CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelaburan Malaysia cipta 30,000 pekerjaan di UK - PM UK

17-1-2025 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7668| Komen: 17

 


KUALA LUMPUR: Pelaburan daripada perniagaan Malaysia dijangka mewujudkan 30,000 pekerjaan di United Kingdom (UK), kata Perdana Menteri UK, Keir Starmer.

Starmer yang memegang jawatan itu pada Julai tahun lalu, berkata usaha mengembangkan ekonomi negara adalah bahagian penting dalam rangka kerja Rancangan Perubahan kerajaannya.

"Hari ini, saya bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, untuk membincangkan pelaburan baharu daripada perniagaan Malaysia ke UK yang akan mewujudkan 30,000 pekerjaan dan membina rumah baharu," katanya dalam catatan ringkas di X Keir Starmer.


Anwar bertemu Starmer di 10, Downing Street di London, pejabat perdana menteri UK.

Anwar berada di UK untuk lawatan kerja lima hari, lawatan pertamanya ke sana sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.

Sementara itu, dalam kenyataan di X Perdana Menteri UK, hubungan antara kedua-dua negara itu disifatkan sebagai rapat dan bersejarah.

"Daripada pelaburan kepada perdagangan dan pendidikan - hubungan UK dengan Malaysia lebih kukuh berbanding sebelum ini," katanya.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 17-1-2025 08:58 AM
Dan jangan lupa manifesto election parti buruh sokong lghdtv
Quote Kitty_catz 17-1-2025 02:53 PM
Edited by Kitty_catz at 17-1-2025 06:55 AM

then remove la ETA for mesian

apa barang nak kena apply ETA bagai.. even GBP10  
kan pmx  dah invest miliyun2 biliyun2 tirliyun2
Quote grouper 17-1-2025 03:04 PM
Syukur peluang pekerjaan untuk 10k rakyat msia dan peluang beli rumah..
Quote annehuda 17-1-2025 03:04 PM
pastu apa kelebihannye pada malaysia? malaysia pun tgh terhimpit dgn nasib pekerja yg overqualified dari segi pendidikan kot sebab tak dpt job yang sepadan dgn qualification
Quote Skuau 17-1-2025 03:07 PM
Sementara itu...pelaburan di Msia pulok..mewujudkan I JUTA PELUANG PEKERJAAN kpd warga asing di Msia@warga tempatan pemalas menurut kapitalis dan politikus.
Quote cm_vungtau 17-1-2025 03:14 PM
30 000 pekerjaan untuk omputih ke untuk Malaysian?
Quote Decaffeinated 17-1-2025 04:08 PM
Aku pun tak faham dalam pada kita sibuk menarik pelaburan asing boleh pula kita melabur creating jobs di negara kaya. Siapa pandai benda ni cer explain sikit.
Quote Kitty_catz 17-1-2025 04:14 PM
cm_vungtau replied at 17-1-2025 07:14 AM
30 000 pekerjaan untuk omputih ke untuk Malaysian?

good question acik vungtau

mebi leh tanya pmx mlm ni time dinner ngan students2 msia
Quote FOTHER-MUCKER 17-1-2025 04:20 PM
Kitty_catz replied at 16-1-2025 10:53 PM
then remove la ETA for mesian

apa barang nak kena apply ETA bagai.. even GBP10  

Tak lama lagi negara eropah pun dikenakan eta untuk masuk ke uk termasuk juga Australia dan New Zealand.
Quote Kitty_catz 17-1-2025 04:32 PM
FOTHER-MUCKER replied at 17-1-2025 08:20 AM
Tak lama lagi negara eropah pun dikenakan eta untuk masuk ke uk termasuk juga Australia dan New Ze ...

ye yg tu mid 2025 , starting may katanya ETIAS tu
btw dah apply pun eta tu, kejap je 10 min dah shiappp

sapa nak layover LHR pun kena apply eta..



Quote tripleid 17-1-2025 05:05 PM
Walaun jgn tengok nanti koyak

[youtube]-VftmtRQtjU?si=oNBUpIjZX_mXEzdv[/youtube]


Quote cm_vungtau 17-1-2025 08:13 PM
Kitty_catz replied at 17-1-2025 04:14 PM
good question acik vungtau

mebi leh tanya pmx mlm ni time dinner ngan students2 msia

Eh ada dinner ke malam ni chuols?  Boleh la tanya pmx. Dah kenapa nak kasi pekerjaan kat orang lain pulak kan?
Quote nusaraya 17-1-2025 08:24 PM
Edited by nusaraya at 18-1-2025 05:14 AM

Tampkanya memang ada "agenda tersembunyi" dari pelaburan di UK itu .. Menjadikan  Raja-Raja Melayu sebagai Raja Negara Persmakmura dengan  menggantikan posisi King Charles  guna menaikan "martabat" MalayDesh sebagai "Kuasa Dunia"  baru ...

SElain itu ...bukankah "status baru" itu juga akan "memudahkan"  untuk mewujudkan "ambisi dan agenda-agenda besar" MalayDesh selama ini  seperti  Menjadikan MalayDesh sebagai "Kuasa Dunia" dan  bahasa melayu sebagai bahasa utama dunia  menggantikan bahasa inggris serta  juga "merubah sejarah"  menjadikan bangsa melayu sebagai bangsa yang paling hebat dan mulia..

Quote cm_vungtau 17-1-2025 11:28 PM
nusaraya replied at 17-1-2025 08:24 PM
Tampkanya memang ada "agenda tersembunyi" dari pelaburan di UK itu .. Menjadi Raja-Raja Melayu sebag ...


Speak English! No one understands you here bro.

Ambisi = ambition
Quote Rogue98 18-1-2025 01:59 AM
Astagha...bodoh punye PM....rakyat sendiri takde job pi bagi job kat rakyat negara lain pulak.
Dah lah bodoh bebal perasan Tesla nak bukak kilang sini....
Quote mejaputih 18-1-2025 07:16 AM
Apa keuntungan utk rakyat sini?
Quote midori888 18-1-2025 09:37 AM
Kitty_catz replied at 17-1-2025 04:32 PM
ye yg tu mid 2025 , starting may katanya ETIAS tu
btw dah apply pun eta tu, kejap je 10 min dah s ...

owh layover pun kena ETA jugak yer...hmmm sapa jer nak layover kat London, kata meols yg dari dulu mmg akan avoid layover London airport kecuali kalu terpaksa...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.037822 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top