Nama dipetik pihak tidak bertanggungjawab kononnya dia bersedudukan dengan suami orang, penyanyi Nadeera menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya. Malah, Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 31, menegaskan tidak pernah mengambil tahu permasalahan orang lain terutama melibatkan rumah tangga. “Saya tak tahu cerita ini tentang siapa dan paling utama tiada kena-mengena dengan hidup saya. “Saya juga bukan seorang yang suka memberi komen atas urusan mahu pun kerja orang lain lebih-lebih lagi melibatkan hal rumah tangga orang. Jadi, saya memang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Individu terbabit bukan saya dan tiada kaitan dengan saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. Dalam masa sama, pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu turut memaklumkan sedang sibuk menumpukan perhatian terhadap kerja seni demi membahagiakan ibu bapanya. “Sekarang, saya hanya fokus dengan kerjaya saya sahaja. Saya ingin merealisasikan impian dan harapan ibu bapa, sebab itu saya kena bekerja keras,” ujarnya. Sebelum ini, tular dakwaan tentang seorang penyanyi program realiti televisyen yang dikatakan menganggu rumah tangga rakan baiknya. Dalam ruangan komen, ada netizen memetik nama Nadeera sebagai individu yang tanpa semena-mena didakwa sebagai penyondol.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
akuHavocczz replied at 9-1-2025 12:28 AM
Kalo tanya retis tu, ada ke retis yang nak mengaku. Retis kena tangkap dadah dalam handbag terang te ...
heythere123 replied at 9-1-2025 09:14 PM
tapi kalau sheols tak sangkal pon takpe. Memang susah nak percaya rupa cenggini jadi penyondol
siasia replied at 10-1-2025 12:17 AM
Sbb rupa org baik ke sbb rupa kurg lawa hehee
ADVERTISEMENT