Usahawan dan pempengaruh media sosial, Datin Vivy Yusof berkongsi detik mencabar selepas akaun bank miliknya dan suami dibekukan susulan kes mahkamah yang dihadapi mereka. Menerusi perkongsian di Insta Story, Vivy berkongsikan ramai kenalannya memberikan bantuan berikutan mereka memandangkan tidak dapat mengakses wang simpanan mereka. “Bila media umumkan akaun kami dibekukan, begitu ramai orang berbuat baik kepada kami. Walaupun kami ada wang hasil kerja keras, tapi kami tak dibenarkan menggunakannya. “Semuanya kena sekat. Kami kosong. Jadi, ramai orang yang bimbang terutamanya kepada anak-anak, kami dapat banyak pesanan mesej. Rakan-rakan dan pengikut menghantar kami makanan, baucer Grab dan rezeki tu tak putus-putus,” tulisnya.
|
anggeriklatifah replied at 2-1-2025 05:41 PM
penipu..sebelum kena sekat...awal2 masuk kat akaun mak pak kannnnnn
cam aku tak thu
Incanto replied at 2-1-2025 05:49 PM
berapa ringgit pakej dia dgn laki pi umrah?
mesti yg exclusive punya
ADVERTISEMENT