang kawalan itu kemudian menampar pipi kanan dan kiri berulang kali, menghentak kepala serta memukul bahagian kepala, badan dan paha mangsa dengan tangan. Kata Henri, hasil autopsi menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat terkehel tulang leher. Sementara itu, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah. Suspek kini ditahan polis di Sumenep dan didakwa di bawah Undang-Undang Penghapusan Kekerasan dalam Rumah Tangga. Dia berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda 45 juta Rupiah (RM12,500) sekiranya disabitkan kesalahan. -mStar
|
ADVERTISEMENT