Menerusi hantaran video TikTok sebuah klinik swasta, doktor gigi dikenali sebagai Dr. Syahirah bercerita pengalamannya mencabut gigi wanita itu yang datang pada waktu malam. “Perempuan tua nenek lah, datang cabut gigi waktu malam. Bila kita ambil X-ray semua, kita sebagai doktor gigi boleh jangka, cabutan itu sangat senang. “Tapi dah 50 minit gigi tu tak keluar. Tak pernah jumpa benda macam ni, dah 50 minit saya duduk. Saya macam ‘nak buat apa ni?’. Saya teringat cerita kawan pernah hadap situasi seperti itu. “Saya perasan nenek tu pakai banyak cincin, saya tak tahu kenapa. Saya suruh nenek tu buka, saya sambung cabutan dan teka apa, gigi tu dah keluar (cabut),” katanya pada video berkenaan. Dr. Syahirah berkata, beliau bertanya mengenai cincin tersebut dan warga emas berkenaan memberitahu ia pemberian orang. “Awak rasa apa yang ada dekat cincin tu?,” katanya. Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas, malah ada pengguna TikTok turut berdepan pengalaman seram sewaktu bekerja dalam bidang perubatan. “Dulu saya kerja klinik gigi, ada seorang wanita tua cabut gigi lepas tu mengilai sambil mencangkung atas kerusi. Lepas tu pengsan,” komen seorang pengguna TikTok. “Betul, ada pesakit bila nak cucuk jarum paling besar dah, darah tak keluar. Minta buka cincin yang dia pakai, baru jarum boleh masuk dan darah keluar. Seram,” kata seorang lagi individu. “Ada kat dewan bersalin, pesakit teran-teran bayi tak keluar. Sebaik suruh dia tanggalkan gelang kaki, bayi keluar terus,” komen seorang individu. Sumber: Kosmo
|
Leonclay replied at 17-1-2025 12:56 AM
Aku baru je operate gigi..mujur Dr tu fokus utk cabut gigi je..siap potong tulang kt gusi sbb gigi t ...
miss_perfect replied at 17-1-2025 02:49 PM
Ohh ada ye yang pi cabut gigi waktu malam?
miss_perfect replied at 17-1-2025 02:49 PM
Ohh ada ye yang pi cabut gigi waktu malam?
PULANGKAN replied at 17-1-2025 12:37 PM
Iols beberapa tahun lepas, cabut gigi geraham tu.. 20 minit doktor laki tu goyang gigi Iols, tarik ...
PULANGKAN replied at 17-1-2025 12:37 PM
Iols beberapa tahun lepas, cabut gigi geraham tu.. 20 minit doktor laki tu goyang gigi Iols, tarik ...
Leonclay replied at 17-1-2025 09:40 PM
Dapat Dr yg pakar, dia tgk xray, kejap je dia buat keje.. kita ni minta tambah bius je la.. gigi a ...
kotakbaju replied at 17-1-2025 10:28 PM
Yg iols dlu masa xray sebab nak buang gigi geraham bongsu tu, doctor tgk ada banyak gigi dok dalam ...
miss_perfect replied at 17-1-2025 02:49 PM
Ohh ada ye yang pi cabut gigi waktu malam?
green~tea replied at 18-1-2025 02:12 AM
Kawan aku ada cabut gigi, tercabut sekali dgn sikit tulang rahang.. ni terpaksa buat surgery implant ...
mejaputih replied at 18-1-2025 07:39 AM
Takutnya dengar..sapa yg tanggung kos implant tu?
green~tea replied at 18-1-2025 09:45 AM
Doc bg few options sebelum cabut tu.. tp dia decide cabut.. pastu ni nak bone implant kena 10k pla ...
ADVERTISEMENT