CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eda Ezrin, suami dan rakan mengaku ambil dadah tapi tidak memiliki 6,000 pil kuda

15-1-2025 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24455| Komen: 40|Original author: Raline

 

Penyanyi popular Kelantan bersama suami dan empat individu lain mengaku mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand pada 1 November tahun lalu.

Mereka iaitu Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35, dan empat individu, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di Sungai Golok.

Pengakuan tersebut dibuat selepas dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh Hakim Yuan Khao Kham di Bilik 9, Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Selasa.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh mengemukakan bukti bahawa mereka tidak memiliki bahan terlarang itu sebelum perbicaraan bagi pertuduhan memiliki dadah dilaksanakan.

Pada perbicaraan itu, keenam-enam mereka diwakili tiga peguam serta seorang peguam yang disediakan kerajaan Thailand.

Mahkamah menetapkan 11, 12 dan 14 Februari depan untuk perbicaraan kes.

Manakala prosiding keputusan hukuman pula ditetapkan pada awal Mac depan.

Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.

Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narawhiwat pada 4 November lalu.

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya dibenarkan ikat jamin.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 14-1-2025 07:05 PM
pau nya pp dia...ok la amek pil kuda xmenguruskn eh
Quote borne 14-1-2025 07:17 PM
edayildiz replied at 14-1-2025 07:05 PM
pau nya pp dia...ok la amek pil kuda xmenguruskn eh




Quote 3chanceno 14-1-2025 07:29 PM
Dah pun keluar nama2 yang terlibat kes kat teland.
Yang pelawak duk kat dalam di Jeddah masih lum dikonfemkan identitinya
Quote ifanonline 14-1-2025 07:32 PM
barangkali mereka telan pil kuda utk buat gangbang
Quote sukacactus 14-1-2025 07:45 PM
Tedia kening mcm boomerang dah!
Quote Freezies 14-1-2025 07:55 PM
Duduk jail boleh high jugak ke?
Quote noor2 14-1-2025 08:38 PM
Awek kelate..gemok pun tetap lawa
Quote batmana 14-1-2025 09:22 PM
kalu kuda makan pil kuda
jadi apa?
nape tk buat pil manusia daa?
Quote sayawifenikmie 14-1-2025 10:00 PM
macam mana depa nak buktikan yg 6000 pil kuda tu bukan dorang punya ye ?
Quote berusjamban 15-1-2025 07:20 AM
EH dia kan menutup aurat dgn sempurna suci sbb pakai tudung takkan la isap dadah
Quote venom1 15-1-2025 07:28 AM
Bey Soba Bey
Quote apech 15-1-2025 08:05 AM
Mengaku mesti sebab test urin positif.
Quote pokokmeranti 15-1-2025 08:31 AM
ifanonline replied at 14-1-2025 07:32 PM
barangkali mereka telan pil kuda utk buat gangbang

xkanlah penduduk serambi mekah perangai begitu....
Quote toynme 15-1-2025 08:44 AM
edayildiz replied at 14-1-2025 07:05 PM
pau nya pp dia...ok la amek pil kuda xmenguruskn eh

yang kurus kering tu sbb tak makan
tak cukup duit nak beli dadah
yang ni terang2 masyuk mmg tak nampak mcm penagih pun
Quote zehra2 15-1-2025 09:01 AM
lebih baik ngaku jd penagih dari mengedar dadah. beza hukumannya..
tp banyak gitu.. tak kan turun dari langit.
Quote nusaraya 15-1-2025 09:32 AM
Edited by nusaraya at 15-1-2025 09:40 AM
edayildiz replied at 14-1-2025 07:05 PMc etc
pau nya pp dia...ok la amek pil kuda xmenguruskn eh

Mana ada "Maling" mengakui dirinya "Maling" ketika sedang diadili di Pengadilan atau Mahkamah ?

Sama casenya dengan "erilaku Maling"  Dewan Bahasa dan Pustaka MalayDesh yang terang benderang telah mencuri banyak kosa kata Bahasa Indonesia, Bahasa Jawa, Minang, Sunda etc  yang ada di Kamus Besar Bahasa Indonesia ke dalam Kamus Dewan Bahasa Melayu  tetapi membantah "Tidak Mencurinya}) dan "Tanpa Malu" mengklaimnya sebagai kosa kata "asli atau authentik"  Bahasa Melayu MalayDesh  ..



[youtube]MyrtGAq_WQY[/youtube]


[youtube]V70UbLJTxeE[/youtube]



Quote Akalditipumata 16-1-2025 12:55 AM
3chanceno: Dah pun keluar nama2 yang terl ...
lan pet2 ke?
Quote Skuau 16-1-2025 12:59 AM
noor2 replied at 14-1-2025 08:38 PM
Awek kelate..gemok pun tetap lawa

awek mana pula..slim pon tetap tak lawa???()
Quote Skuau 16-1-2025 01:00 AM
nusaraya replied at 15-1-2025 09:32 AM
Mana ada "Maling" mengakui dirinya "Maling" ketika sedang diadili di Pengadilan atau Mahkamah ?

Sa ...

no holland...no party!

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047272 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top