CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanahku tiba-tiba milik orang. Sindiket menukar hakmilik tanah di Pejabat Tanah & Galian Selangor

20-1-2025 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26261| Komen: 73|Original author: ultra78



Screenshot 2025-01-20 175659.jpg


TANAHKU TIBA-TIBA MILIK ORANG

Tindakan segelintir orang dalam di pejabat tanah dan galian bersubahat dengan sindiket adalah antara punca utama kes pindah milik tanah tanpa pengetahuan pemilik asal terus berleluasa sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit,dedah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Seorang peguam hartanah, Mohd Norzaki Yusop pula memberitahu banyak kes pindah hak milik melibatkan tanah terbiar atau pemiliknya telah meninggal dunia, dengan si penipu menggunakan taktik penyamaran identiti dan geran palsu.

Beberapa mangsa turut menceritakan kepada Sinar Harian bagaimana mereka ditipu, termasuk kisah seorang anak yang terpaksa berputih mata apabila tanah peninggalan arwah bapanya di Dengkil, Selangor bernilai setengah juta ringgit tiba-tiba berpindah milik akibat dijual orang.

Orang dalam dalang pindah milik tanah

Kegiatan penipuan pindah milik tanah tanpa pengetahuan pemilik asal dikesan dilakukan secara bersindiket membabitkan orang dalam atau kakitangan yang mudah akses kepada data dan sistem maklumaberkomputer di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Dalam tempoh empat bulan sejak September lepas, polis sudah menahan 17 individu,termasuk tujuh kakitangan pejabat tanah di Selangor kerana disyaki terbabit kartel berkenaan melibatkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta.

Siasatan tangkapan terdiri daripada 10 lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan 26 hingga 59 tahun

Mereka terdiri daripada tujuh kakitangan pejabat tanah,termasuk seorang penolong pegawai hartanah Gred NT32 dan 10 orang awam daripada pelbagai latar belakang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kegiatan tersebut dilakukan secara bersindiket bagi memindahkan nama pemilik tanah.

"Sindiket kemudian mengupah orang dalam untuk mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod berkaitan pindah milik hartanah.

"Paling mengejutkan, adabeberapa kes yang kita terima didapati nama pemilik tanah hilang daripada daftar pejabat tanah dan ini
hanya mampu dilakukan dari dalam pejabat tanah," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tegas pihaknya juga pada masa ini sedang mengesan penglibatan individu lain dalam kegiatan memindah milik tanah secara tidak sah membabitkan orang dalam di sebuah pejabat tanah di Selangor.

Tambahnya, masalah kakitangan tidak berintegriti itu bukan hanya berlaku di PTG, malah di mana-mana agensi sekalipun yang mempunyai peluang dan ruang untuk melakukan kesalahan demi imbuhan atau kepentingan.

Katanya, menjadi satu kesalahan apabila ada kompromi mengenai proses dan prosedur yang telah ditetapkan.

"la bermula daripada pegawai kanan atau pegawai atasan, namun selalunya adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai akses data dan sistem berkomputer PTG," ujarnya.

Beliau berkata,kegiatan itu berlaku apabila adanya dalang utama terdiri daripada ejen atau sindiket jual beli tanah serta waris yang
ingin mendapatkan keuntungan atas proses pertukaran hak milik tanah ini.

Ramli menjelaskan, kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah dapat diatasi sekiranya kakitangan PTG tidak berkompromi dengan sindiket
atau ejen pindah milik tanah.

Kata Ramli, sekiranya perkara ini diberi penekanan serius oleh kakitangan PTG di seluruh negara maka keselamatan hak pemilik tanah
atau bakal pembeli akan lebih terjamin.

"Kita menyedari kakitangan agensi kerajaan melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah, namun ada sebahagian
kecil daripada mereka yang bertindak menyalahi undang-undang dalam tugas yang diberikan," katanya.

Ramli mengingatkan kakitangan di PTG untuk tidak berkompromi dengan sindiket atau ejen pindah milik tanah
secara tidak sah.

Ramli turut menasihatkan bakal pembeli tanah supaya menyemak status tanah yang hendak dibeli secara terus dengan pejabat PTG di setiap
daerah.

Jangan guna ejen atau pihak tertentu yang tidak mempunyai kaitan dengan PTG,tolong semak terus denganPTG. Apabila semua bekerja
dengan jujur dan ikhlas maka kegiatan sindiket seperti ini dapat dipatahkan," katanya.

