CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita bengang kena caj parkir sampai lebih RM2000 di KLIA

16-1-2025 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10932| Komen: 40|Original author: Raline

 


Memperuntukkan kos parkir sudah menjadi lumrah bagi setiap pemandu dan pemilik kenderaan.

Kos yang dikenakan pula boleh berubah bergantung kepada lokasi dan waktu seseorang itu memarkir kenderaannya.

Antara lokasi tumpuan yang mengenakan tambang parkir mencanak adalah di lapangan terbang kerana jangan terkejut ia boleh mencecah ribuan ringgit jika terlalu lama.

Begitulah yang dialami seorang pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 apabila dia terpaksa membayar caj parkir sebanyak RM2,084.

Berdasarkan perkongsian di TikTok, pengunjung wanita itu dilihat memberikan reaksi tergamam kerana perlu membayar jumlah wang sebegitu besar untuk servis lot parkir.

"Tak tahu la nak suka atau duka," tulis wanita itu berseloroh pada ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, difahamkan wanita itu memarkir keretanya di KLIA bermula dari 31 Disember tahun lalu hingga 13 Januari, hampir memasuki tempoh dua minggu.

Melewati ke ruangan komen, warga maya cuba menganggarkan berapakah kadar tambang yang dikenakan secara harian sehingga boleh mencapai jumlah ekstrem itu.

"Kalau saya congak ni, sejam dekat RM6, maksudnya sehari RM144, itu tak termasuk waktu puncak mungkin caj itu akan meningkat, jadi logik je.

"Dah macam parkir premium jadinya, sepatutnya ada valet sekali kalau harga begitu, siap dengan cuci dan detailing, baru berbaloi," kata warga maya.

Dalam pada itu, pelayar turut mencadangkan alternatif lain yang lebih menjimatkan.

"Orang kampung berhampiran KLIA ada sediakan parkir dalam kawasan perumahan mereka, letak kereta dekat situ, kemudian pergi ke KLIA dengan menaiki e-hailing atau mereka sendiri boleh hantar," ujar pelayar.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-1-2025 02:58 PM
rm2,084/14hari = rm149/hari

rm149/24jam = rm6/jam

anggaran sejam cas parking 6 ringgit
so padan la kan smpi lebih 2k utk 2 weeks

content much?
humble brag?
or what?

Quote nuralisa 16-1-2025 03:00 PM
naikla grab lenkali ... yg p parking sana tu dah knp...dah tau 2 minggu..
ishhh.. kdg2 bukan tak tau mahal..tapi saja jer...
Quote tungkai 16-1-2025 03:09 PM
Dasar content murahan. Dpt plak reporter Mstar yg serba serbi nak jadikan berita
Quote syamzana 16-1-2025 03:16 PM
dulu2 iols selalu je parking kat epot kalau travel, jaman dulu takde lg grab bagai ni.
kalau penang epot parking bila overnight jadi rm24, lcct rm30 rasanya, klia mahal sikit dlm rm30++ lupa dah.
skrg dah takde overnight? or naik grab je la mudah dan murah...bkk mcm suatu ms dulu.
halahhhhh saje nak tnjuk kaya (hati hitam)
Quote zad78 16-1-2025 03:27 PM
Humble brag lagi nyaaah oiiiiii...syabbasssssss
Quote zafira 16-1-2025 03:33 PM
parking aje kat putrajaya sentral pastu naik erl lagi murah tp kena berebut lah pulak dengan commuter yg parking kete kat situ utk pegi keje..
Quote LadyCarefree 16-1-2025 03:40 PM
syamzana replied at 16-1-2025 02:16 PM
dulu2 iols selalu je parking kat epot kalau travel, jaman dulu takde lg grab bagai ni.
kalau penang ...

Ada je kat long term parking lot abt RM50 per day.
Quote prettyuglybabe 16-1-2025 03:44 PM
niat nak humblebrag..
tapi orang bodoh je yang tau nak travel tapi park kat airport..
Quote meya 16-1-2025 03:49 PM
Jakun atau bodoh tak survey dulu.  Main terjah aje lepastu claim victim.  Bayar ajelah tak payah tayang bodoh tu.
Quote cattiecute 16-1-2025 03:49 PM
prettyuglybabe replied at 16-1-2025 03:44 PM
niat nak humblebrag..
tapi orang bodoh je yang tau nak travel tapi park kat airport..

kannn, padahal kalau nak p travel even 3 4 hari pun naik grab je senang
kalau dari setia alam ni rm70 gitu je
kalau nak murah sikit boleh cari driver2 mana ada buat service hantar ke klia.
dalam rm50 boleh dapat tapi kerete axia.
boleh la kalau 3 orang p holiday dengan 2 luggage biasa
Quote johan-adx 16-1-2025 03:58 PM
bayor parking lg mahal dr bayar bulanan kete
Quote vespa_oren 16-1-2025 04:08 PM
LadyCarefree replied at 16-1-2025 03:40 PM
Ada je kat long term parking lot abt RM50 per day.

Aku naik grab gie kt long term tu rm20+ gak pastu siap ada yg "bangau" kn aku lgi, dh aku dgn anak kecil lgi
Quote ninja boy 16-1-2025 04:09 PM
Bukan ada ka long term parking
Quote ninja boy 16-1-2025 04:12 PM
Edited by ninja boy at 16-1-2025 09:15 PM

Ai pi klia naik bas jah x koser drive jauh2 berjam2 mengantuk sesat kos petrol tol parking, turun kapal lepak 2 jam terus naik bas dan membuta berjam2 dlm bas
Quote mizzmimi 16-1-2025 04:20 PM
Premium parking lettuw.. saja nak tunjuk kaya ke nok?
Quote jejaka_hensem 16-1-2025 04:41 PM
Naik erl express je lah sis dari kl sentral
Quote emera 16-1-2025 04:43 PM
Kan ada long term parking kat situ?????
Quote Radzor 16-1-2025 04:47 PM
vespa_oren replied at 16-1-2025 04:08 PM
Aku naik grab gie kt long term tu rm20+ gak pastu siap ada yg "bangau" kn aku lgi, dh aku dgn anak ...

kan ada shuttle bas
Quote Samerosie 16-1-2025 04:49 PM
Nak bengang naper dgn kebodohan sendrik.  Why you no park at long term parking?  Satu hari tak sampai RM50.  Tak pun park kat ERL salak tinggi naik erl ke klia.  Kalau parking tempat bay biasa tu satu hari beratus juga tu yg sampai 2k.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.036093 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top