Gelagat pasangan selebriti serta usahawan, Neelofa dan PU Riz di media sosial sering menarik perhatian warganet. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Neelofa dan PU Riz dilihat sedang mempromosikan produk mereka iaitu inai. Dalam masa yang sama, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor membaca komen warganet yang bertanya tentang parut di dahinya. "Parut ini sebab terjatuh ketika kecil dulu. "Mereka tanya dahi saya kenapa." Pendakwah berusia 29 tahun itu kemudian berseloroh dengan mengatakan dahi Neelofa berparut kerana dia sering menunaikan ibadah solat. "Dahi kena…sembahyang kuat." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka PU Riz akan berkata sedemikan dan geli hati mendengar jawapan spontan yang diberikannya.
|
ADVERTISEMENT