CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena scam dengan kedai, jual kek dah berkulat

2-1-2025 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6990| Komen: 12|Original author: Raline

 



PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila kek yang dibeli untuk ulang tahun kelahiran anaknya dan telah diberikan kepada kanak-kanak lain, rupa-rupanya sudah berkulat.

Difahamkan kek tersebut dibeli dari sebuah kedai, namun tidak dapat dipastikan lokasi berkenaan.

Wanita itu memuat naik beberapa gambar kek yang telah berkulat menerusi akaun Thread hazrina_n.i.a dan dia turut menyuarakan kebimbangan rakan-rakan anaknya sekiranya keracunan makanan setelah makan kek tersebut.
 
“Tak tahu nak cakap, tapi rasa macam kena scam dengan kedai kek. Niat bagi sekolah anak nak sambut hari jadi budak-budak, tapi akhirnya kena scam. Esok kalau budak-budak keracunan makanan jenuh ni.

“Dia boleh cakap silap kek, ni bukan silap ya, ni namanya sengaja. Budak-budak dah makan separuh. Kalau cikgu tak bagitahu ni maka kedai tu diam saja lah. Karang ibu bapa ingat aku nak scam budak-budak,” marah wanita tersebut.

Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu berkata, dia membeli kek tersebut sebuah premis sekitar rumahnya.

“Memang kedai tu agak lama dah di kawasan sini, tapi tak jangka macam ni punya teruk. Dia kata itu sampel, takkan lah sampel letak sekali dalam ‘chiller’,” katanya.

Katanya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup (KPDN) selain akan membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 2-1-2025 04:15 PM
smpai hati jual bahan makanan dah basi...

ada kawan wa orang meniaga dia cakap selain meniaga dgn niat mencari rezeki kita kena niat utk membantu orang

cth jual makanan kt niat kita jual makanan kita tu supaya pembeli dpt menikmati juadah yg di jual tu dgn keluarga , bg makan orang lapar, semoga juadah dia jual tu dpt mengenyangkan dan memberi manfaat kpd keluarga tersebut...

dia tak kedekut nasi, air, gula, susu, sambal kalo org minta lebih kuah ke apa, dia bagi dia pernah ckp

kalo tak bagi pn, nti last2 kalo tak abis terpaksa buang juga...

kalo org minta dia bagi, kalo habis alhamdulillah...

itu antara ilmu yg aku belajar dr dia...

pastu jual henfon pn sama,

semoga pembeli henfon ni dpt berhubung dgn kenalan2 nya, dan memberi manfaat kpd pembeli
Quote mijot 2-1-2025 06:26 PM
tak elok betullah kedai tu jual makanan yang dah berkulat...
Quote Mahathirina 2-1-2025 06:28 PM
Bukan kedai kek ada yang simpan kek berbulan2 dalam freezer ke?
Quote hanamunir 2-1-2025 11:01 PM
ni berkulat kaw kaw..
kesian budak budak yang dah makan kek ni..
bau pun tak sedap, rasa tu lagi la..
Quote B40tastePosh 2-1-2025 11:04 PM
Chokulat
Quote nisako 3-1-2025 08:11 AM
wth ..............
Quote sara_thrash 3-1-2025 08:36 AM
ciri-ciri penjual untuk tutup pintu rezeki sendiri dengan tak menjaga kualiti makanan. ko meniaga macam ni untung sekejap je lah lepas tu melingkup.
Quote Kitty_catz 3-1-2025 08:47 AM
name and shame plis

Quote sayurmayur88 3-1-2025 10:01 AM
yuckkkk...hina sangat penjual yg macam ni..
boleh mati keracunan kot klu termakan ni...
Quote BoongaKertas 3-1-2025 10:29 AM
ala spill lah kedainya kak. so org beware kot lah nak beli nanti.
Quote noah8670 4-1-2025 09:33 PM
makanan nk jual kena FIFO tau, date buat, semua kena label tau.

hopefully budak2 tu okay takde apa2
Quote wirazam 5-1-2025 11:34 AM
Kdg2 masa pi pasar malam..ada gerai yg jual kek mcm mcm jenis tapi harga mahai..sepotong jual dlm rm6/7 cam tu..pastu tgk mcm X laku pun..wonder if tak laku apa yg diaorg buat ye..dgn rega mcm tu better beli nasi ayam or mee goreng lambak..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.074682 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top