CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tersepit celah besi meja lipat, budak perempuan 6 tahun maut

2-1-2025 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10979| Komen: 21|Original author: Raline


 


SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam maut selepas dipercayai tersepit di celah besi sebuah meja lipat di Taman Seri Putera, Nibong Tebal di sini semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Nur Aqifah Humaira Abdullah dikatakan sedang bermain sendirian di bahagian belakang rumah sewa keluarganya kira-kira pukul 4.15 petang.

Kejadian disedari ahli keluarganya selepas suara kanak-kanak tersebut langsung tidak didengari mereka.

Ahli keluarga mangsa juga dikatakan cuba mendapatkan bantuan daripada jiran untuk menghantar mangsa ke hospital namun kanak-kanak malang itu dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Pihak forensik serta pegawai penyiasat melakukan siasatan di lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan mayat dijangka akan dibedah siasat pagi ini di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber -KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 2-1-2025 11:00 AM
aik pelik, mcm mana sampai mcm tu sekali, adakah sebab sesak nafas
Quote adeqbun 2-1-2025 12:03 PM
seramnya...bahaya btol..
Quote Shayang 2-1-2025 12:10 PM
Aku baca berita seterusnya
Mak dia kata anak dia ni mmg suka main yg ekstrem2 gitu
Maknya org Indonesia, ibu tunggal katanya suami dh ninggal.
Quote BoongaKertas 2-1-2025 12:43 PM
Allahu, mcm mana boleh jd lagu tu...
Quote diss69 2-1-2025 12:52 PM
Allah..xboleh nk bayangkan mcm mana dia jadi terkepit tu..
Quote A-Are 2-1-2025 12:53 PM
aduh...dahlah mlm td baru sampai meja lipat yg i olls beli...terux seram nak pasang
Quote lifeline 2-1-2025 01:18 PM
mcm mana boleh tersepit tu dan tersepit dkt anggota badan yg mana?
cam pelik la
ish risauuu
dia main gayut gayut ke mcm mana ni
Quote pisanggoreng 2-1-2025 01:27 PM
final-destinations-bloodlines-poster.jpg
Quote pisanggoreng 2-1-2025 01:28 PM
Edited by pisanggoreng at 2-1-2025 01:42 PM

terjepit kat leher la kot.. terus kena lock dgn meja tu

giphy.gif
Quote airmineral 2-1-2025 01:31 PM
seriau...mcmn sepitnya boleh sampai maut.. berita tak detail..
Quote cantthinkofany 2-1-2025 01:42 PM
meja lipat ni kat terkepit mmg payah nak angkat....orang besar pun mendengih jugak le....and brain ni boleh tahan 4 minit je without oxygen....budak ni mesti terkial more than that...so mak mak weiiii mintaaaaaaaaaaaa sangat alert dgn ketiadaan anak di depan every 2 minutes....kalau nak main hp sangat pun...buat timer...every 2 minits ada alarm to check on your kids....
Quote Freezies 2-1-2025 02:26 PM
Innalillah.
Kesiannya.
Hmmm jngn ada plot twist sudah
Quote ninja boy 2-1-2025 04:16 PM
Meja lipat bouquet ok sikit
Quote Prickford 2-1-2025 04:26 PM
Rasa bnyk jugak kes budak tersepit meja mcm ni. Bahaya. Budak2 tak tau bahaya menanti tu apa.
Quote salimrock 2-1-2025 05:02 PM
Allahu, aku dah 2 kali dgr  kes ni,

dulu aku ada kerusi lipat sejak ada kes kemalangan cam ni, aku dah buang...pakai kerusi bukan lipat
Quote imanjannah 2-1-2025 05:39 PM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote LadyCarefree 2-1-2025 08:02 PM
Dah 2025 dah boleh stop dengan allahu dan dipermudahkan. Dua2 tak boleh guna.
Quote mzzenma 2-1-2025 08:11 PM
pisanggoreng replied at 2-1-2025 01:27 PM

huhuh muntah darah kalau tengok citer ni..dgn saw. First time meolls tengok saw, 2 minggu tak boleh tidur.  
Quote mejaputih 2-1-2025 08:19 PM
takleh imagine camne leh tersepit sampai maut...maybe bhgn leher kot...and jgn ada plot twist...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.223063 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top