KUALA LUMPUR: Selain bergelar pemain, Faisal Halim sebenarnya turut memiliki bakat terpendam sebagai seorang jurulatih. Pemain sayap Selangor berusia 27 tahun itu dilihat memainkan peranan sebagai jurulatih pasukan Akademi Bolasepak DNA Faisal Halim. Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengorbankan waktu rehat liga turut menjadi jurulatih pasukan akedemi itu yang menyertai Kejohanan Bolasepak Permatang Pauh Madani Bawah 12 Tahun, hari ini. Kejohanan anjuran Akademi Bolasepak DNA Faisal Halim dan Skuad Bolasepak Rembat Dadah yang berlangsung di Mengkuang Titi, Penanti itu menarik penyertaan secara keseluruhan 18 pasukan termasuk dari Pulau Pinang dan Kedah. Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, Faisal dilihat beraksi penuh bersemangat sebagai jurulatih dengan memberi arahan kepada pasukannya dari tepi padang.
Menerusi laporan dalam BH Sukan, hari ini, Faisal menjelaskan arena bola sepak negara memerlukan lebih banyak kejohanan sebagai pendedahan untuk pemain pelapis. "Ini tahun kedua kita melaksanakan pertandingan peringkat bawah 12 tahun dan saya berharap kita dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu. "Ini pengalaman pertama saya membawa pasukan dan melatih sendiri adik-adik yang baru nak faham bola sepak, bukan mudah tetapi mereka teruja selepas hampir seminggu menjalani latihan sampai tak nak cuti," katanya. Sumber – BH |
capiloton: sampai sekarang takde tangkapa ...
primarikey replied at 2-1-2025 12:39 PM
Kesiannya tgk muka dia skrg..
Semoga pihak yg bertanggungjawab mendapat balasan yg setimpal..aminn y ...
capiloton replied at 2-1-2025 06:10 PM
sampai sekarang takde tangkapan.
no suspect.
Prickford replied at 3-1-2025 09:05 AM
Kes dia ni ramai yg ckp si polan tu kan yg mastermind. Tunggu la kena sambar petir pastu mati pelan2 ...
ADVERTISEMENT