CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Termasuk SST, Kedai Kopi Umum Kenaikan Caj Perkhidmatan Dari 10% ke 15% Sempena Tahun Baru Cina!

23-1-2025 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19148| Komen: 26|Original author: vanillaessence


Sebuah rangkaian kedai kopi terkenal dipercayai telah mengumumkan tentang kenaikan caj perkhidmatan sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.

Gambar yang tular di sejumlah platform media sosial memperlihatkan di satu notis yang memaklumkan pelanggan yang mana caj perkhidmatan akan dinaikkan dari 10% ke 15% pada 29 Januari dan 30 Januari iaitu jatuh pada sambutan Tahun Baru Cina.

Malah, didapati kenaikan caj perkhidmatan ini juga tidak termasuk dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6%.

Pengumuman kenaikan caj servis bersempena Tahun Baru Cina ini sememangnya mengundang kritikan daripada pengguna media sosial yang mana merasakan tidak masuk akal untuk menaikkan caj perkhidmatan sesuka hati ke atas pelanggan demi membayar gaji lebih masa kepada pekerja.

Selain itu, mereka mencadangkan kepada para pemilik kedai yng tidak mampu membayar upah lebih masa, sebaiknya tutup kedai terlebih dahulu atau pun mencari jalan alternatif lain dalam mencari keuntungan tambahan tanpa menaikkan caj perkhidmatan ketika perayaan.

Malah, ramai berpendapat kedai terkenal itu secara logiknya bakal menerima keuntungan yang besar pada perayaan sekaligus boleh memberi pampasan kepada pekerja lebih masa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qistiena 23-1-2025 08:27 AM
Kenapa x sebut nama kedai
Quote lee_sakura 23-1-2025 08:37 AM
2 hari je caj naik
Quote Decaffeinated 23-1-2025 09:07 AM
qistiena replied at 23-1-2025 08:27 AM
Kenapa x sebut nama kedai

Ada tu kan? Oriental kopi.
Quote BungaKencana 23-1-2025 09:21 AM

benda ni aku beli direct kedai dia RM21.90.. pastu aku ternmpk kt supermarket kwsn rumah aku jual RM18.90 je.. knp outlet lg mahal..
Quote EL75 23-1-2025 09:39 AM
BungaKencana replied at 23-1-2025 09:21 AM
benda ni aku beli direct kedai dia RM21.90.. pastu aku ternmpk kt supermarket kwsn rumah aku jual R ...

kedai apa... speed99
Quote BungaKencana 23-1-2025 09:41 AM

speed tmpt aku takde.. ni supermarket biasa je.. kire dia belum ada cwgn lg kt negeri lain.. tp tak byk laa yg dia jual, satu rak kecik je..
Quote aryyan 23-1-2025 11:10 AM
ada nail saloon aku nmpk surcharge utk services time minggu CNY.
dibolehkan ye?
cm hotel la plak. musim raya ada extra charge.
Quote vanillaessence 23-1-2025 11:30 AM

Quote Decaffeinated 23-1-2025 01:45 PM
BungaKencana replied at 23-1-2025 09:21 AM
benda ni aku beli direct kedai dia RM21.90.. pastu aku ternmpk kt supermarket kwsn rumah aku jual R ...

Sebab sewa kedai dia mahal or staff kena kerja lebih jual serbuk kopi etc.

Benda sama dengan travel & leisure industry. Beli air ticket atau book hotel direct kekadang lebih mahal.

Quote vanillaessence 23-1-2025 02:06 PM

Quote hashashes 23-1-2025 02:16 PM
BungaKencana replied at 23-1-2025 09:21 AM
benda ni aku beli direct kedai dia RM21.90.. pastu aku ternmpk kt supermarket kwsn rumah aku jual R ...

Sedap tak yang ni?
Meols dah try dia punya Belgian hot choc
Sedappp
Quote hashashes 23-1-2025 02:19 PM
Ni memang culture diorang naik kan harga barang ke tax during cny
Ni salon ahso kat area rumah aku dah start naik harga dari 8/1 hari tu. Sampai 28/1
Quote edoraixora 23-1-2025 02:43 PM
sebenarnya, boleh ke tidak sesuka hati naikkan caj perkhidmatan tu
sebab yg gomen gazette kan 10% kan
Quote BungaKencana 23-1-2025 02:50 PM
hashashes replied at 23-1-2025 02:16 PM
Sedap tak yang ni?
Meols dah try dia punya Belgian hot choc
Sedappp

sedap bg i.. kalau pegi situ mmg order yg ni je.. nx time i nk try la hot choc tu..
Quote akies 23-1-2025 02:54 PM
Ok je sbb tu bukan kedai yg iols suka pegi.

Quote Skuau 23-1-2025 03:09 PM
hashashes replied at 23-1-2025 02:19 PM
Ni memang culture diorang naik kan harga barang ke tax during cny
Ni salon ahso kat area rumah aku d ...

mau laya maaa...cari wang maaa....
Quote Skuau 23-1-2025 03:11 PM
edoraixora replied at 23-1-2025 02:43 PM
sebenarnya, boleh ke tidak sesuka hati naikkan caj perkhidmatan tu
sebab yg gomen gazette kan 10% ka ...

tu la pasal...ikut law ke tak ni.
Quote aechae 23-1-2025 03:18 PM
Iols je ke yg x pernah jejak msuk duduk n mkn kt oriental kopi ni?
Bila ntah xda org beratur n apa yg sedap? Eh sedap ke?
Quote lostnfaun 23-1-2025 08:03 PM
Untung sapa beli saham kopi nie. Untung 100% tue...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.094903 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top