CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Juliana Evans Tolak Bawa Watak Penyondol, Anggap Tak Beri Impak Positif – ‘Karakter Begitu Merendahkan Wanita’

7-1-2025 08:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 299| Komen: 1

 


Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans mengakui dirinya tidak mahu melakonkan watak penyondol di dalam mana-mana drama yang bakal dibintanginya.

Ketika ditemui OhBulan!, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans berkata, dia merupakan seorang pelakon yang sangat selektif dalam memilih watak dan menganggap watak penyondol tidak memberi impak positif kepada penonton.

Tambah pelakon berusia 36 tahun itu, dia mempunyai prinsip dalam bidang lakonan di mana dia mahu membawa watak yang menyampaikan mesej bermanfaat dalam masa yang sama mahu memartabatkan wanita.

"Saya memang tidak akan ambil watak penyondol. Saya tak mahu bawa karakter seperti itu. Kadang-kadang dapat peranan yang kurang sesuai, saya tolak."

"Sebelum ini memang ada tawaran watak begitu. Rasanya hampir semua drama sekarang mesti ada karakter penyondol. Tapi bagi saya, watak sebegitu terlalu mudah, tidak mencabar dan sangat tipikal."


"Sebagai pelakon, saya tak mahu dikenali hanya kerana watak seperti itu, karakter sebegitu merendahkan wanita."

Juliana berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa yang diadakan di TGV KLCC pada malam Isnin.

Tambah ibu kepada dua orang anak ini, meskipun dirinya terbuka untuk menerima watak antagonis, dia tetap mahu memilih karakter yang memaparkan kualiti kerana tidak mahu merosakkan imej wanita.

"Saya mahu watak yang menonjolkan wanita kuat, melindungi dan mempertahankan haknya. Itu lebih bermanfaat berbanding menjadi perampas suami orang.

"Kalau watak jahat seperti dalam teater Bawang Putih Bawang Merah yang pernah saya bawakan sebelum ini, saya tiada masalah. Tapi kalau jadi penganggu rumah tangga, saya rela lepaskan."

"Kadang-kadang tengok TV pun hampir semua sama. Lama-lama rasa seperti bencinya wanita digambarkan begitu. Sebab itu saya nak tampilkan kelainan."

"Kita mahu tunjukkan kehebatan seorang wanita. Apa kelebihan kita. Bukan fokus terhadap perkara negatif."


Untuk perkembangan terbaharu, Juliana bakal muncul menerusi filem ‘Bisikan Dosa’ yang akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 9 Januari ini.

Selain Juliana, filem arahan Faizul A. Rashid ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Sara Ali, Farid Kamil, Uqasha Senrose, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Sumber: Oh Bulan
 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 8-1-2025 07:38 PM
u are right... bawa watak macam tu menggalakkan lagi drama dan filem sampah yg negatif.macam dah habis idea nak buat drama mesti nak negatif sebab nak suruh orang kecam dan ramai tengok

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.151701 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top