CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah tak sebumbung & tak sefahaman, Hafiz Suip nak bercerai

3-1-2025 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19394| Komen: 33|Original author: Raline

 


Teka-teki kemelut rumah tangga penyanyi Hafiz Suip bersama isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah akhirnya terjawab selepas mereka dalam proses bercerai.

Malah Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata, dia dan Nureffy juga sedang berunding tentang hak penjagaan anak-anak jika mereka ditakdirkan tidak bersama lagi selepas ini.

“Kami masih suami dan isteri cuma tidak sebumbung disebabkan dalam proses cerai.

“Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak,” katanya.

Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemubual penerbit rancangan Melodi iaiatu Michelle Wee pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu dia hanya mahu menyelesaikan masalah rumah tangganya itu dengan baik tanpa ada campur tangan orang luar.


Tambah penyanyi Terus Bersinar itu, dia juga bersedia melepaskan isterinya jika sudah tiada persefahaman.

“Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik tanpa ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Cukup saya simpan sendiri perkara ini.

“Kalau dah memang kami sudah tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.

“Tak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” jelasnya.

hs 1.PNG

Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

Sumber: mStar https://www.mstar.com.my/spotlig ... an-isteri-cara-baik


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 3-1-2025 09:17 AM
Dia ni bukan ke baru je pregnant waktu shuib nyanyi atas stage time concert apatu kenapa anak dah Lima tahun?
Quote doubleA 3-1-2025 09:23 AM
Dah bau2 ikan. Itulah ujian bila takda duit kepuk2 populariti bermusim. Harap pis soeb kembali aktif menyanyi jadi nafkah pada anak tak putus
Quote sfrnna 3-1-2025 02:24 PM
Wife dia ni anak org kaya kan. Camna nak hidup miskin. Paham2 jela. Keje kuat sikit jadi legend.
Quote sfrnna 3-1-2025 02:24 PM
Wife dia ni anak org kaya kan. Camna nak hidup miskin. Paham2 jela. Keje kuat sikit jadi legend.
Quote ekselen 3-1-2025 02:34 PM
dah agak...semoga urusan dipermudahkan je lah...
Quote lilacomot 3-1-2025 02:40 PM
bini dia mmg cntik sungguh kan..tu laa msa tgh top bkn nk keluarkn single byk2...dok menyepi, memancing..dh xde income ingt bini nk stay ke
Quote ekselen 3-1-2025 02:41 PM
doubleA replied at 3-1-2025 09:23 AM
Dah bau2 ikan. Itulah ujian bila takda duit kepuk2 populariti bermusim. Harap pis soeb kembali aktif ...

heols actually x bermusim pun kan.. sbb dia masih aktif lg dan kira berjaya jgkla sblm ni sbb menang mcm2 pertandingan, lagu pun berderet.. iols syak sbb heols benti then join tabligh ke apa tu..pastu terus jadik kurus sbb slip disc la.. then kata kena jg maknya sakit.. so rasanya sbb tu la xde job.. then rasanya mebi belah inlaw kot masuk campo.. mebi sbb apis dah xmampu sara anak deyols... wallahua'lam.. apa pun doa jelah yg terbaik utk dia.. last dia menang ajl 35 x salah vokal ngan persembahan terbaik..syg la sbb dia benti camtu je..
Quote LadyCarefree 3-1-2025 02:45 PM
Bukankah dia yg super romantik gesture sampai jadi juara kalahkan ernie?
Quote cikdot 3-1-2025 02:57 PM
mungkin boleh get back with adira haha. aku suka berdua ni dulu. kalau ons meriah la rumahtangga anak berderettt
Quote Shayang 3-1-2025 03:17 PM
cikdot replied at 3-1-2025 02:57 PM
mungkin boleh get back with adira haha. aku suka berdua ni dulu. kalau ons meriah la rumahtangga ana ...

Hellowwwww
Bistu tok red tu nak campak kat mana
Awal2 dia dah lock tau
Line dia lagi laju maklumlah duk atas pencawang
Cuma payment tak buat2 lagi tu yg masih hold takleh nak post lagi
Maybe dia nak add item lain ke apa
Quote BoongaKertas 3-1-2025 03:23 PM
moga yg baik2 jer utk korng. sedih dgr psgn bercerai tp kalau dah tu mmg jalan terbaik, what to do...
Quote cikdot 3-1-2025 03:31 PM
Shayang replied at 3-1-2025 03:17 PM
Hellowwwww
Bistu tok red tu nak campak kat mana
Awal2 dia dah lock tau

duk atas pencawang pun slow apakah..salah pencawang ke dekkk
harap pissuib cepat2 hantar signol

Quote sayawifenikmie 3-1-2025 03:51 PM
saya suka dengan lagu2 Hafiz  
awan nano tu legend betul
anak istimewa saya bileh ingat lagu tu dan lakukan hafioz dengan herman tino
Quote Zeelalala 3-1-2025 04:28 PM
Begitulah resam manusia.....masa senang ramai yg suka, dah populariti turun, pasangan pun akan tinggalkan kita. Bini dia ni dulu mula2 nak kat dia masa dia tengah naik. But, apapun, maybe bercerai jalan terbaik utk bagi semua org bahagia dgn kehendak masing2. Apapun anak2 jgn jadi mangsa. Siapapun yg dapat hak penjagaan, jgn sampai hak sebelah pihak lagi diabaikan. Bapak atau mak sama2 ada hak utk lawat dan bermalam dgn anak2. Jgn mcm NGAI, contoh sangat tidak baik, anak2 bawa lari jauh dari bapak. Ha...ke situ pulak aku
Quote naina 3-1-2025 04:35 PM
Ko pilih pmpuan cantik Sam bergaya. Mana maunya stay dengan KO masa miskin. Plak tu KO kalau tak kerana popular dan berduit masa dulu tu ada ke bini KO nak. Carilah pmpuan bese2 yg boleh terima KO time susah dan senang. Bini KO xleh pakai. Harap rupa je tak guna brohhh
Quote fazila17 3-1-2025 04:46 PM
Salam takziah… mesti lagu2 dari upcoming album nanti banyak lagu galau.. tabahkan hati Hafiz, moga bintang kembali bersinar..  
Quote misc 3-1-2025 04:55 PM
Sayang dia ni suara dia sedap. Tapi mcm tak pernah dengar pun lagu baru.
Next time harap jumpa yg sekufu.
Quote exclusive_vvip 3-1-2025 06:29 PM
retis2 zaman rock kapak dulu ada gak jadi camni kan..masa dpt diorg, mesti yg perempuan2 tu rasa mcm jackpot..salah sorang Baggio..even masa dia kawen tu walaupun iols skolah rendah lagi dah rasa mcm janggal..bekas bini dia tu anak Dato’.. i rasa janggal sbb penah baca yg Baggio tu anak yatim piatu, mcm kesian gak la life dia sebelum hits dgn Umpama Mimpi tu..kalu x sebab glemer masa tu, x mungkin anak Dato’ maunya..
Quote theotherfriend 3-1-2025 06:51 PM
Carila yang sekufu piz. Awak tu berbakat

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.039288 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top