CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Taubat Selepas Curang, Adakah Perlu Beritahu Isteri? - UAI

23-1-2025 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9641| Komen: 9

 


Curang adalah antara konflik dan penyebab keretakan dalam rumah tangga selain kehadiran orang ketiga yang ternyata menggugat keharmonian antara suami isteri.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu bertanya pandangan pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, sama ada dia perlu berterus terang atau tidak kepada isterinya selepas bertaubat dari curang.

"Saya pernah curang terhadap isteri saya dan dia tidak mengetahuinya.

"Setelah saya bertaubat, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu curang lagi. Jadi, perlukah saya beritahu isteri?"

Menurut Ustaz Azhar, tiada keperluan untuk memberitahu isteri tentang perkara tersebut dan sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah SWT.

 

"Bila sudah bertaubat, jangan cerita pada isteri. Ceritalah kepada ‘yang menyimpan rahsia’ iaitu Allah. Allah suka kita mengadu.

"Ini tidak, kita pula suka tulis di Facebook konon nak dapat simpati."

Dalam masa yang sama, pendakwah tersebut juga mengingatkan tentang kepentingan bertaubat dari khilaf yang pernah dilakukan.

"Allah tak hairan kalau banyak dosa, tapi Allah hairan mengapa kita tak bertaubat kerana Allah maha pengampun."

Sumber: Oh Bulan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 23-1-2025 12:28 PM
Thanks UAI kerana setuju dengan aku.

Why do you want to hurt the other person just to lessen your guilt? Take it to the grave.
Quote IzzahF 23-1-2025 12:36 PM
bgtau la lagi2 kalo curang sampai ke katil. bini ada hak pilih nk serai ke tanak. jijik kot. buatnya ada penyakit pelik2 boleh lg bini tu ambik treatment
Quote cmf_almondpecan 23-1-2025 12:39 PM
Decaffeinated replied at 23-1-2025 12:28 PM
Thanks UAI kerana setuju dengan aku.

Why do you want to hurt the other person just to lessen your g ...


Betul juga. You did the deed so you shouldn't get to lessen your guilt by hurting the other person.
Quote Decaffeinated 23-1-2025 12:58 PM
cmf_almondpecan replied at 23-1-2025 12:39 PM
Betul juga. You did the deed so you shouldn't get to lessen your guilt by hurting the other person ...

The world is still the same. The only thing you change is someone else's life. What more if that someone is somebody you love. You can 'come clean' in many other instances but this is not one of them.

Quote sagiman91 23-1-2025 01:07 PM
what if... kalau sebaliknya berlaku?

laki boleh sembur cecair ke dalam mana2 perempuan atau lelaki lain. kalau tak membuahkan hasil, then no harm done... boleh taubat dan lupakan kisah silam.

perempuan kes nya lain. silap terima semburan cecair boleh membuahkan hasil. hasil tu, kalau lelaki tak melibatkan wali dan hanya efek kepada harta pusaka. kalau hasilnya perempuan, banyak benda yang kena konsider. harta pusaka, yes..mmg tak boleh...dan yang paling besar, bila dia nak kawen. ayah dia tak boleh walikan sbb bukan dari semburan dia. kalau kawen jgk, nikah tu tak sah. iyanya mcm dominoes efek kalau di rahsiakan.

yup... kalau isteri yang berskandal, kena bagitahu kepada suami....
Quote Butterfly41 23-1-2025 04:18 PM
Bergantung pada jenis kecurangan. Kalau kecurangan sampai ke tahap berzina hubungan kelamin, sila buat pemeriksaan kesihatan. Kot ada penyakit kelamin, wajib la bagitau pasangan. Jangan selfish dan zalim.
Quote nw111 23-1-2025 09:54 PM
Edited by nw111 at 23-1-2025 09:56 PM
sagiman91 replied at 23-1-2025 01:07 PM
what if... kalau sebaliknya berlaku?

laki boleh sembur cecair ke dalam mana2 perempuan atau lelaki  ...


Pernah baca ustaz jawab...sama jugak..tak perlu bagitau husband..tapi kena taubat nasuha..
Tapi kalau dh sampai terpregnant tu kena la bgtau kot..dh melibatkan nasab anak..
Quote pocongkiutss 23-1-2025 10:13 PM
Senang je jd jantan eh..acah2 tobat pastu penyakit kelamin , hiv aids..sipilis gonorrhea pass kt bini..cam siyel..sama jah if bini curang tp laki baik pun sama
Quote batmana 24-1-2025 01:29 AM
Soalan tu salah
Patut ditanya kalau isteri ustaz curang sampai melahirkan anak. Patutkah isteri ustaz bitau dia curang kepada ustaz?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044435 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top