SHAH ALAM – Perbuatan seorang guru besar memalsukan dokumen bantuan awal persekolahan berbalas apabila didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini. Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Azatulakmal Abd. Razak, 55, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dihadapinya. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Azatulakmal sebagai guru besar di sebuah sekolah dekat Petaling Jaya didakwa tidak jujur telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang Akuan Penerimaan atau Penolakan Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2019 Peringkat Sekolah. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sekolah tempatnya bertugas pada 2019. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd. Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili Peguam Nor Aziah Harun dan Nurul Izzah Syafiqa Makhtar. Sumber – KOSMO! ONLINE |
plywood replied at 22-1-2025 11:18 PM
Jika ambil pencen, hanguskah?
Palsukan dokumen nak dapat duitkah? Duit dapat dari menipu bap cuma r ...
mamaneesa replied at 23-1-2025 09:35 AM
GB ni seleweng camne? bukan ke duit BAP yg sekolah dpt ikut jumlah murid kat sekolah tu and JPN/PPD ...
jazaa100 replied at 23-1-2025 09:50 AM
Selalu klu mcm ni, dok bela laki biawak.....
Mak mertua asyik mintak duit....
Takut kena cerai, sa ...
mrsLucky replied at 23-1-2025 10:01 AM
bila ada kes gini...adakah she still working dengan gomen dan dapat pencen atau camna? ada sesiapa t ...
mrsLucky replied at 23-1-2025 10:01 AM
bila ada kes gini...adakah she still working dengan gomen dan dapat pencen atau camna? ada sesiapa t ...
ADVERTISEMENT