CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penamatan tol percuma: PLUS serah pada kerajaan

22-1-2025 11:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27153| Komen: 0|Original author: Raline


tol-free-1-1536x991.jpg


PETALING JAYA – Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Berhad menyerahkan kepada kerajaan berhubung keputusan menamatkan pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pihaknya menerima keputusan tersebut yang diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) semalam.

“Sebagai syarikat konsesi, PLUS menerima apa yang diputuskan oleh pihak kerajaan melibatkan pembayaran tol semasa musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar taklimat PLUS bagi persediaan operasi lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina di Menara Korporat, Persada Plus, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan tiada lagi tol percuma sempena musim perayaan kepada pengguna lebuh raya bermula tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia berikutan kerajaan telah memutuskan tahun lalu adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma.

Katanya, keputusan berkenaan yang diputuskan pada mesyuarat kabinet tahun lalu bagaimanapun akan diganti dengan pendekatan yang lebih bersasar.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.028046 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top