Pelakon Sherry Ibrahim, kesal dengan segelintir warganet yang sewenang-wenangnya meninggalkan komen jelek di media sosial miliknya. Ketika ditemui OhBulan!, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim berkata, dia tidak mampu untuk mengawal pandangan atau kata-kata orang, meskipun hakikatnya mereka tidak mengenali dirinya yang sebenar. Kita tak boleh nak kawal tanggapan orang terhadap kita, tetapi tiada siapa pun yang mengenali saya yang sebenar. Saya juga tiada kuasa untuk membuatkan mereka berhenti bercakap tentang saya. Berdiam dan sabar itu memang bagus tetapi kita akan ditindas dan dipijak. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang didakwa sengaja meninggalkan komen provokasi dan berbaur fitnah. Apa sahaja yang berlaku sebelum ini yang tidak dikongsikan, ia adalah masa lalu dan sejarah buat saya. Mereka tidak tahu dan hanya menganggap apa yang mereka rasakan.
Saya tidak boleh menghalang mereka namun kadang-kala ada yang melampaui batas sehingga menjadikan ianya sebuah topik yang menimbulkan fitnah dan pergaduhan. Walhal, niat saya bukanlah begitu. Mungkin itu adalah pahala percuma untuk saya, jadi saya terima sahaja. Sherry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Gadis Masa yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur, pada Selasa. Bercerita lanjut, aktres berusia 41 tahun itu berkata, individu yang meninggalkan komen melampau sebelum ini tidak memohon maaf kepadanya. Justeru, Sherry memilih untuk mempertahankan dirinya dari dakwaan negatif. Saya sebenarnya tak suka untuk baca (komen) tetapi bila melihat komen yang ditinggalkan itu sangat melampau, takkan saya nak berdiam diri? Sebagai seorang manusia, saya ada hak untuk menyuarakannya. Saya perlu beri mereka amaran kerana kesihatan mental saya juga penting. Dalam pada itu, Sherry berkata dia sebolehnya tidak mahu mengheret warganet menggunakan kuasa undang-undang namun tindakan bakal diambil jika perlu. Ada peguam yang datang kepada saya dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan perlu ada batasnya. Kalau perlu barulah saya akan mengambil tindakan seterusnya sebab saya pun benci dengan drama, cukuplah hanya di dalam industri. Terdahulu, Sherry menyelar tindakan seorang individu yang menulis komen dengan mendakwa dirinya masih belum ‘move on’ dari kehidupan lalu. Sherry mendakwa komen tersebut disifatkan sebagai fitnah dengan sengaja menyebarkan kebencian terhadap dirinya. Sumber : Oh Bulan
|
pocongkiutss replied at 23-1-2025 11:01 PM
Dia sendiri pun penah komen melampau kat anak ex tu khenn
Skrg ex dh duda tibehh nk membodek..pui
oklatu85 replied at 23-1-2025 11:06 PM
Bukan dia kan..mak dia kan.
pocongkiutss replied at 23-1-2025 03:01 PM
Dia sendiri pun penah komen melampau kat anak ex tu khenn
Skrg ex dh duda tibehh nk membodek..pui
Straya replied at 24-1-2025 07:00 AM
Dia ni apasal tersakiti sangat dgn fazura ye. Fattah left her dulu sebab lopa tp dgn lopa boleh pu ...
phalanx replied at 23-1-2025 11:14 PM
sebab dia nampak diri dia dalam fazura. yaitu perempuan berusia. lofa muda, dia tahu tu bukan tast ...
freesia71 replied at 24-1-2025 08:20 AM
I suka je sherry ni. Tgk dia ckp dlm podcast cam intelektual jugak la. Takde la nonsense apa yg dia ...
cintasuraya replied at 24-1-2025 08:28 AM
Bkn fan faz je tak suka tapi dulu pun fan tah tak suka
Sebab apa?sebab family dia mengata Fatima! ...
freesia71 replied at 24-1-2025 08:30 AM
I seeeeee. I tak tau menau kes lama dia. Point taken.
cintasuraya replied at 24-1-2025 08:28 AM
Bkn fan faz je tak suka tapi dulu pun fan tah tak suka
Sebab apa?sebab family dia mengata Fatima! ...
sweetfasha replied at 24-1-2025 09:33 AM
ceri ni baik tapi salah tingkah
org baru bercerai ko cecepat get into scene mmg mendapatlah. sebab ...
ADVERTISEMENT