"Saya serahkan sepenuhnya kepada Amar bagaimana untuk jawab, selagi tidak menganggu rumah tangga kami. Amyra berkata demikian ketika di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa. Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memilih untuk tidak mengulas lanjut isu berpoligami. "Saya sebenarnya tidak suka cakap perkara yang tidak terjadi dalam hidup saya." "Sebab kita tak lalui." "Jadi, lebih baik saya diam saja." Menurut Amyra, dia enggan menimbulkan sebarang salah faham pada mana-mana pihak.
|
ADVERTISEMENT