CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rambut merah menyala siap berantai leher, Duda hot Fattah Amin kena kecam

3-1-2025 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29756| Komen: 422|Original author: Raline

 


Menangkap perhatian dengan imej ranggi berambut merah menyala siap berantai leher, penampilan duda sensasi, Fattah Amin dalam penggambaran bersama sebuah majalah fesyen  mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tambah memanaskan situasi, kapsyen murni pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 35, itu yang mahu menjadi  bapa dan muslim lebih baik disifatkan tidak seiring penampilan.


“Kalau nak jadi muslim yang lebih baik, cabut rantai tu Fattah. Perempuan sahaja boleh pakai rantai dan gelang. Rasanya Fattah tahu tapi mungkin tak perasan. Semoga 2025 menjadi tahun terbaik untuk Fattah dan tidak hanyut dan alpa dalam kemahsyuran,” komen netizen.

“Mahu jadi muslim lebih baik tetapi kenapa memulakan azam tak selari dengan penampilan diri. Dengan rambut merah dan duduk terkangkang,” komen seorang lagi netizen yang tidak suka dengan penampilannya.



Selain dikecam kerana imej ranggi persis ‘bad boy’, netizen juga kesal kerana Fattah menggayakan pakaian daripada jenama yang menyokong Israel.




Di sebalik kecaman yang diterima, ramai juga netizen yang memuji ketampanan pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu.

Kata mereka penampilan Fattah saling tidak tumpah seperti penyanyi dan pelakon T.O.P dari kumpulan Big Bang yang drama lakonannya Squid Game 2 sedang hangat ditayangkan dalam Netflix.

“Ingatkan Thanos (watak Top) dalam cerita Squid Game 2. Rupa-rupanya Fattah Amin,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo-https://www.kosmo.com.my/2025/01 ... -muslim-ditempelak/


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 3-1-2025 09:48 AM
Memang caption “better muslim” tu tak selari dgn gambar. Kenapa deme 2 ni lepas sherai jadi tingtong masing2 nampak sgt sekufu bersama dulu
Quote aciksenah 3-1-2025 09:49 AM
Kah!..ni macam tak puas bebas masa time muda2 ni..Tak payah la nak tampil dengan imej muslim alim sangat..kalau jiwa tu masih meronta2...
Quote lolipopmanish 3-1-2025 10:15 AM
Bughuk
Quote apedehal 3-1-2025 10:16 AM
Alaa Johan kassim..nape la ko p aniaya duda teraniaya ni...nk kena rasukan ablasa keledek ke nyahh
Quote ezacbee 3-1-2025 10:19 AM
Nasib baik x color purple. Sama cam thanos squid game.
Quote jejaka_hensem 3-1-2025 10:24 AM
Buat simbol mata satu kah itu??
Quote joy_ah 3-1-2025 10:31 AM
apa TOP, bukan lee jung jae kaler rambut merah ke masa squid game season 1 tu
Quote kembarsiti 3-1-2025 10:32 AM
Adeh. Ingat hensem lah tu. Sekali kene kecam sebab terkangkang pakai baju brand zionist. Bukan dia ni duta tangga masjid ke
Quote BoongaKertas 3-1-2025 10:32 AM
#doaygbaikbaik
Quote fair_iza 3-1-2025 10:33 AM
Edited by fair_iza at 3-1-2025 10:37 AM

"Perempuan sahaja boleh pakai rantai dan gelang. Rasanya Fattah tahu tapi mungkin tak perasan"
Fan dia ni mmg anggap dia ni suci ke apa?

Nk jd retis, jd je lh retis. X perlu lh mention trpaling berugama, x selari dgn tindakn.
Quote nottyyuni 3-1-2025 10:35 AM
Bukti duda kayu sehati sejiwa dgn mj..dia sanggup dicerca supaya bkn mj je yg kena sorang - keledek benyek 2025.
Quote GummyBear123 3-1-2025 10:38 AM
Ohh puhhlease! TOP tu lagi hensem ye...

Ini ke retis yg dikatakan dari kalangan keluarga baik-baik dan beriman tu?
Quote sukanyanyi 3-1-2025 10:41 AM
Wow, nampak bad boy. Ai makin laik. Ade aku kesah ape acik2 setazah pikir? Pffft.. photoshoot jer pun.
Quote melinda_kerr 3-1-2025 10:45 AM
hahahah! amende lah mu ni Fattah. mmg buang tebiat betul. kenapa majority org lepas bercerai suka sgt nak make over ek... apa lah diaorg nk nk prove. ada yg jadi sexy dan kuruslah, potong rambut lah.. waktu relationship kenapa tk buat semua tu. kelakar. buang tebiat
Quote pia250110 3-1-2025 10:47 AM
alah cenggini pom kene kecam,,,muahah lainla buka baju nampak dade ke,,,nampak bulu2 ke,,
Quote kembarsiti 3-1-2025 10:48 AM
GummyBear123 replied at 3-1-2025 10:38 AM
Ohh puhhlease! TOP tu lagi hensem ye...

Ini ke retis yg dikatakan dari kalangan keluarga baik-baik  ...

Ya
Inilah dia
#doayangbaikbaik

Quote Kancilkering 3-1-2025 10:50 AM
dia bukan PU OR UZTAZ
dia nak jadik gigolo pun dia punya suka
Quote awanearisu 3-1-2025 10:51 AM
Dior kot
Quote sukanyanyi 3-1-2025 10:53 AM
nottyyuni replied at 3-1-2025 10:35 AM
Bukti duda kayu sehati sejiwa dgn mj..dia sanggup dicerca supaya bkn mj je yg kena sorang - keledek  ...

Mj tu sape nyah? Tertinggal

Lihat semua komen(422)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080784 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top