PDRM sebelum ini mendedahkan sebanyak 489 kes penipuan pindah milik tanah membabitkan kerugian lebih RM299 juta dicatatkan dalam
tempoh tiga tahun antara 2021 hingga 2023, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini lebih RM306 juta.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 20-1-2025 06:05 PM
INFO KES PENIPUAN PINDAH MILIK TANAH

10 JANUARI 2025
Empat individu termasuk seorang pengarah dan setiausaha syarikat swasta
direman enam hari bagi membantu siasatan kes sindiket pemalsuan geran hak
milik tanah di Johor Bahru.

2 NOVEMBER 2024
SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penipuan hak milik
tanah di Kuala Kedah, seperti yang tular di TikTok. Terdahulu seorang wanita
mendakwa berlaku pemalsuan membabitkan dokumen perintah mahkamah
berkaitan urusan sewa tanah milik penduduk tempatan dikenali sebagai-
Abu Ismail. Tanah tersebut dikatakan disewa sejak 10 tahun lepas, namun
pengadu menafikan ada menyewakan tanah berkenaan kepada mana-mana
pihak, selain mendakwa perjanjian sewaan turut dipalsukan.

4 OGOS 2024
Pesara berusia 59 tahun membuat laporan polis kerana menjadi mangsa
penipuan urusan penjualan sebidang tanah 1.62 hektar di Selangor oleh
seorang wanita hingga mengakibatkan kerugian RM60,400. Wanita terbabit
menjual tanah berkenaan kononnya berdasarkan surat kuasa yang diberikan
pemilik-pemilik asal tanah. Siasatan polis kemudian mendapati wanita itu
telah terlibat dalam 15 kes penipuan jual beli tanah sejak 2016 membabitkan
kerugian RM547,000.

31 MEI 2024
Seorang pengarah sebuah syarikat tempatan mengesyaki berlaku pemalsuan
tandatangan adik-beradiknya dalam Borang 14A pindah milik tanah keluarga
seluas 0.051 hektar di Kota Bharu, Kelantan hingga menyebabkan kerugian
RM400,000.

26 April 2024
Pelakon Amar Baharin meluahkan rasa musykil apabila sebidang tanah milik
keluarganya di Semenyih, Selangor telah dipindah milik tanpa pengetahuan.
Dia terkejut selepas mendapati sebuah rumah sudah dibina di situ.
Bagaimanapun pada Disember lalu, Amar memberitahu isu lot tanah ibunya
yang mempunyai pertindihan hak milik sudah diselesaikan oleh pejabat tanah.

3 NOVEMBER 2023
Seorang peguam dicekup selepas memperdaya anak guamnya sebanyak
RM2.7 juta berhubung pembelian tanah seluas 12 hektar di Gombak,
Selangor. Setelah pembayaran selesai, mangsa mendapati tanah tersebut
masih di atas nama pemilik asal.

6 SEPTEMBER 2023
Pempengaruh media sosial, Ryzal Durian Kimchi mendakwa ditipu berkait
satu perjanjian jual beli melibatkan sebidang tanah di negeri kelahirannya
di Kelantan yang bernilai lebih RM500,000. Perjanjian dibuat atas nama adık
perempuan Ryzal namun semakan di pejabat tanah mendapati tanah itu
sudah berpindah milik kepada nama orang lain.

Quote ultra78 20-1-2025 06:11 PM
Terlepas tanah setengah juta ringgit

Screenshot 2025-01-20 180907.jpg

Anak terkilan tanah peninggalan arwah bapa dijual orang

SEPANG

Sebuah keluarga berputih mata apabila tanah lebih seekar bernilai kira-kira setengah juta ringgit peninggalan arwah bapa tiba-tiba jatuh ke
tangan orang lain.

Mangsa, Mashitah Zulkifli, 39,berkata, tanah yang terletak di Sungai Merab, Dengkil tersebut telah dijual oleh pihak tidak dikenali dipercayai berpunca daripada perubahan milikan.

Menurutnya, tanah itu dibeli oleh arwah bapanya sekitar tahun 1980-an dan ibunya merancang membina rumah untuk diduduki selepas bersara.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu terkubur selepas melihat tanah tersebut sudah dibangunkan rumah orang lain.

"Kami memang terkilan kerana telah mengeluarkan kos untuk menambak dan meratakan tanah,berbukit itu sekitar 1990-an. Kami rancang hendak dirikan rumah, tapi kini rumah orang lain pula yang berada di situ.

"Kami dan juga pemilik lot lain telah berkongsi kos untuk membina jalan keluar masuk, tapi kemudahan itu dinikmati orang lain," ujarnya.

Mashitah berkata, kemungkinan berlaku kesilapan maklumat lama tidak dikemas kini menyebabkan berlaku isu pemilikan bertindih.

