![]()
![]()
![]() Dikenali sebagai "Black Summer", kebakaran yang berlaku di New South Wales dan Queensland Australia ini telah meragut 33 nyawa. Sekitar 17.7 juta hektar tanah hangus dijilat api termasuk lebih daripada 3,000 buah rumah musnah. Akibat daripada bencana itu, lebih 3 bilion haiwan liar terkesan termasuk 61,000 koala. Pada akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020, Australia merekodkan suhu terpanas susulan kebakaran itu. 3. Kebakaran Besar London 1666 ![]() Pada 2 September 1666, berlaku satu tragedi kebakaran besar yang melanda sebahagian besar kota London selama lima hari. The Great Fire of London itu difahamkan telah memusnahkan kira-kira 13,200 buah rumah, 87 gereja dan 6 orang dilaporkan terbunuh. Kebakaran ini berpunca daripada sebuah kedai roti, hingga hampir membakar 85 peratus kota tersebut. 4. Kebakaran Hutan Peshtigo (1871) 8 Oktober 1871 menjadi detik hitam buat penduduk di wilayah Wisconsin, Amerika Syarikat apabila tercetus satu kebakaran hutan ketika itu. Siapa sangka, kebakaran itu mencatatkan angka korban sekitar 1,500 hingga 2,500 orang, menjadikan ia salah satu kebakaran hutan dengan angka korban terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. 5. Kebakaran Hutan Los Angelas (2025) ![]() Tirai tahun baharu pada kali ini dikejutkan dengan satu kebakaran hutan yang dahsyat di Los Angeles. Menurut laporan media, kebakaran tersebut dianggap sebagai kebakaran yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Difahamkan, kebakaran itu tercetus di hutan, sebelum api itu kemudian marak dengan pantas. Hanya dalam beberapa hari, ia menelan kawasan seluas kira-kira 29,000 ekar atau 45 batu persegi, bersamaan dua kali saiz Manhattan. Angin kencang akibat kemarau luar biasa memburukkan lagi kebakaran hutan itu. Akibatnya, 16 orang telah disahkan terkorban setakat ini, dengan angka tersebut berkemungkinan meningkat. Semoga bermanfaat. Sumber: BBC Indonesia,inilah.com, jurnas.com, Siakap Keli |
ADVERTISEMENT