Menurut remaja tersebut, kerana gagal mengawal kemarahan pada ketika itu, dia nyaris meletakkan nyawa bapanya dalam bahaya. "Masa kejadian tu, aku tengah ralit tengok kartun Hello Kitty dekat televisyen. Tiba-tiba ayah datang tutup TV, dia tak bagi aku tengok kartun tu. Aku geram teramat sebab sedang syok ni. "Jadi waktu ayah tidur, aku cuba bunuh dia. Aku ambil bantal dan tekup dekat muka abah, tapi tak lama pun, dalam empat saat je, lepas tu aku terus lari keluar bilik. "Keesokan harinya, sebelum pergi rumah pengasuh, aku jujur dengan ayah tentang niat aku tekup bantal tu, aku minta maaf. Nasib baik ayah maafkan," kata remaja itu yang terkesan dengan kisah silamnya. Lebih menimbulkan rasa ralat apabila bapa kepada remaja itu dijemput Ilahi tidak lama selepas kejadian berkenaan. "Pada suatu hari, abang datang jemput aku daripada pengasuh, dia beritahu ayah dah meninggal dunia. Apabila sampai rumah, aku nampak jenazah ayah terbujur. "Aku terus pergi dekat jenazah ayah, aku jerit tepi telinga dia, aku ingat dia pura-pura mati, tapi kali ni dia betul-betul tiada. Ayah meninggal kerana sakit jantung dan kencing manis. "Walaupun ada timbul rasa penyesalan, kena ingat juga, aku ketika itu hanya kanak-kanak umur enam tahun," ujarnya mengakhiri perkongsian. Melewati ke ruangan komen, warga maya terkejut dengan tindakan remaja itu ketika zaman kanak-kanaknya. "Semoga awak terus kuat untuk meneruskan kehidupan, kalau saya memang trauma habis, sampai ke hari ini akan rasa bersalah. "Cerita Hello Kitty tu bawa bala betul, awak masih boleh tengok ke? Kalau saya di tempat awak, pandang kartun tu pun akan menggigil badan ni. "Jangan salahkan diri awak tau, anggap ini sebahagian daripada takdir tuhan. Ajal tak akan pernah cepat atau lambat walau sesaat," kata beberapa warga maya. Sumber: mStar
|
Kitty_catz replied at 18-1-2025 03:43 PM
Sib baek bukan kitty catz
dua_chzy replied at 18-1-2025 02:45 PM
Why ah, kenapa some kids are born with the tendency to...Kill?
Jitu replied at 18-1-2025 11:02 AM
minta jauh la
acik kitty catz penyeri forum tanpa acik sendu nanti
Kitty_catz replied at 20-1-2025 08:35 AM
koh koh kohhhhhhhhhhhhh
midori888 replied at 20-1-2025 12:46 AM
semlm nampak org share bag Dior Hello Kitty kat TT
ADVERTISEMENT