CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tindakan label konsep MADANI secara negatif keterlaluan, mendukacitakan - Menteri (Hal Ehwal Agama)

2-1-2025 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7852| Komen: 24

 

PUTRAJAYA: Tindakan melabel pendekatan MADANI yang menjadi gagasan negara ini secara negatif amat keterlaluan dan mendukacitakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kementeriannya turut kesal dengan sikap sesetengah pemimpin politik yang sengaja mencetuskan polemik terhadap konsep dan pendekatan MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Konsep MADANI telah diterima secara menyeluruh oleh sarjana Islam sebagai bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

"Konsep MADANI juga menekankan pendekatan pembangunan negara yang bersifat syumul (menyeluruh), holistik dan komprehensif dari aspek rohani serta jasmani," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Na'im menasihati umat Islam di negara ini agar berwaspada dengan usaha pihak yang sengaja menimbulkan polemik pemikiran keagamaan bagi meraih kepentingan tertentu.


"Sempena lembaran baharu 2025, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak agar memperkukuh perpaduan untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat," katanya.

Semalam, beberapa portal berita tempatan melaporkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa perjuangan Perdana Menteri adalah bergantung kepada MADANI Jahiliah susulan ketidakhadiran Anwar pada Sidang Kemuncak Negara Anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah, Mesir pada 19 Disember lalu.

Anwar yang ketika itu menerima kunjungan Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula 18 Disember lalu, telah diwakili Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke sidang kemuncak kali ke-11 itu.

Sumber – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 2-1-2025 12:16 PM
Itulah yang sekarang terjadi di Malaydesh .. KOnsep MADANI sekarang sudah diubah menjadi konsep WAHAM MADANI ... Sama-sama MADANI tetapi berbeda arti dan konsepnya ...
Quote BeskotCekelat 2-1-2025 12:46 PM
Dulu Islam Hadhari Paklah, korang jugak yang kutuk-kutuk.
Islam ada had, ada hari lah...
Sekarang turn korang pulak kena troll.
Quote izwan_izi 2-1-2025 12:51 PM
Edited by izwan_izi at 2-1-2025 05:36 PM

Madanon...
Mahanon...
Mahafirnon...
mahazanon..
sukmanon..
Omeganon..
Reformanon...
Arseniknon..



Quote izwan_izi 2-1-2025 12:51 PM
Edited by izwan_izi at 2-1-2025 05:29 PM

-Double post-

Quote axl_bach 2-1-2025 01:11 PM
BeskotCekelat replied at 2-1-2025 12:46 PM
Dulu Islam Hadhari Paklah, korang jugak yang kutuk-kutuk.
Islam ada had, ada hari lah...
Sekarang tu ...

Yg kuat kutuk pun pihak yg sama, dok kutuk madani sekarang ni....

At least madani ni x dinisbahkan kpd Islam, tp dinisbahkan kpd Malaysia so secara teknikalnya x salah, yg Islam Hadhari tu sbb dinisbahkan kpd Islam so mg salah lah.....

Islam x ada hadhari ka badawi ka.... Islam adalah Islam....
Quote Radzor 2-1-2025 07:50 PM
negara lain ada ke label² mcm ni
Quote FOTHER-MUCKER 2-1-2025 08:12 PM
[youtube]dhjk46iHbhc[/youtube]
Quote FOTHER-MUCKER 2-1-2025 08:13 PM
Masalah betul dengan orang agama ni
Quote nikaido 2-1-2025 08:37 PM
BeskotCekelat replied at 2-1-2025 12:46 PM
Dulu Islam Hadhari Paklah, korang jugak yang kutuk-kutuk.
Islam ada had, ada hari lah...
Sekarang tu ...

org pertikai Islam Hadhari sebab guna perkataan Islam
Quote terma2nkondisi2 3-1-2025 01:28 AM
axl_bach replied at 2-1-2025 01:11 PM
Yg kuat kutuk pun pihak yg sama, dok kutuk madani sekarang ni....

At least madani ni x dinisbahka ...

sama je sembang pasal nak kaitkan dgn islam ni.. tak kisah la hadhari ka madani ka apa ka

kalau dah sembang mcm ni, https://malaysiamadani.gov.my/2023/09/wawasan-malaysia-madani-sesuai-untuk-dunia-kini/, cipta la istilah apa2 pun boleh je nak kaitkan dgn islam.. tak kisah la nak kaitkan penuh ka atau setara mana ka atau sikit2 ja ka..

nisbah tak nisbah ka.. org bodoh ja percaya dgn segala bagai slogan istilah pekejadah suma ni
Quote axl_bach 3-1-2025 01:49 AM
terma2nkondisi2 replied at 3-1-2025 01:28 AM
sama je sembang pasal nak kaitkan dgn islam ni.. tak kisah la hadhari ka madani ka apa ka

kalau d ...

Masalahnya Madani tu bkn kaitkan dgn Islam, dia kan kaitkan dgn Malaysia.....

Malaysia Madani, bkn Islam Madani...

Sama gak, Hadhari tu kalau letak Malaysia Hadhari xder masalah, tp bila letak Islam Hadhari maka salahlah sbb Islam Huwal Islam, x ada hadhari ke madani ke badawi ke liberal ke.... No, Islam is Islam, thats it.....

