CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gigih telefon klinik persoal MC staf, "terpaling" HR kena hamun dengan doktor!

21-1-2025 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33749| Komen: 69|Original author: Raline


Screenshot 2025-01-21 231848.png


DALAM mana-mana syarikat, kebajikan pekerja antara aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan atau majikan.

Setiap organisasi mempunyai dasar dan peraturan tersendiri, termasuklah melibatkan pengurusan cuti sakit.

Ada syarikat yang benar-benar cerewet tentang perkara ini, sehingga menghubungi fasiliti kesihatan bagi memastikan kakitangan mereka tidak mengambil kesempatan atau menipu situasi kesihatan masing-masing.

Begitulah realiti yang berlaku sebagaimana perkongsian seorang pelayar ini di laman sosial.

"Nak share story pasal kakitangan sumber manusia (HR) call klinik untuk comfirmation pasal MC (cuti sakit). HR tu tanya doktor macam-macam.

"Doktor yang merawat tu beritahulah staf tu memang demam dan perlukan rehat," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menurut pelayar itu lagi, walaupun begitu, kakitangan sumber manusia tersebut seolah-olah meragui kenyataan doktor kerana bimbang dia bersubahat.

"HR still in deny dan nak staf tu masuk kerja. 'Angin' doktor tu sambil beritahu 'macam mana you boleh paksa staf yang sakit kerja'," sambungnya lagi.

Pelayar tersebut bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kesudahan situasi berkenaan.

Perkongsian pelayar ini menjadi perhatian warga maya sehingga mengundang ratusan komen.

"Kebanyakan HR yang pelik yang sampai nak call doktor ni bukan daripada yang belajar HR pun. Sebab tu tak ada common sense."

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan kakitangan sumber manusia tersebut sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan.

Screenshot 2025-01-21 232003.png


"Sebab itu saya sambung my degree in HR. Saya nak jadi HR dan ganti HR yang berperangai pelik. Kadang-kadang saya peliklah. Kenapa HR kebanyakannya banyak b*d**. Diaorang ni belajar ke tak sebenarnya.

"Kebanyakan HR yang pelik yang sampai nak call doktor ni bukan daripada yang belajar HR pun. Sebab tu tak ada common sense, tak ada empathy. Banyaknya mula daripada admin dengan SPM," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi cerita mengenai situasi hampir sama melibatkan kakitangan sumber manusia yang keterlaluan.

"Kes dekat tempat kerja saya, HR siap datang rumah staf ye. Budak tu influenza dapat MC lima hari. Ketua jabatan persoalkan kenapa lima hari dan suruh HR check.

"Tempat kerja lama dulu. Pagi mesej bos cakap nak MC sebab demam. Pukul 9 pergi klinik. Rupanya bos dah call doktor pesan jangan beri MC. Gagahkanlah juga bekerja," demikian antara komen netizen.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 22-1-2025 12:03 AM
"Itu pasal kami perlukan lebih ramai pekerja bangla, myammar, rohingya, nepal, vietnam, indon, pakistan dan thailand. Mereka rajin dan tidak sibuk nak mc macam pekerja melayu." - tauke.
Quote ninja boy 22-1-2025 01:30 AM
Hr talibarut bos
Quote tapirbiru 22-1-2025 07:56 AM
aku stuju mostly HR bodoh2 dan takde empathy..tatau mmg dh kena jinx ke apa..asal HR je bebal semacam
Quote reenz013 22-1-2025 08:02 AM
kdg ada je staf yg pergi klinik minta mc...padaha x sakit pun...x semuala yg perangai cmtu
Quote Prickford 22-1-2025 08:04 AM
Dlm bnyk department, HR lah yg palingggggg bengap. Persoalkan MC & Annual Leave yg sah2 mmg ada kuota. Paling takleh blah, member iolls apply AL utk pergi majlis kawin. HR suruh amend reason, dia kata kalau tulis attend wedding sahaja, mcm yg tukang apply tu plak yg kahwin. Iolls rasa mcm ishhh bodoh nye lahai HR tu. Elok di staple nya invitation card dekat dahi HR tu. Kau sah2 la tahu worker kau tu dah kawin beranak pinak. Kalau dia yg kahwin, baik dia amik leave 3 hari percuma utk kahwin tu. Kalau dia nikah dua pon, senyap2 je dia tak kasi tau kau HR bodoh oiii.

