CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahun Baharu Cina: 2.2 juta kenderaan ‘banjiri’ lebuh raya bermula Jumaat

22-1-2025 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27197| Komen: 25

 


PETALING JAYA – Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Berhad menjangkakan peningkatan trafik mencecah sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di semua lebuh rayanya bermula Jumaat ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata, ia merupakan peningkatan hampir 20 peratus terutama pada hari puncak.

“Jangkaan hari puncak di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 adalah pada 24 hingga 25 Januari serta 31 Januari hingga 1 Februari depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar taklimat PLUS bagi persediaan operasi lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina di Menara Korporat, Persada Plus. di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PLUS mengambil tiga pendekatan strategik sebagai persediaan menghadapi peningkatan trafik.

Menurutnya, ia termasuk pengaktifan laluan Smart Lane di 25 lokasi kritikal dan mempertingkat kesiapsiagaan aset dan anggota pasukan tindakbalas kecemasan (ERT) untuk menguruskan insiden lebuh raya.


“Melalui penggunaan aplikasi MyPLUS-TTA pula, pengguna lebuh raya dijangka dapat menjimatkan tempoh waktu perjalanan lebih 40 peratus bergantung kepada keadaan trafik semasa, insiden atau hal-hal luar jangka.

“Selain itu, PLUS juga telah menambahbaik kemudahan awam di lebih 50 lokasi dan menambah 50 tandas kabin bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar, selamat dan selesa,” ujarnya.

Tambahnya, PLUS turut menyediakan kira-kira 4,500 petugas di lokasi ditetapkak bagi memberi bantuan untuk melancarkan perjalanan pengguna.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-1-2025 12:45 AM
Patut la Malaysia makin panes dan Cameron Highlands semakin hilang keunikan nye
Quote Tinot7 23-1-2025 09:30 AM
Esok dah mula jam ka?
Quote akies 23-1-2025 10:49 AM
Kali ni kitaorg tk balik utagha.
Kuase nak sangkut kt highway berjam2 lamanya.
Penah dulu kena 11jam dlm kete.
Huhu. Serikk
Quote matseh 23-1-2025 01:57 PM
Kalau toll free aku balik. KAlau kena bayar aku dok rumah je la.
Quote Butterfly41 23-1-2025 04:29 PM
Serik betul nak hadap jem musim perayaan ni..paling hardcore pernah hadap adalah 16 jam.
Quote stingerkentot 24-1-2025 02:39 AM
Tinot7 replied at 22-1-2025 02:30 PM
Esok dah mula jam ka?

Lemah nyaa!

Hang baru keluaq dr hutan simpan mana? Kecik2 dulu kedarah taik ka?
Quote gangerina 24-1-2025 09:07 AM
kalau bagi free toll depa extend consession rumour has it.....nkve nampaknya sampai I bercucu la kena bayorrr......huntung sapa makan tak taulah....sama mcm petronas, bonus staff dpt berbulan tp time petrol subsidi semua meratib tak cukup duit...pelik betulll
Quote venom1 24-1-2025 09:13 AM
Duduk rumah je..sambil tengok berita laporan kesesakan jalanraya. Aman-aman makan keropok dengan twisties
Quote hayrin86 24-1-2025 09:32 AM
Butterfly41 replied at 23-1-2025 04:29 PM
Serik betul nak hadap jem musim perayaan ni..paling hardcore pernah hadap adalah 16 jam.

Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Deepavali serta Krismas pun sama juga.

Quote supernaturalee 24-1-2025 09:35 AM
iols x balik kg
mengeram je time mgu cny ni



Quote koko2 24-1-2025 11:01 AM
Edited by koko2 at 24-1-2025 07:02 PM

stat berjimba bawa anak2 lepak hotel Thistle  PD sempena cuti sekolah 25/1 - 27/1....pi awal sbb tak mau terSADAI kt hiway berejam...dekat jer PD tapi boleh mkan 4 jam kt jem..

Lgpun musti byk warga abam busat kt hotel tepi laut...
koser nk bg anak mandi kolam dgn air kencing depa

Sesilap kat pantai pun terjumpa taik hanyut

Aku Haqqul yakin  ini taun byk puak ittew tersadai..menyadai diri di hotel penang  ..PD...masak la sapa yg booking hotel nnti
Quote Butterfly41 24-1-2025 12:34 PM
hayrin86 replied at 24-1-2025 09:32 AM
Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Deepavali serta Krismas pun sama juga.

Ye tau. Sebab tu i cakap musim perayaan kan. Maksudnya semua perayaan la. Bukan tertakluk pada cny je.
Quote green~tea 24-1-2025 12:37 PM
Flying out, kuar malaysia musim CNY...  kosser nak bersempitan di lebuhraya sini
Quote hayrin86 24-1-2025 04:20 PM
Butterfly41 replied at 24-1-2025 12:34 PM
Ye tau. Sebab tu i cakap musim perayaan kan. Maksudnya semua perayaan la. Bukan tertakluk pada cny ...

Duduk rumah jawapnya kalau serik jem

Quote koko2 24-1-2025 04:25 PM
Pi mana pun taim perayaan cuti berganda mmg perit...
Nak pi toilet rnr penuh..parking rnr susah dpt..rega makan/brg jadi berganda...makanan tak sedap...tersadai atas jln berejam...

Mmg tak best la
Quote juruterra 24-1-2025 04:43 PM
nasib saya bkn salah seorang...tak mampu nak duduk dlm kereta berjam2...nk isi minyak kereta beratur lama tu belum nk berenti makan/solat di r&r...x boleh tahan dgn tahap kekotoran tandas
Quote koko2 25-1-2025 04:04 PM
Update...checkin thistle PD...
Quote otai_g 25-1-2025 04:24 PM
X ada ke bijak pandai yg blh bg idea solusi jamed ni. Idea aku sng je, sapa2 yg jd penyebab highway jamed ni, banned terus Dr msk highway forever. Ini termasuk la org yg drive lorong tgh mcm pg bersiar2. Bodo punya olang
Quote lolipopmanish 25-1-2025 04:37 PM
koko2 replied at 24-1-2025 11:01 AM
stat berjimba bawa anak2 lepak hotel Thistle  PD sempena cuti sekolah 25/1 - 27/1....pi awal sbb ta ...

Hujan tak PD? Mcm nak berjimba kat sana jugak

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034984 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top