Pelakon, pengacara dan penyanyi Janna Nick mencuri perhatian netizen semasa hadir melawat sahabat baiknya Aida yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan. Menerusi sebuah posting di Instagram, Janna dan suaminya, Dini Schatzmann kelihatan sangat teruja untuk melawat Aida. Pada masa yang sama, Janna kelihatan sebak apabila rakan baiknya yang dikenali sejak berumur enam tahun itu sudi berkongsi momen bahagia tersebut dengannya. "Sebab teman baik saya dari kecil kini dah bergelar ibu. I am so happy for her. Dan saya bersyukur apabila dia sudi berkongsi momen tersebut dengan saya." Berbicara lebih lanjut, pelantun lagu Gatal itu berkesempatan menitipkan doa agar semua pejuang dua garis biru pada tahun ini dikurniakan rezeki untuk mendapatkan zuriat. "Semua geng try to conceive (TTC), akan dapat baby tahun 2025 ni. Tahun ini saya nak jadi lebih positif." Jelas Janna, dia mahu menjadi seorang yang lebih positif pada tahun ini.
|
pocongkiutss: Tgk pic kengkawan jenna ni mcm ...
primarikey replied at 8-1-2025 12:23 AM
Ciannya janna
Kt ofis ada sorg kwn bipolar
Dh 4 taun kawen blm ada ank lg
lilacomot replied at 8-1-2025 01:58 PM
sian gk dia ni..mmg xsabau nk jd omak..depa dua ni kalu ada ank mesti comel2 gebu bulat je muka baby ...
ADVERTISEMENT