Ujarnya, keluarganya pernah cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai status tanah itu dengan pejabat tanah namun prosesnya rumit menyebabkan
perkara itu berlarutan hingga kini.

Tambahnya, isu tersebut kini diserahkan kepada pihak guaman untuk tindakan lanjut.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, mereka sekeluarga yakin tanah tersebut milik arwah bapa kerana mempunyai pelan lot serta dokumentasi pemilikan.

"Kami pernah beberapa kali pergi ke lokasi tanah. Padą 2018, saya pelik apabila nampak papan tanda 'Tanah Untuk Dijual' di atas tanah
tersebut. Setahun dua kemudian didapati di atas tanah itu telah ada kerja pembinaan rumah," ceritanya.

Tambah Mashitah, dia kini sedang menguruskan sebuah lagi tanah milik keluarga yang kini digunakan untuk penanaman kelapa sawit
tanpa kebenaran.

Quote ultra78 20-1-2025 06:16 PM
'Tanam batu sempadan dalam tanah kami'

Screenshot 2025-01-20 181415.jpg

KOTA BHARU - Seorang warga emas berusia 65 tahun terpinga-pinga apabila melihat individu secara tiba-tiba datang meletakkan batu sempadan dalam tanah kebun getah dan kelapa sawit miliknya di Lubok Jong, Rantau Panjang, Pasir Mas.

Kejadian berlaku terhadap bapa kepada sembilan anak itu pada 2021 di tanahnya yang terletak berdekatan Taman Halal Pasir Mas.

Anak lelakinya dikenali Ji, 40,mendakwa, bapanya kemudian pergi ke pejabat tanah untuk membuat semakan dan diberitahu ada individu lain yang memiliki tanah tersebut.

"Tanah itu berkedudukan memanjang seluas 2.2 hektar dan dimiliki sejak 2008.

"Entah macam mana, sedang bapa membersihkan kebun, ada orang letak batu sempadan melintangi tanah kami menyebabkan tanah kami hilang sebanyak 0.2 hektar. Orang itu mengaku dari sebuah jabatan," katanya kepada Sinar Harian.

Ujar Ji yang juga ahli perniagaan, bapanya berunding sendirian dengan kakitangan pejabat terbabit dan hampir rela untuk menyerahkan bahagian tersebut namun tindakan pantas kakaknya menyelamatkan mereka daripada berputih mata.

"Apabila saya dapat tahu,saya hubungi pejabat terbabit dan mereka mengaku bahawa berlaku kesilapan daripada pihak mereka. Disebabkan saya masih tidak berpuas hati, mereka minta saya tulis surat," katanya.

Ji memberitahu, dia kemudian menulis surat kepada pihak berkenaan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak terlibat selain meminta ditunjukkan bukti dokumen dan proses memperoleh tanah terbabit.

Katanya, perkara tersebut tergantung begitu sahaja sehingga kini, namun dia tidak akan berdiam diri.

Ujar Ji, dia akan membuat semakan dari masa ke masa bagi mengelak pihak lain merampas tanah mereka sewenang-wenangnya.

"Ayah saya ada geran tanah atas namanya sendiri, dia bayar premium sebelum ini dan sampai sekarang masih bayar cukai tanah serta diterima oleh pihak pejabat tanah dengan resit-resit bayaran.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara sama berulang," katanya.

Quote mehmet 20-1-2025 06:18 PM
Mangkuk ayun sindiket pejbat tanah yg nak senang hidup.
Quote mehmet 20-1-2025 06:19 PM
Senang hidup kau. Tukar2 nama hak milik. Paling setan jual hak org.
Quote ultra78 20-1-2025 06:22 PM
KES 3

Adik-beradik arwah ibu cuba bolot semua tanah

IPOH - Seorang lelaki tekad mengambil tindakan kaveat untuk menghalang sebarang transaksi dilakukan bapa dan ibu saudaranya ke atas tanah pusaka keluarga.

Firdaus, 41, dari Taiping berkata, perkara itu dilakukan selepas mendapati arwah ibunya masih mempunyai pemilikan ke atas tanah seluas 1.2 hektar tersebut.

Menurutnya, sejak ibunya meninggal dunia pada tahun 1995, dia dimaklumkan bahawa keluarganya tidak lagi mempunyai hak ke atas tanah pusaka tersebut kerana telah melalui urusan pindah milik.

"Saya anak sulung dan baru berusia 11 tahun ketika ibu saya meninggal dunia. Bila pak cik dan mak cik saya beritahu begitu, maka saya akur dan percaya.

