CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi

23-1-2025 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13950| Komen: 35|Original author: Raline


harith-iskander-kopi-630x436.jpg


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pelawak Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung didakwa telah menjadikan agama sebagai bahan jenaka.

Screenshot 2025-01-23 110340.png

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Pengarah Jakim iaitu Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan dan tindakan lanjut berhubung isu terbabit yang secara tidak langsung telah menimbulkan keresahan umat Islam.

Difahamkan, Jakim juga telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan tersebut.

"Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan."

"Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam dan menyinggung sensitiviti umat Islam serta menyeru semua pihak mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat."

Pada minggu lalu, Harith berjenaka menyatakan ‘iman tergugat’ apabila dia mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’.

Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ yang didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk tersebut dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya

Pada 20 Januari lalu, selebriti Shahrol Shiro membuat laporan polis berkait hantaran media sosial dimuat naik Harith.

Laporan itu turut menyebut aduan terhadap seorang individu lain dikenali sebagai Cecelia Yap Song KL, yang didakwa meninggalkan komen yang dianggap menghina Islam dan mempermainkan nama Nabi Muhammad SAW.

Shahrol menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap kedua-dua pihak, menyatakan bahawa sensitiviti agama harus dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka.

Sumber: Free Malaysia Today (FMT), Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 23-1-2025 11:27 AM
Aku malas sebenarnya nak komen hal yang ada kaitan dengan Harith ni..tapi nak ham sap kopi tu apa?
Itu je aku nak tau
Quote Aribaariba 23-1-2025 12:42 PM
Lepas panggil harith, sila pos dia ke LA, tlg padamkan serpihan api neraka di sana. Alang2 mmg x praktiskan islam pun serta mainkan islam, pegi le ke tenpat yg org appreciate your kind of stand up comedy, sambil berbakti padamkan api. Well, dia tau audience dia x ramai malay, bermakna periuk nasik dia sgt ckit terkesan klu malay boikot dia. tu pasal dia berani mainkan islam.  
Quote Dorotheas 23-1-2025 12:45 PM
Mcm mane dia bole jdi pelawak yg tk kelakar pun..his jokes are all lame and boring..
Quote Rogue98 23-1-2025 12:57 PM
Isu Ham tu jer kut sebab mmg confuse pun.
Quote Prickford 23-1-2025 01:05 PM
Satu benda je tak paham, si deodorant ni kenapa buka ruang utk bangsa lain mocking agama Islam? Heolls benci Islam ke? Nak tunjuk terpaling liberal, terpaling woke, so kena main sentimen agama sendiri ke? Nak mesh well dgn kawan2 non-muslim, so kena main agama sendiri sampai kawan2 boleh ejek ke?
Quote Buritan 23-1-2025 01:15 PM
Prickford: Satu benda je tak paham, si de ...


Hati itam aku laa kataa . Dia mmg tak suka pun beragama islam.. nak kuar tak boleh..
Quote lifeline 23-1-2025 01:15 PM
ko nk liberal xnak practice islam nk jadi kafir lantak la
tapi xyah la main kan agama Islam..
Quote sharlenetexas 23-1-2025 01:16 PM
Ham-rith


Quote mrsLucky 23-1-2025 01:19 PM
i tak pernah rasa dia kelakar...joke ulang2...muka annoying..
Kumar the best..
Quote Purplehaz 23-1-2025 03:43 PM

Dia suka agaknya provoke Hal agama .
Biar lah Jakim ajar dia lps ni ..beri kaunseling berkala betul kan akidah dia.
Quote lazim 23-1-2025 03:48 PM
Edited by lazim at 23-1-2025 03:50 PM

Iols ada je. Kawan atheis yg rapat. Mmg dia punya pandangan ttg islam lain. Tapi dia tak ejek islam dia gelakkan semua agama yg mana pd dia byk benda mengarut. Dan dia lansung tak tonjolkn dri dia sbg atheis sbb dia ada adik beradik yg mmg xlah urban pon. Tapi dia kawan yg baik sgt2 baik. Disaat kita down dia sentiasa ada. Tak mcm harith kutuk islam je. Kwn iols xpcya mn2 agama so sama rata je dia kritik
Quote dubuk 23-1-2025 07:32 PM
Masa dalam kubur nanti kita sedar sama macam kita sedar masa hidup atas dunia ni

Kalau itu kau tak takut, aku tak tau la
Quote LadyCarefree 23-1-2025 07:36 PM
Rogue98 replied at 23-1-2025 11:57 AM
Isu Ham tu jer kut sebab mmg confuse pun.

Ya at least kopi ni ada HAM tertulis. Yg perempuan moHAMmad tu ye lah mempersendakan. Although kalau iols nak kisah apa gasakkolah nk cakap apa.
Quote Zeatyisaac 23-1-2025 08:48 PM
Patutlah dia berpisah dengan Dr
Jezamine, tak sekufu kan? I mean, not intelligently brilliant, right?
Quote jemahjacjon 23-1-2025 09:25 PM
Orang2 yg murtad islam (bukan si botak ni) mmg berperangai seperti seorang ex yg tersakiti. Tak boleh move on. Dah kluar islam tu, jalani la hidup yg hmpa idam2 kan sgt tu.

Ni tak. Mesti sebok menceceh itu ini burukkan bekas agama hangpa. Tgok org lain yg keluar agama hindu ke buddha ke kristian ke takde pun sbok nk burukkan bekas agama masing2. Hat yg bekas islam ni xtahu la apa depa tersakiti sgt
Quote Hoola 23-1-2025 11:06 PM
all the best la
mkin lama agama rasmi di tnhairku makin dihina
bkn sj oleh nonmuslim
tp acah2 joke by "muslim"

isu babi,halal, nabi dpermainkan
kami mmg dh perati dari dulu dan kini xde
cover2 lg dah mnghina
#we are watching
Quote MissYouSayang 23-1-2025 11:22 PM
Edited by MissYouSayang at 23-1-2025 11:24 PM

Sebab si botak ni acah iman dia setebal kamus..so dia bangga la tunjuk bodoh dia..walhal org bising makanan tu x halal sbb ade kandungan babi bukan sebab  nama  ham tu...dah la bodo pastu salah konteks lak tu pastu nak mencapap.. ekceli org kapir mmg ramai yg x brpe faham psl halal things ni tp sibuk nak mgulas mcm si botak ni la
Quote AnnaSendin 24-1-2025 01:21 AM
Si botak deodorant nieyh mengundang bethols. Bela anjinglah, pertikai sumbangan vaksin pusat zakatlah.. mengamalkan toleransi, open dan menghormati kekdahnyer. Patotlah berserai dengan ex, mungkin heols lebih sekufu dengan siti kassim? Nek siti ittuew kan suka kutuk umat Islam. Haruslah seiring dan sejalan.
Quote Momohizan 24-1-2025 01:30 AM
mrsLucky replied at 23-1-2025 01:19 PM
i tak pernah rasa dia kelakar...joke ulang2...muka annoying..
Kumar the best..

Sama! I rasa punchline dia tak kelakar langsung. Lepastu suka meleret leret. Bosan

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.242335 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top