Slogan mmg biasanya membongak jer, tp ok jer jadi satu aspirasi kpd kerajaan....

Mcm 1 Malaysia, Keluarga Malaysia, Malaysia Prihatin, so Malaysia Madani.....
Quote axl_bach 3-1-2025 01:52 AM
nikaido replied at 2-1-2025 08:37 PM
org pertikai Islam Hadhari sebab guna perkataan Islam

Itulah, dulu yg kuat bising masa Islam Hadhari adalah PAS, sbb Hadhari tu dikaitkan dgn Islam.... Tu yg jadi salah.... Seolah2 Islam ni ada byk, Islam Hadhari lah, Islam Badawi lah, tu yg jadi isu

Kalau letak Malaysia Hadhari xder masalah pun....

Madani ni bukan kait dgn Islam, bkn Islam Madani tp Malaysia Madani, tu pun ada yg x reti beza....
Quote axl_bach 3-1-2025 01:59 AM
Edited by axl_bach at 3-1-2025 02:01 AM

Siap ada buku lg nk rodd Islam Hadhari...

Bagi yg x faham

Hadhoroh Islamiyyah tu maksudnya ketamadunan Islam atau org Tepeng sebut Civilization of Islam...

Islam Hadhari tu maksudnya Islam yg Bertamaddun atau The Civilised Islam... Bila ada Islam yg bertamaddun, maksudnya ada Islam yg x bertamaddun lah atau uncivilised Islam... sbb tu istilah tu salah....

1000187861.jpg
Quote terma2nkondisi2 3-1-2025 02:10 AM
axl_bach replied at 3-1-2025 01:52 AM
Itulah, dulu yg kuat bising masa Islam Hadhari adalah PAS, sbb Hadhari tu dikaitkan dgn Islam....  ...

yg kuat bising masa islam hadhari dulu ialah pas.. pas dan parti2 politik dlm pakatan rakyat masa tu tunggang-menunggang antara satu sama lain utk mencapai impian politik masing2.. pasal tunggang2 dlm politik ni tak kisah la kan sbb dah nama pun politik.. semua pun sama ja bongoknya

so sekarang ni puak2 politik ni bertelagah pasal istilah2 dlm politik ni.. poin yg penting yg perlu difahami sekalian rakyat adalah permainan politik menerusi istilah2 politik ni sama ja bongoknya

bongoknya istilah islam hadhari adalah seboleh2 nak dikaitkan dgn islam... istilah malaysia madani pun sama ja bongoknya, tak letak perkataan islam pun seboleh2 juga nak kaitkan dgn islam

ni lagi satu berita yg sembang dan gebang politik.. https://www.sinarharian.com.my/article/668015/berita/nasional/jadikan-malaysia-negara-madani-berpaksikan-kekuatan-islam---pm
Quote terma2nkondisi2 3-1-2025 02:14 AM
axl_bach replied at 3-1-2025 01:59 AM
Siap ada buku lg nk rodd Islam Hadhari...

Bagi yg x faham

poinnya adalah tak kisah la apa jua istilahnya, tak kisah la ada buku ka tak ada buku ka, permainan politik guna istilah2 tu sendiri dah mmg bongok secara semula jadi
Quote axl_bach 3-1-2025 07:36 AM
terma2nkondisi2 replied at 3-1-2025 02:14 AM
poinnya adalah tak kisah la apa jua istilahnya, tak kisah la ada buku ka tak ada buku ka, permaina ...

Dah mmg dari azali slogan dan istilah tu jadi alat propaganda, dan politik ni mmg game propaganda, sistuh nk buat mcm mana?.....
Quote Decaffeinated 3-1-2025 04:04 PM
nikaido replied at 2-1-2025 08:37 PM
org pertikai Islam Hadhari sebab guna perkataan Islam

Sejak zaman atuk lagi dah menunggang. Masa tu siap ada slogan penerapan nilai2 islam dalam kerajaan (whatever that means). Paklah cuma sambung trend ja.

Slogan madani ni boleh ja guna perkataan BI atau guna sanskrit macam indon e.g. macam pancasila tu pun boleh. Nak jugak guna ereb hambik ko. Tidak pun tukar ja lah guna madanon terus dah alang2 walaun pun suka

Quote Decaffeinated 3-1-2025 04:08 PM
axl_bach replied at 3-1-2025 01:59 AM
Siap ada buku lg nk rodd Islam Hadhari...

Bagi yg x faham

dua2 betul

Hadariah Islamiah - hadariah tu noun, islamiah tu adjective
Islam Hadhari - Islam tu noun, hadari tu adjective

tengok lah ko nak cakap pasal apa, motif dah grad timur tengah pun pura2 fail bahasa arab demi politik.

Quote Decaffeinated 3-1-2025 04:10 PM
terma2nkondisi2 replied at 3-1-2025 02:14 AM
poinnya adalah tak kisah la apa jua istilahnya, tak kisah la ada buku ka tak ada buku ka, permaina ...

Welcome to negara tema. Hari kebangsaan ada tema, maal hijrah ada tema, hari guru ada tema, hari raya pun ada warna baju tema. Tak suka sila migrate

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053023 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top