CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kebakaran hutan Los Angeles makin buruk dan tak terkawal, lebih 180,000 diarah pindah

10-1-2025 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14755| Komen: 60

 


LOS ANGELES: Kebakaran di dua hutan besar yang melanda Los Angeles dari arah timur dan barat masih belum dapat dikawal sehingga semalam, namun anggota pasukan penyelamat berusaha memperlahankan api daripada marak berikutan tiupan angin lemah selama dua hari.

Kebakaran Palisades antara Santa Monica dan Malibu di sebelah barat bandar dan kebakaran Eaton di timur berhampiran Pasadena kini dianggap sebagai paling 'merosakkan' dalam sejarah Los Angeles, memusnahkan hampir 12,500 hektar tanah yang menjadikan seluruh kawasan kejiranan menjadi abu.

Sherif Los Angeles, Robert Luna, berkata sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan terkorban, ribuan rumah dan premis perniagaan musnah serta hampir 180,000 orang diarah mengosongkan kediaman mereka, manakala 200,000 lagi berada di bawah amaran pemindahan.

"Angka kematian mungkin meningkat," katanya sambil menambah kebakaran di Eaton saja sudah merosakkan atau memusnahkan 4,000 hingga 5,000 struktur.


Kebakaran di Palisades pula memusnahkan kira-kira 1,000 struktur.

Sebahagian penduduk Pacific Palisades yang kembali ke kawasan yang terbakar mendapati cerobong batu masih tegak di atas sisa-sisa hangus dan kenderaan yang terbakar.

Ribuan penduduk Los Angeles melarikan diri dari kawasan kebakaran untuk mencari tempat perlindungan sementara.

Ketua Bomba daerah Los Angeles, Anthony Marrone, berkata kemaraan kebakaran di Eaton kini berjaya dihentikan, walaupun kebakaran itu masih terkawal.

 

"Walaupun masih kuat, tiupan angin berkurangan 160 kilometer per jam (km/j) yang dilihat awal minggu ini, sekali gus memberi peluang kepada sokongan udara penting untuk pasukan di darat.

"Pihak kami mempunyai kedudukan lebih baik berbanding pada hari Selasa dan Rabu," katanya.

Bagaimanapun, pegawai memberi amaran angin diramalkan akan bertambah kuat pada sebelah petang, dengan tiupan sehingga 96.5km/j.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melanjutkan amaran bendera merah untuk kawasan itu sehingga jam 6 petang ini, bermakna angin Santa Ana yang kering dan kuat akan terus meningkatkan risiko kebakaran.

Ketua jabatan bomba bandar Los Angeles, Kristin Crowley, berkata penduduk perlu bersedia untuk berpindah jika diarahkan.

Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris memutuskan untuk membatalkan lawatannya ke Singapura, Bahrain dan Jerman berikutan kebakaran hutan di Los Angeles dan kawasan sekitarnya, menurut kenyataan Rumah Putih yang dipetik Sputnik/RIA Novosti.

"Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Naib Presiden membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau bersama suaminya ke Singapura, Bahrain dan Jerman.

"Beliau akan kekal di AS untuk menyokong tindak balas persekutuan di California," kata Setiausaha Akhbar Ernesto Apreza.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 10-1-2025 03:47 PM
Suka bebeno acik kamala dtg singapore walau hari2 terakhir ni.rasanya kalo x kena cancel ini kali ke2
Quote piyek92 10-1-2025 03:48 PM
adakah balasan tuhan untuk kekejaman pemimpin AS bersekongkol bunuh rakyat gaza?
Quote piyek92 10-1-2025 03:49 PM
https://www.threads.net/@dr_fact ... -UsbLZ0xnTQY9ZPngtw
Quote green~tea 10-1-2025 03:51 PM
Mcmana buleh teruk sangat eh??? Heran aku...
Quote Butterfly41 10-1-2025 04:21 PM
green~tea replied at 10-1-2025 03:51 PM
Mcmana buleh teruk sangat eh??? Heran aku...

Faktor cuaca kering, angin yang kuat dan sumber air yang terhad memandangkan kawasan ini antara yang kurang tadahan air hujan.
Quote ninja boy 10-1-2025 04:25 PM
Amereka x byk air angin kuat tepi laut pacific
Quote JahLupa 10-1-2025 04:28 PM
Seram.. sekelip mata jadi abu.. kuasa tuhan..
Quote hayrin86 10-1-2025 04:33 PM
piyek92 replied at 10-1-2025 03:48 PM
adakah balasan tuhan untuk kekejaman pemimpin AS bersekongkol bunuh rakyat gaza?

Rasanya tidak mustahil

Quote pokokmeranti 10-1-2025 04:34 PM
israel ada bagi bantuan tak?
Quote Butterfly41 10-1-2025 04:41 PM
Berapa banyak la haiwan yang mati dalam hutan ni. Termasuk  haiwan belaan yang terperangkap dalam rumah.
Quote Triple_8 10-1-2025 04:54 PM
piyek92 replied at 10-1-2025 03:48 PM
adakah balasan tuhan untuk kekejaman pemimpin AS bersekongkol bunuh rakyat gaza?

Jangan kata begini. Nanti geng Siti Kassim marah dan mula bercerita mengenai banjir di Pantai Timur. Berilah penjelasan mengenai hukum alam.
Quote Decaffeinated 10-1-2025 05:04 PM
piyek92 replied at 10-1-2025 03:48 PM
adakah balasan tuhan untuk kekejaman pemimpin AS bersekongkol bunuh rakyat gaza?

Saja nak jolok kan? Apa kata ko sendiri jawab!

Quote slavehunter 10-1-2025 05:21 PM
Api dah nak sampai Calabasas pulak. Bye2 Kardashian

Remember few years back kitorang dah cakap US will be like 3rd World country heading to collapse.

Ellen degeneress dah selamat pergi UK, tapi tu pun sama juga bakalan collapse.
Pandemic,war, wildfires, flooding, famine, 3-4 billion need to die.

Just die ler.
Quote slavehunter 10-1-2025 05:24 PM
Malaysia pun boleh kena macam ni, its called as Energy weapon, weather modification.
Nanti dia ganti dengan Smart city.
Quote cicicumel 10-1-2025 05:28 PM
Rumah celeb yg confirm hangus terbakar , rumah Paris hilton dan Blaire gossip girl ????
Quote emera 10-1-2025 06:06 PM
Ramai celeb rumahnya hangus. Adam brody punye rumah usd6.5m abis hangus. Bila baca news describe keadaan sana, aku terbyg kat pal£stine. At least yg terbakor ni ada masa nk selamatkan diri. Yg perang sana? Sorry not sorry. Kalu yg terbakar tu kt haiti ke, nz ke, mungkin aku kesian. Ni semua gara2 aku bc kes james wood shelaker ittew. Padan muka kau!
Quote Decaffeinated 10-1-2025 06:29 PM
Triple_8 replied at 10-1-2025 04:54 PM
Jangan kata begini. Nanti geng Siti Kassim marah dan mula bercerita mengenai banjir di Pantai Timu ...

Nak hukum alam? baca...

California fires have led to the destruction of Masjid Al-Taqwa in Altadena.

[ig]https://www.instagram.com/imamomarsuleiman/p/DEnqIy2Sn1u/[/ig]

Quote doubleA 10-1-2025 06:33 PM
Sekelip mata. So puncanya sebab kebakaran hutan la kan tapi angin kuat menyebabkan api cepat merebak
Quote airfilterkotor 10-1-2025 06:47 PM
Angin pun 160kmj. Memang cepatlah api merebak.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082678 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top