CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah kedai sarang maksiat

8-7-2013 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5192| Komen: 11


APA KES: Dua lelaki dipercayai penjaga dan pelanggan ditahan bersama tiga wanita warganegara Indonesia yang bekerja sebagai pelacur.

IPOH – Berselindung di sebalik kerja-kerja pengubahsuaian hotel bajet, rupa-rupanya rumah kedai dua tingkat di Jalan Leong Sin Nam di sini, menjadi tumpuan lelaki warga asing dan tempatan untuk melepas nafsu pada hujung minggu.

Dengan mengenakan bayaran serendah RM30, mereka akan dilayan pelbagai gadis dari Indonesia dan Vietnam dengan menyediakan 23 bilik lengkap dengan kemudahan pili air.

Namun, pusat pelacuran yang baru tiga bulan beroperasi akhirnya lumpuh apabila diserbu sepasukan tujuh anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Othman berkata, hasil risikan dan serbuan itu berjaya menahan tiga wanita Indonesia berusia 25 hingga 31 tahun yang di tahan bersama seorang pelanggan warga tempatan berusia 38 tahun.

Menurutnya, pusat pelacuran itu beroperasi di pintu belakang dan mempunyai seorang penjaga sebelum membenarkan pelanggan masuk.

“Hanya pelanggan tertentu yang mungkin biasa berurusan dengan penjaga di sini dibenarkan masuk sebelum menanti kehadiran wanita-wanita terbabit.

“Ketika serbuan, penjaga pintu dan bapa ayam warga emas berusia 53 dan 69 tahun itu tidak sempat melarikan diri manakala terdapat seorang lelaki berada bersama seorang wanita di sebuah bilik tingkat bawah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Tidak puas hati dengan hasil serbuan, anggota yang menggeledah rumah kedai dua tingkat itu berjaya menemui sebuah bilik rahsia yang memuatkan sekurang-kurangnya enam individu yang diletakkan di hujung koridor.

Anuar berkata, bilik berkenaan ditemui selepas tiada kesan cubaan lari ketika pemeriksaan dilakukan termasuk di siling bangunan.

“Setelah diketuk dinding di setiap bilik, kita menemui dua wanita berpakaian seksi menyorok dalam bilik rahsia yang diperbuat daripada kayu menyamai dinding bilik.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua daripada mereka mempunyai pasport dan masuk ke negara ini beberapa kali manakala, seorang wanita dari Jakarta tidak mempunyai pasport,” katanya.

Katanya, kesemua mereka termasuk pelanggan dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B dan 372C Kanun keseksaan.

“Kita merampas kondom dan jeli serta wanita warga asing juga akan disemak dengan Jabatan Imigresen sebelum diambil tindakan,”

4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 8-7-2013 11:52 AM
kos import amah indon mahal..kos import pelacor indon murah!!!!!!!!
Quote WIFEY_KETIAK 8-7-2013 12:03 PM
pakwetizzaqyah posted on 8-7-2013 11:52 AM
kos import amah indon mahal..kos import pelacor indon murah!!!!!!!!

yang benar pak! murah2 ayuh yuk!
Quote gaara_X 8-7-2013 12:24 PM
pergh!!....business yang menguntungkan setakat nie...ahaks!!
Quote mute 8-7-2013 03:25 PM
vietnam.....gambo ade x?
Quote izamahmed 8-7-2013 03:37 PM
RM30 je? ni dapat henjut 3-5 org 1mlm.~
Quote dubuk 9-7-2013 02:26 PM
kasihan kau perempuan peha ayam goreng dua ketul pun RM10 aku sekali ngap peha ayam 4 ketul
Quote setia00 9-7-2013 03:24 PM

rasa tak selamat je sekarang ni...
Quote WIFEY_KETIAK 9-7-2013 05:36 PM
seks sek sek sekssssssss
Quote PITTSBURGH 9-7-2013 06:33 PM
PANDAI LAK TUTUP MUKA DENGAN PAPER BAG
TAK NAK GLAMER MASUK PAPER KE
Quote kashishi7 9-7-2013 07:17 PM
Malaysia masih aman..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037078 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top