Muncul isu relevan apabila trio lagenda, KRU mengumumkan penambahan hari ketiga untuk konsert GenKRU. Walau bagaimanapun, mereka akui sokongan peminat yang tidak henti daripada awal kemunculan dalam industri sudah mencukupi. Menjawab tentang isu relevan, Norman beranggapan ianya sesuatu yang biasa dalam industri muzik. Ujarnya, setiap orang memiliki minat yang tersendiri. "Pertama sekali, saya rasa ada yang minat KRU, ada yang tidak." "Saya rasa itu komen-komen yang biasa. "Saya tak kisah apa orang nak cakap, sebab saya tahu kami relevan pada peminat kami. Itu yang paling penting." Berkongsi lebih lanjut, Norman bersyukur dengan sambutan yang hangat daripada para peminat sehingga tiket konsert GenKRU habis terjual untuk hari pertama dan kedua. Norman berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, pada Sesi Apresiasi Media dan Pengumuman Istimewa GenKRU yang berlangsung di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat. Dalam pada itu, Edry melihat terlalu banyak artis baru yang bergerak secara individu. Ujarnya lebih, dia berharap generasi baru kembalikan zaman artis yang berkumpulan sekali gus dapat memeriahkan lagi industri tanah air. "Saya harap kita kembalikan era artis yang berkumpulan." Terlalu banyak sangat individu yang bergerak solo." "Saya harap generasi baru ini buat kumpulan balik dan nampak sesuatu yang positif dalam KRU." Perkongsian itu dipersetujui oleh Yusry yang menyakini artis berkumpulan akan sentiasa ada pasaran dalam industri hiburan. Sumber: Oh Bulan
|
cikmouse replied at 7-1-2025 01:26 PM
Yeaaahhh...bjaya gak dpt tix yg day 3 tuuu...
sukanyanyi replied at 7-1-2025 01:34 PM
Wahh huntung la.. uols paling ske lagu ape? Iols paling minat lagu '2'.
cikmouse replied at 7-1-2025 01:58 PM
Lagu ballad diorg best2 jgk....mcm lagu 'kehilangan'...pun layanZzzzzzz...
.
sleepandream replied at 7-1-2025 01:39 PM
dalam sejarah kan... konsert venue axiata 3 hari... 3/4/10 may... sold out within 45 minit!! pemenat ...
sukanyanyi replied at 7-1-2025 02:01 PM
Owh yg ini rare kan, tak mainstream sgt? Ternyata uols mmg fan KRU
BungaKencana replied at 7-1-2025 02:04 PM
sape yg pegi konsert KRU nanti??
cikmouse replied at 7-1-2025 02:30 PM
Xcited laaaa pulok... dulu2 time muda remaja...x mampoooo nk beli tix konsert diorg tuuu arrr....; ...
She-Ra replied at 7-1-2025 02:46 PM
meols berjaya battle day 2. day 1 mmg tak lepas, laju desup selesai. day 2 iols masuk lambat utk b ...
BungaKencana replied at 7-1-2025 03:24 PM
ios takde geng nk pegi.. igt nk battle tiket day 3 tp takde geng pun azrab juga nk ke sana sensora ...
She-Ra replied at 7-1-2025 03:59 PM
iols gerak solo je uolssss.. dh biasa, nnti sampai venue, ada la kwn baru. kwn2 ada yg mintak tlg ...
sukanyanyi replied at 7-1-2025 06:55 AM
Chuols mesti senior sikit drpd iols. Coz masa diorang muncul dulu tu iols skolah lagi, so mmg tak ...
belacan_gurl replied at 7-1-2025 04:12 PM
Ishhh aku nih dahla bengang x abis lagi...tiket konsert Kru abis... baru buka tup2 habis...geram aku ...
ADVERTISEMENT