Imran atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran, 30, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Azmi Abdul Rahman, 46 dan Raziman Din, 53, menggunakan kamera sebagai senjata. Kedua-dua individu itu lebih dikenali dengan panggilan Rizman dan Razmi dalam industri fesyen dan hiburan. Kejadian itu berlaku pada acara karpet merah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor. “Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah,” katanya ketika membuat pengakuan di hadapan majistret pada Jumaat. Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Farah Azura mengarahkan tertuduh membayar wang jaminan masing-masing sebanyak RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Jika sabit bersalah, jurugambar fesyen dan hiburan itu boleh dipenjara selama 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.
|
cantthinkofany replied at 10-1-2025 12:11 PM
2019 kalau duit tu simpan dalam tabung haji...orang tu mungkin dah dapat gi haji...kalau simpan kat ...
LadyCarefree replied at 10-1-2025 09:22 PM
20k je lah. Bukannya 200k.
annadonna replied at 12-1-2025 09:16 PM
Kita paham je sakit hatinya tu tapi silapnya dia serang fizikal dan ada bukti depan ramai org. Susah ...
MissVixen replied at 12-1-2025 10:54 PM
Apa2 tak puas hati, jangan sesekali libatkan fizikal. Kalau dah nekad nak balas dendam dan masuk ner ...
ADVERTISEMENT