SEOUL: Pemangku Presiden Korea Selatan mengarahkan pemantauan rapat terhadap dasar baharu pentadbiran Amerika Syarikat yang bakal mengambil alih kepimpinan, menjelang majlis angkat sumpah Presiden terpilih, Donald Trump, Isnin ini. Menteri Kewangan, Choi Sang-mok, yang kini bertindak sebagai pemangku presiden, turut menggesa agensi kewangan untuk berusaha sepenuhnya dalam memastikan kestabilan pasaran kewangan dan pertukaran asing. Arahan itu disampaikan dalam satu mesyuarat bersama pembuat dasar ekonomi lain, menurut kenyataan kementerian. Isnin ini, Trump akan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS untuk kali kedua. Pentadbiran Trump akan menggunakan pendekatan 'America First' yang menumpukan kepentingan domestik. Dasar itu dijangka mengubah landskap perdagangan antarabangsa, mempengaruhi aliran pelaburan dan hubungan geopolitik.
Sumber : Berita Harian |
ADVERTISEMENT