"Sehinggalah sekitar dua tahun lalu, seorang rakan saya yang bekerja di pejabat guaman mengesyorkan saya lakukan pencarian dan semakan semula terhadap pemilikan tanah tersebut" katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil semakan dilakukan mendapati, tiada urusan pindah milik dilakukan dan nama ibunya masih berada dalam geran tanah tersebut.

Katanya, tanah pusaka tersebut dikurniakan arwah datuknya kepada lima anak termasuk ibu Firdaus.

"Secara jujurnya saya kecewa dan terkilan dengan tindakan pak cik dan makcik saya yang sedaya upaya menyembunyikan dan menafikan hak kami.

"Jadi bagi melindungi hak arwah ibu,saya nekad untuk meletakkan kaveat agar mereka tidak boleh lakukan penukaran atau menjual tanah itu tanpa persetujuan semua," katanya.

Firdaus memberitahu, proses mengemukakan kaveat itu masih dalam tindakan dengan mengumpul dokumen-dokumen diperlukan.

Quote mejaputih 20-1-2025 06:22 PM
tak amanah...mkn harta org...semoga mati tak diterima tanah...
Quote ultra78 20-1-2025 06:25 PM
Hari ni beli paper Sinar Harian. Tertarik dengan front page sebab sebelum ini forumer pernah berbincang pasal PTG Selangor. Semoga artikel ini bermanfaat. Kena lebih berkeras apabila berurusan dengan PTG.
Quote pinksarah 20-1-2025 06:36 PM
sesungguhnya jin jembalang tanah mmg ramai dlm pejabat tanah neh
Quote highcastle 20-1-2025 06:36 PM
Memang setan lah kalau betul.. Mentekedarah duit haram........
Quote silance 20-1-2025 06:39 PM
Semoga si pelaku kena cancer level 4, tak sempat enjoy duit haram aniaya orang. Jahat sungguh.
Quote B40tastePosh 20-1-2025 06:54 PM
Kasi bongkar semua Pejabat Tanah Galian Negeri Selangor...sampai bogel tinggal spender

Quote cmf_almondpecan 20-1-2025 06:59 PM
Kalau ada kawan lawyer ke hakim yang deal dengan hal tanah ni, cuba tanya pasal PTG ni. Sepatah kau tanya, membebel tak sudah acik tu nanti.
Quote syamzana 20-1-2025 07:00 PM
ultra78 replied at 20-1-2025 06:25 PM
Hari ni beli paper Sinar Harian. Tertarik dengan front page sebab sebelum ini forumer pernah berbinc ...

ptg S* paling celak* utk urusan property.
no phone+emel+kaunter tu diadakan utk hiasan semata.
kat ptg lain plak...sengih2 kat kaunter mintak pemanis...patut la gemok gundu, tak padan dgn kerani je pun hrp mereput kene kencing manis.

nak tulis byk lg tp kan ade plak kata fitnah, iols bkn sejenis sikit2 keluarkan phone utk rekod. pasni ada urusan ptg kene prepare body cam pakai ala2 brooch gitu

**hadap betul la tanah/harta org, pelik ummah skrg ni.
Quote super_nova 20-1-2025 07:02 PM
Dah sampai masa kerajaan negeri enforced audit berkaitan tanah kat pej daerah & tanah dan pej tanah & galian..ini keje pn tak ad berpandukan iso..harapkan audit naziran je la duk turun setiap tahun utk audit kewangan..audit spb semua tak dak..kalau sprm turun ni rasanya majoriti sangkut..
Quote cashewnut 20-1-2025 07:18 PM
Moralnya jangan amik staf kroni. Memang gitu le jadinya. Ini opis bapak aku yang punya “kata orang yang suka ambik hak orang” ni
Quote kemaruk 20-1-2025 07:44 PM
negeri team baik kot takkan la
Quote jari10 20-1-2025 08:47 PM
Malaun2 pengkhianat tak kiralah dalang dlm pejabat tanah ataupun drp sindiket ni aku doakan perut korang membuncit dan mati karang jasad tidak diterima dek tanah..haa masa hidup tak kenal halal haram, aniaya orang ..mudah2an di dunia lagi mendapat pembalasan
Quote kitaserupaaa 20-1-2025 08:53 PM
Aku pun salah satu mangsa kes mcm ni. Tanah yg aku beli dah siap tukar nama & dapat geran tanah dari pejabat tanah rupanya ada owner lain juga. Aku log aduan kat pejabat tanah sejak 2021. Last year pejabat tanah inform ada tanah ganti tapi aku pun dah lama tak follow up status kes. Nampak nye log lagi aduan

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.153733 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top