Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris, berkongsi sebuah hantaran berupa status dan kapsyen seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika. “Tahun depan kalau tak dapat ‘restu’ juga saya akan paksa ajak kahwin lari. “Saya terdesak nak kahwin. Selamat tahun baru bakal makmun,” tulisnya ringkas. Walaupun tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, namun rata-rata peminat dan pengikutnya meninggalkan pelbagai respons pada muat naik berkenaan. Bahkan, ramai yang menganggap tindakan Tyzo itu sebagai gurauan memandangkan statusnya kini yang masih ‘single’. Terdahulu, nama Tyzo mula menjadi perhatian apabila pernah terkait gosip cinta bersama Lydia Rosli apabila mereka kelihatan kerap muncul bersama dalam beberapa majlis, termasuk Lydia juga sering berkongsi foto miliknya bersama Tyzo di akaun media sosial.
|
areyam replied at 3-1-2025 04:13 PM
ok saya restu... ambiklah kakak kilometrico tu....
TabletSusu replied at 3-1-2025 03:38 PM
dia kat radio mana sekarang eh? aku sbnrnya x pernah dgr dia kat radio. layan suriafm pun lps dia da ...
ADVERTISEMENT