Quote copy_paste 22-1-2025 08:13 AM
reenz013 replied at 22-1-2025 08:02 AM
kdg ada je staf yg pergi klinik minta mc...padaha x sakit pun...x semuala yg perangai cmtu

ade tp bukan dlm swasta selalunya staf gomen cmni,
kalau mc klinik swasta kita faham da la hahaha, jgn nt masa pencen kantoi sudah la,xpasai kena bayau blk
Quote copy_paste 22-1-2025 08:14 AM
Prickford replied at 22-1-2025 08:04 AM
Dlm bnyk department, HR lah yg palingggggg bengap. Persoalkan MC & Annual Leave yg sah2 mmg ada kuot ...

agaknya kena buat surat rasmi dan email siap cc ke pengantin pastu memo 7 mlm sebelum
Quote cilok 22-1-2025 08:15 AM
One of my officemate, akan guna totally 18 hari MC setahun. Never fail each year. So, every year dia akan sakit selama 18 hari jea.Done berkongsi experience.
Quote reenz013 22-1-2025 08:16 AM
copy_paste replied at 22-1-2025 08:13 AM
ade tp bukan dlm swasta selalunya staf gomen cmni,
kalau mc klinik swasta kita faham da la hahaha, ...

ye selalu staf gomenla...haha...ada kantoi pastu kene buang keje..nasib service ko x lama
Quote copy_paste 22-1-2025 08:19 AM
reenz013 replied at 22-1-2025 08:16 AM
ye selalu staf gomenla...haha...ada kantoi pastu kene buang keje..nasib service ko x lama

kalau staf gomen sampai kena buang tu teruk sgt ,mungkin belum kompem pastu byk buat hal,kantoi beli mc dan kehadiran x cantik mmg kena tendang,

Quote copy_paste 22-1-2025 08:19 AM
reenz013 replied at 22-1-2025 08:16 AM
ye selalu staf gomenla...haha...ada kantoi pastu kene buang keje..nasib service ko x lama

kalau staf gomen sampai kena buang tu teruk sgt ,mungkin belum kompem pastu byk buat hal,kantoi beli mc dan kehadiran x cantik mmg kena tendang,

Quote midori888 22-1-2025 08:27 AM
Edited by midori888 at 22-1-2025 08:29 AM

meols kalau apply annual leaves tak pnh letak reason walau ada reason column situ...boss tak pnh tanya pun, dia approved jer...dia pun faham itu my entitlement....

last year towards the end of year meols kerap sakit, skali gi clinic dpt MC 2 hari...dlm masa 3 bulan MC meols lebih 10 hari, boss approved jer MC meols tanpa soalan. Biasa setahun meols MC 3-4 hari jer.
Quote miszclassique 22-1-2025 08:32 AM
midori888 replied at 22-1-2025 08:27 AM
meols kalau apply annual leaves tak pnh letak reason walau ada reason column situ...boss tak pnh tan ...

Macam pelik kan AL tapi kena tulis reason, kalau EL tu faham lah kena bagitahu kenapa.. Masalahnya kalau AL tu tak dipakai pun nanti dia jugak yang menanya pastu suruh habiskan cepat sebab kalau carry ke next year pun jadi makin berlambak.. Kadang i apply AL just untuk tidur kat rumah je haha
Quote midori888 22-1-2025 08:34 AM
miszclassique replied at 22-1-2025 08:32 AM
Macam pelik kan AL tapi kena tulis reason, kalau EL tu faham lah kena bagitahu kenapa.. Masalahnya ...

kan...AL kan our entitlement...sukati lah nak buat apa masa cuti....
Quote cutieslilies 22-1-2025 08:38 AM
hahahhaha..

ni kalau tau ofis sini staff x leh bercuti luar negara lebih 3 x setahun... yang pergi tu pun kene tunjuk sebab kenapa g luar negara...


udahlaapakai cuti rehat sendiri..duit sendiri...eh2...


bolayankan aja...
Quote reenz013 22-1-2025 08:39 AM
copy_paste replied at 22-1-2025 08:19 AM
kalau staf gomen sampai kena buang tu teruk sgt ,mungkin belum kompem pastu byk buat hal,kantoi be ...

x sure dh konfom ke x..tp elokla kene buang..pastu ex bini pun hal...blah cmtu je stlh bt tahi
Quote misszazaz 22-1-2025 08:59 AM
pulak
Quote copy_paste 22-1-2025 08:59 AM
reenz013 replied at 22-1-2025 08:39 AM
x sure dh konfom ke x..tp elokla kene buang..pastu ex bini pun hal...blah cmtu je stlh bt tahi

laki kena buang keje bini terus angkat kaki ke,bala
Quote talapia 22-1-2025 09:25 AM
copy_paste replied at 22-1-2025 08:19 AM
kalau staf gomen sampai kena buang tu teruk sgt ,mungkin belum kompem pastu byk buat hal,kantoi be ...

susah ye nak pecat staf gomen...
laki aku dapat staf kaki ponteng.. kaki mc.. sampai team member bengang kena cover keje dia.
sebab dia.. member2 lain kena setelkan keje bertimbun...

dah buat aduan mcm2 peringkat.. last2 masa office dorang nk kena pindah.. laki aku letak nama budak tu yg first sekali utk transfer tempat lain sbb ofis baru kecik sikit.. and lulus.. maka selamatla.. apala nasib team baru budak tu..

macam2 alasan ye.. mc tu mcm2 la..
pastu bini takde lesen.. so kena hantar bini la.. anak la.. mcm2..
kau dah tau kau kene buat semua tu.. kenapa kau bertolak sama mcm orang pegi direct tak antar bini?
manjang punch card merah.. bengong betul

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062557 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top