KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyifatkan pengkelasan isi rumah bawah 40 (B40), pertengahan 40 (M40) dan teratas 20 (T20) semasa, dinilai hanya berdasarkan pendapatan kasar tanpa mengambil kira faktor lain seperti kos sara hidup berbeza berdasarkan lokasi, saiz isi rumah serta bilangan tanggungan. Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Dr T Saravanan, berkata pihaknya mengesyorkan pendekatan yang mengambil kira pendapatan boleh guna bersih selepas menolak perbelanjaan asas seperti perumahan, pendidikan dan penjagaan kesihatan bagi memahami stratifikasi ekonomi isi rumah lebih tepat. Katanya, sistem untuk pengkelasan isi rumah sedia ada juga wajar disemak semula supaya lebih releven dengan keadaan semasa. "Sebagai contoh, program bersasar seperti Kalkulator Perbelanjaan Kos Sara Hidup Wajar (MyPAKW) yang menggunakan data menyasarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, membuktikan pendekatan lebih terperinci dan tersasar adalah lebih efektif. "Pendekatan ini juga perlu mempertimbangkan kos sara hidup berbeza mengikut lokasi. Contohnya, sistem seperti myPAKW dapat dijadikan rujukan yang mana data isi rumah dikumpulkan dan dianalisis secara terperinci untuk menyalurkan bantuan mengikut keperluan sebenar berdasarkan lokaliti. "Dengan pelaksanaan sistem PADU, pengkelasan isi rumah boleh disesuaikan mengikut realiti ekonomi dan keperluan setempat, memberikan hasil lebih logik dan adil," katanya kepada BH, hari ini. Semalam, BH melaporkan kajian terkini Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati pengkelasan isi rumah kepada B40, M40 dan T20 tidak mencerminkan realiti sebenar stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia. Mengikut kertas kerja terkini KRI bertajuk "Mencari 'golongan miskin' dan 'kelas pertengahan' di Malaysia", model digunakan menunjukkan penyimpangan ketara daripada klasifikasi B40, M40 dan T20, serta menawarkan perspektif baharu terhadap stratifikasi ekonomi. Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pihaknya yakin pelaksanaan sistem PADU bersama pendekatan seperti myPAKW akan menangani cabaran dalam membuat penafsiran berhubung pengkelasan ekonomi isi rumah dengan menyediakan data lebih lengkap dan relevan. "Ini membolehkan polisi, program bantuan dan pengkelasan ekonomi lebih tersasar, memastikan sumber diagihkan dengan lebih adil serta efektif kepada isi rumah yang benar-benar memerlukan," katanya.
|
ina_na replied at 2-1-2025 12:04 AM
Iolss bukan nak ckp pe la...iolss tgk kwn2 iolss yg dlm kelompok b40 selera beso..rumah sewa kat kws ...
zehra2 replied at 2-1-2025 07:18 AM
setuju. kita tengok je pun heran.
tp kita tk dengki lah. jgn sesekali nk tegur walau pun sedara ma ...
ina_na: Iolss bukan nak ckp pe la...io ...
ina_na replied at 2-1-2025 12:04 AM
Iolss bukan nak ckp pe la...iolss tgk kwn2 iolss yg dlm kelompok b40 selera beso..rumah sewa kat kws ...
cantthinkofany replied at 2-1-2025 03:50 PM
setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......momoddddddd tolong bagi tacang lebih sket kat ina.......bernas bet ...
seri_mawr replied at 2-1-2025 11:47 AM
kadang gaji T20/M400...lepas tolak segala tanggunggan boleh jadi B40 jua....silap2 lagi sikit dr gaj ...
ADVERTISEMENT